Suara Anak Pahang - Perlu Baca

29 September, 2010

KENYATAAN DARI SEORANG MENTERI YANG ....

 Melayu? Porah!! Malaysian first, Malay second!
Memang susah menjaga lembu jika tidak bertali.


Tertarik untuk membincangkan polemik tentang kenyataan akhbar Menteri di Jabatan Perdana menteri yang sering menumbulkan kejengkilan ramai. Terbaru beliau bertelingkah lagi dengan wartawan Utusan Malaysia Awang Selamat berkaitan dengan Bangsa Melayu dan mengenai Perkasa.

Yang jelas adalah Nazri seakan cuba mendapatkan publisiti murahan sejak dulu lagi termasuk dengan membuat kecaman terhadap mantan PM Tun Dr. Mahathir. Perlakuan Nazri sejak akhir ini telah mewarnakan wajahnya sebagai seorang menteri yang sukakan pergaduhan, kurang ajar dan tidak bertunjangkan kepada bangsa Melayu.

UMNO sebagai sebuah parti politik telah ditubuhkan untuk memperjuangkan bangsa Melayu. Tidak timbul soal rasis disini kerana penubuhan MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain parti komponen BN termasuk dari Sabah dan Sarawak pun dengan asas yang sama. Soalnya bagaimanakah Nazri yang tidak menganggap dirinya pejuang bangsa melayu boleh jadi ahli dan dilantik sebagai pemimpin mewakili UMNO?


Jika benar demikian maka benarlah Nazri tidak berjuang untuk Agama, Bangsa dan Negaranya melainkan adalah untuk dirinya sendiri sahaja. Pemimpin yang mengutamakan perjuangan diri melebihi Agama, Bangsa dan Negara memang patut disingkirkan. Nazri tidak berhak menganggotai UMNO dan tidak berhak menjadi pemimpin UMNO sebenarnya.


Terbaru, laman blog Lenggong Valley melaporkan begini:
...Without regards to the sentiments of the people, Nazri arrogantly proclaimed that he only worked for Prime Minister Datuk Seri Najib, who had appointed him with consent from His Majesty the Yang DiPertuan Agong.

Consequently, the question that arose in the mind of the Malays was whether the Prime Minister did actually direct him to run down Utusan Melayu and paint an ugly image of the vernacular newspaper among the non-Malays.
Timbul juga persoalan didalam hati kita, apakah kenyatan yang Nazri keluarkan mengenai perkasa adalah juga apa yang diinginkan oleh PM, ini kerana beliau menyatakan bahawa beliau berkerja hanya untuk PM semata-mata. Apakah kemahuan PM juga supaya UMNO jauhi Perkasa serta menolak Perkasa kepinggir?

Yang jelas adalah Perkasa perjuangkan bangsa Melayu. Apalah UMNO jika perjuangannya tidak berasaskan bangsa Melayu juga? Ada keraguan bahawa Nazri tidak jujur dalam memberikan sokongannya terhadap PM kerana ada pendapat beliau mempunyai agenda tersembunyi kerana itu beliau sengaja melakukan sesuatu yang akan mencalar imej PM bagi memberikan kesan jangkapanjang.

Baca juga - Nazri Perlu Tutup Mulut (di blog Lenggong Valley)
Alahai Nazri - (Bisik-bisik Mingguan)

 

2 comments:

Anonymous said...

Salam.Sepatutnya orang macam Nazri ni memang tak layak untuk memimpin mewakili UMNO.Tetapi yang bengapnya kenapa orang masih mengundi beliau?

abuarif said...

kerana karektor macamnilah orang melayu marah umno

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...