1. PDO dan nakmarah…marahlah dalam blog mereka telah membuat pendedahan mengenai Kg. Kuala Kecau, Kuala Lipis Pahang. (baca disini) (dan disini)
Sekali lagi saya cadangkan PDO lawati sendiri kawasan yang ingin dilaporkan bagi mendapatkan maklumat yang lengkap dan terperinci mengenainya agar dapat mengelakkan dari salah faham dan kekeliruan dalam laporan.
Taman Rimba Kenong terletak 32KM dari Pekan Kuala Lipis melalui jalan Gugusan Felda Kecau. 10KM pertama adalah jalan alternatif ke Gua Musang. 8KM kedua melalui jalan ke Felda Kecau 8 manakala 14KM terakhir adalah melalui jalan ladang Felda dan jalan hutan. Untuk memajukan Taman Rimba Kenong saya sangat setuju kerajaan membina jalan berturap. Pembinaan jalan tersebut akan dapat menyelesaikan masalah perhubungan penduduk-penduduk Kampong Matuk, Kampong Dusun, Kampong Selit dan Kampong Kuala Kenong yang telah sekian lama.
Bagaimanapun saya bersetuju agar tanggungjawab terhadapnya dipikul sepenuhnya oleh Datuk Fong Koong Fuee ADUN Cheka dan Datuk Dr. Shahrum Osman, Ahli Perlimen Lipis yang sememangnya saya lihat tidak berfungsi dengan baik, terutamanya Datuk Fong Koong Fuee yang sudah terlalu lama berkhidmat.
Berkenaan jalan dari Kuala Lipis ke Taman Rimba Kenong, saya telahpun mengemukakan cadangan kepada kerajaan negeri melalui UPEN dibawah peruntukan pembangunan pelancongan namun…….(?)
2. Tahniah kepada PDO yang akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka bersabit tuduhan terhadap Allahyarham Dato' Hj. Abdullah Rahmat atas berita yang dipaparkan di blog ini berkenaan "Misteri: Kes Kemalangan Setiausaha Kerja UMNO Pahang, Dari Mana Datangnya Lembu Atas LPT" (baca disini)
Saya hormati keberaniaan yang PDO tunjukan dan saya sanjung tinggi, hanya ingatlah supaya jangan terlalu ghairah dalam mambuat laporan sehingga terlupa mempertimbangkan kebenarannya demi keADILan. (?)
Nota:
Kita sangat berharap dalam bajet Pakej Ransangan Ekonomi (PRE) jalan yang menghubungkan Kuala Lipis dan Kg Dusun di Kuala Kenong akan dapat dibina kerana ianya sangat penting bukan sahaja bagi perhubungan penduduk setempat tetapi juga penting bagi pembangunan pelancongan di Kuala Lipis yang semakin malap. Harap Exco Pelancongan membaca dan dapat memberi perhatian terhadap kemurungan pelancongan di Kuala Lipis.
Seharusnya pembangunan pelancongan di Kuala Lipis diberikan perhatian terutama menjelangnya siapnya jalan diantara Cameron Highland dan Kuala Lipis kelak. Jalan Cemeron highland Gua Musang telah membantu membawa pelancong ke Kelantan, jika perhatian tidak diberi sewajarnya kita bimbang akan jadi sepereti Tioman dimana mersing yang mendapat faedah bukan Tanjung Gemok,Rompin.
No comments:
Post a Comment