Suara Anak Pahang - Perlu Baca

20 December, 2008

PRK P036 MENGUJI JATIDIRI



Kehangatan bahang Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu (P036) semakin terasa. Berbagai taktik dan strategi sedang dirancang untuk dilaksanakan bagi memenangkan calon masing-masing. Seperti kebiasaannya, politik di Malaysia ini akan hangat dengan kempen memburuk-burukkan pihak lawan. Seperti biasa juga PAS sememangnya juara dalam hal kata mengata.

Jika benarlah Mat Sabu akan bertanding mewakili PAS nanti, tentu kita akan dihidangkan dengan berbagai-bagai kata cacian yang dituju kepada siapa saja calon lawan dan parti lawan (Kerajaan). Kita tidak dapat melupakan siapa Mat Sabu dalam bab kata mengata ini, sehingga beliaulah orang yang pertama menganugerahkan gelaran Al-Jubri kepada DS Anwar Ibrahim (sewaktu DSAI masih dalam Kerajaan)

Malangnya, terlajak kata tidak dapat ditarik balik, maka DSAI sehingga kini masih terpaksa menerima gelaran Al-Jubri yang dianugerahkannya oleh Mat Sabu itu walaupun mungkin jauh disudut hati mereka ingin membuang gelaran tersebut.

Begitulah keadaan politik dimana hanya mengutamakan keuntungan jangka pendek tanpa memikirkan dan menilai apakah akibat yang akan ditanggung kemudian kelak.

Walau berapa calon yang akan bertanding kelak, saingan sebenar hanyalah dua: Parti Kerajaan yakni BN yang sudah tentunya diwakili UMNO dan parti Pembangkang yang mungkinnya PAS berdasarkan majority pengundi Melayu di P036 dan calon yang diletaklkan semasa PRU12 lalu.

Memang PRK P036 ini sangat penting bagi kedua-dua pihak sebagai cerminan sokongan masing-masing. Pakatan Rakyat (PR) memerlukan kemenangan disini bagi mengekalkan momentum penguasaan kuasa dan apa yang mereka panggil sebagai protes rakyat selepas kemenangan di Permatang Pauh, manakala BN harus memenanginya sebagai penafian kepada teori hakisan sokongan kepada kerajaan. Bagi sesetengah pihak, PRK P036 adalah lebih hebat berbanding sebelum ini. BN tidak boleh kalah kerana ini adalah perjuangan maruah kerana P036 adalah milik BN UMNO sebelum ini.

Berbeza dari P044 Permatang Pauh dimana BN hadir sebagai underdog yangmana kemungkinan untuk menang itu sangat tipis. Di P036 ini BN adalah penyandang bagaimanapun jangan memandang remeh kepada usaha yang dijalankan oleh PR untuk merebut kerusi parlimen ini kerana kemenangan lalu yang kecil. PR boleh memalukan BN jika tidak kempen dijalankan dengan betul. Apa yang membimbangkan adalah kehadiran Khairy Jamaluddin sebagai calon mewakili kempen Pemuda akan membuatkan pengundi meluat dan berpaling kearah lain.

Walau apa keadaan sekalipun, BN mesti memenangi P036 ini dan pengundi berkenaan mesti memberikan undi mereka kepada UMNO BN kerana beberapa alasan;

  1. Mengembalikan maruah BN yang tercemar selepas PRU12 yang lalu. (kita tidak ambil kira PRK P044 kerana keadaan disitu memang tidak memihak kepada BN)
  2. Memberikan harapan kepada UMNO khususnya bangsa melayu bahawa perjuangan bangsa masih dapat dikekalkan adanya jatidiri bangsa melayu.

Berikut keputusan PRU 12 di P036

P036 Kuala Terengganu

Pengundi

M

C

I

L

Wakil

Undi

Majoriti

80,325

88.14%

10.94%

0.65%

0.27%

BN

32,562

628

N013 Wakaf Mempelam

Pengundi

M

C

I

L

Wakil

Undi

Majoriti

20,573

99.33%

0.43%

0.07%

0.15%

PAS

9,645

2,193

N014 Bandar

Pengundi

M

C

I

L

Wakil

Undi

Majoriti

18,953

60.4%

38.02%

1.23%

0.31%

BN

7,831

1,142

N015 Ladang

Pengundi

M

C

I

L

Wakil

Undi

Majoriti

16,777

91.5%

6.86%

1.12%

0.43%

PAS

6,723

31

N016 Batu Buruk

Pengundi

M

C

I

L

Wakil

Undi

Majoriti

24,022

98.02%

1.41%

0.35

0.20%

PAS

10,672

1,161

Medan ini juga kelak akan menguji kemanakah arah sokongan bangsa Cina dan India disaat-saat mereka diperlukan. Sekiranya mereka memaling kearah lain maka benarlah seperti yang diduga bahawa ada duri yang menusuk kaki ketika kita berjalan sambil berpimpingan tangan.

Jika UMNO BN kalah, kekalahan itu bukan sahaja kekalah parti melayu kepada parti melayu yang lain, bahkan ianya adalah kekalahan berajaan memerintah yang bererti pengecilan kuasa dan membuatkan kerajaan yang diperintah oleh pemimpin melayu menjadi semakin tergugat dan tidak stabil dan memungkinkan lagi berlakunya perubahan kerajaan yang belum tentu mampu membawa kebaikan terutama kerana asas perkongsian kuasanya yang tidak kimited. Semoga pengundi di Kuala Terengganu akan bijak membuat pilihan.

1 comment:

PARTI KEPALA BABI said...

Mat Sabu pakar mengata tetapi bukan pakar ramalan masa depan, kalau dia tahu dia akan jilat buntut Anwar tentu dia tak panggil Anwar Al-Jubri.
Inilah dunia. Inilah politik. Kita kena buka mata luas-luas. Tokoh politik semua sama. Kepentingan diri, kepentingan kumpulan.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...