Suara Anak Pahang - Perlu Baca

17 December, 2008

PRU 13, KELANTAN CONTOH PERKONGSIAN KUASA




Pejam selik pejam celik PRU 13 sudah diadakan. Kerajaan Pulau Pinang masih dikuasi oleh DaP (versi Parti Demokrasi Ala Penang) dan sekali lagi membentuk kerajaan. Timbalan Ketua Menteri Melayu telah digugurkan kerana tak tunjuk pristasi baik. Selain itu bertindak keluar dari Malaysia. (baca disini)


Selangor dan Perak masih dikuasai kerajaan campuran DaP,PAS dan PKR. |Menteri besar Perak dari parti DaP kerana semua cina sokong kerajaan yang banyak Bantu dengan berikan mereka tanah bagi kampong-kampong baharu. Kedah di kuasai PAS dan PKR. Rakyat sepakat tidak memberikan undi kepada DaP kerana tidak percaya kepada parti racist tersebut. Selain itu rakyat juga takut Kedah juga akan ditawan mereka.

Keadaan politik Negeri-negeri lain tidak berubah. Johor, Negeri Sembilan dan Melaka mencatat kemenangan cemerlang. Paling bergaya Pahang telah menyapu bersih kerusi DUN dan Parlimen membuatkan pembangkang kecewa dan gigit jari. Menurut pemerhati politik, pengundi-pengundi di Pahang sudah sedar dan insaf dengan helah pembangkang serta mendapat undi yang besar dari Rancangan Tanah-tanah FELDA. mungkin mereka sangat insaf bahawa tanpa usaha dan bantuan kerajaan peneroka FELDA tidak dapat mengecap kemewahan hidup seperti sekarang ini.

Bagaimanapun perubahan yang sangat baik dilihat adalah apabila kerajaan Kelantan berpegang pada janji berkongsi kuasanya yang diwar-warkan sebelum pilihanraya dulu. (baca disini) (dan disini)


Kerajaan Kelantan berjaya membentuk kerajaan dengan melantik ramai exco-exconya dari kalangan kaum India. Ini dilihat dari kerjasama yang mereka telah meterai tidak lama dahulu. Menurut salah seorang ADUN yang mewakili kaum India berkata bahawa YAB Menteri Besar juga bersetuju untuk melantik wakil mereka sebagai Timbalan Menteri Besar. Persatuan Hindu Sangam menyokong penuh cadangan MB tersebut. (Baca mengenai Hindu Sangam disini)

Kelantan juga dijangka akan berkembang maju memandangkan berbagai projek ekonomi dan kilang-kilang akan dibina disini. Selain dari projek pertanian berskala besar yang akan dijalankan itu, kerajaan negeri juga giat mengondolkan hutan sekitar Lojing dan lain-lain daerah termasukdi Ulu Kelantan bersempadanan dengan Taman Negara Kuala Koh bagi menggalakan projek pertanian.

Kemungkinan besar projek BB moden juga akan dijalankan disini memandangkan ianya dilihat telah berjaya di negeri Selangor dan Kedah. Selain dari menyumbang dan menjana ekonomi negeri dan ianya juga akan memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. Kerajaan negeri juga sedang mengkaji pemberian subsidi bagi bumiputera yang berminat dalam mengusahakan ternakan BB moden tersebut.

Selain itu Kerajaan Kelantan menunjukkan sikap keterbukaan dengan membenarkan pertunjukan kebudayaan yang dahulunya diharamkan. (baca disini) Ini selaras dengan apa yang telah dilakukan di Pulau Pinang dimana PAS tidak membantah malah membenarkan acara sedemikian diadakan meskipun saat itu PAS turut mengganggotai kerajaan. (baca lagi disini)

Kita masih menunggu pengumuman MB mengenai senarai exco yang dijangka 50% akan terdiri dari kaum India dan Cina. Berikut senarai jangkaan exco Negeri Kelantan.


EXCO KERAJAAN NEGERI KELANTAN

Jawatankuasa Tanah, Perhutanan dan Sumber Asli
Pengerusi: Melayu

Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Pembangunan Tanah dan Wilayah
Pengerusi: Cina

Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan
Pengerusi: Cina

Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Pepaduan Masyarakat
Pengerusi: Melayu

Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan
Pengerusi: Melayu

Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah
Pengerusi: Melayu

Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar
Pengerusi: India

Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO
Pengerusi: India

Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknolgi
Pengerusi: Asli

Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan
Pengerusi: Cina

Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi
Pengerusi: Cina

1 comment:

Anonymous said...

Apasal Nik Aziz tak berikan terus HINDRAF jadi MB Kelantan, Hindu Sangam jadi Timbalan MB?

Mungkin ada konspirasi nak jadikan hindu sangam MB pahang?

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...