28 June, 2011

YANG SUAM-SUAM KUKU DI PAHANG

Senjata buatan Rusia yg turut digunakan oleh 'pembunuh upahan'



Dalam kehebohan masyarakat terutama bangsa Melayu mengenai 'Himpunan Bersih' yang akan diadakan tidak lama lagi, yang akan memperlihatkan bangsa Melayu bertempur sesama sendiri seterusnya mencatat sejarah kebodohan sebuah bangsa hanya kerana mempertahankan seseorang yang ternyata kotor bahkan lebih terkenal sebagai 'binatang politik' negara. 

Dalam kegawatan sebegitu, terdengar desus-desas bahawa ada seorang blogger 'besar' dengan bantuan seorang Dato' telah mengadakan pertemuan dengan Anu arr bagi satu urusan perniagaan. Semua orang tahu Anu arr tidak akan memberi tanpa menerima apa-apa sebagai balasan, justeru bagaimana kita boleh menaruh kepercayaan kepada mereka yang mengaku bahawa mereka pemimpin dan orang kuat UMNO Pahang apabila telah menjalin hubungan dengan 'binatang' politik itu?

Apa perkataan yang paling sesuai untuk ditujukan kepadanya selain dari 'pembelot' dan 'pengkhianat' bangsa dan parti dimana suatu ketika dulu dia bernaung dan memberinya kehidupan. Inilah satu contoh bahawa pemimpin dalam parti juga tidak akan ada kesetiaan, yang ada melainkan kepentingan diri mereka semata-mata.

Tidak hairanlah jika tulisan dari fikirannya mengambarkan pertentangan pendapat dan ideologinya dengan pucuk pimpinan kita. Tulisannya juga banyak bertentangan dengan apa yang PM dan UMNO ingin realisasikan selama ini. Tidak menghairankan jika ungkapannya sekadar ingin menarik perhatian pucuk pimpinan bagi memberinya peluang (sekali lagi), namun jika sudah ada hubungan terus antaranya dengan Anu arr, maka nampaknya jalan kembali seakan sudah ditutupnya, atau mungkin beliau mengulang kembali sejarah 'anak yatim' yang membakar jembatan suatu ketika dulu' di era Tun Mahathir.

Apa pun, harap kerajaan dan UMNO memberi perhatian dan mengambil tindakan sewajarnya kepada pengkhianat sebegini kerana perbuatan beliau memberikan kembali nyawa kepada Anu arr untuk 'membunuh' UMNO dan kepimpinannya. Jika UMNO hendak dibersihkan, inilah masanya dan inilah 'kekotoran' yang mesti dibersihkan terlebih dahulu. Yang memusnahkan UMNO bukanlah ahli dan akar umbi, tetapi adalah oleh pemimpin yang sebegini, yang hanya mencari kepentingan diri melebihi perjuangan parti serta agama, bangsa dan negara.

14 comments:

marilyn said...

dedahkan sapa pengkhianat tu bro.

Wake UP! said...

Salam. Ada duit semua jadi. Duit buat dunia berputar.

bRAVEhEART said...

Ya, kita akan dedahkan tidak lama lagi, supaya UMNO tahu bahawa didalamnya ada pengkhianat dan supaya pengkhianat itu juga tahu bahawa dia mengkhianati bangsanya sendiri dan mengkhianati amanat yg diberikan kepadanya sebagai pemimpin

Anonymous said...

orang pekan tak perlukan pengkhianat...

Anonymous said...

orang pekan tak perlukan pengkhianat...

Anonymous said...

orang pekan tak perlukan pengkhianat

bRAVEhEART said...

Anon,
Saya tk kata, tetapi saya tk halang apa anon kata....

Anonymous said...

ini mengenai seorang bekas adun ke?

Anonymous said...

Salam...
Saya selalu baca artikel tulisan beliau dlm the Malaysian Insider (TMI). Tata bahasa dan penguasaan bahasa inggeris beliau amat bagus. W/bagaimanapun dlm semua isu tulisan beliau semuanye menyindir para pemimpin dan partinye dan kadang kala ia menentang arus. Tulisan sebeginilh yg diminati TMI dan mungkin sebab itu beliau diterima menjudi kolumnis di TMI.

Tidak susah utk mengetahui identiti orang yg dimaksudkan itu. Jika sesiapa tahu nama senjata yg dipaparkan disini, itulah nama blognye. Dari situ semua akan tahu siapa dia pengkhianat bangsa itu...

Anonymous said...

Salam.Yang membunuh UMNO adalah para pemimpin UMNO jugak. Depa dok mkn kenyang kenyang tapi biar rakyat susah.Tu sebab rakyat dah benci UMNO.Kalau nak rakyat kembali pada UMNO buang semua bangsat bangsat yang merosakkan UMNO.Ramai pemimpin yang tak bersih perlu dibersihkan

bdk pulow tawor said...

setuju.. tp ada juga tulisan dia yg mengambarkan realiti semasa..mcm citer handbag dan rumah muroh kt sg besi, member keh kt opis pun ada dok cerita benda yg sama..

bRAVEhEART said...

bdk pulaw tawor,
saya setuju - sbb yang baik tak semuanya baik dan yang buruk tk semanya buruk. cuma jika lebih buruk dari baik maka kita katakan ianya buruk...demikianlah sebaliknya

Anonymous said...

Apa salahnya dia jumpa AI?
Dulu masa AI duduk dalam UMNO berapa ramai kaki bodek? Bila AI keluar UMNO kaki bodek ni bertempiaran lari cari perlindungan dan tikam AI balik.
Inilah politik Melayu. Tak pernah matang.

bRAVEhEART said...

Anon 7:51,
Sy tk kata salah sesiapa jumpa AI, cuma yg salahnya apabila menerima upah utk lakukan sesuatu yg akan rosakkan bangsa dan negara...

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...