12 December, 2008

DEBAT : bREAVE hEART VS PDO



Adaptasi dari posting PDO (nak baca klik disini)

Tajuk: Cyber Trooper UMNO Semakin Rakus, Hingga Terlupa Agenda Perubahan Buat Rakyat
Tempat: Auditorium Cyber Maya

Moderator: Terima kasih kerana sudi mengikuti debat ini seperti mana tajuk diatas. Saya dahului dengan PDO untuk memulakan debat ini. Silakan…..

PDO: Lucu benar bila melihat keletah "Blogger Cyber Troper UMNO" yang bernama Brave Heart. Beliau nampaknya begitu "pelahap" untuk menggempur Pahang Daily Online. Dibantu oleh kuncu-kuncunya Anak Jati Pahang, Waris Pahang, Pak Tam dan ramai lagi….

bREAVE hEART: Maaf! Saya buka Cyber Trooper dan saya tidak terlibat kumpulan yang dinamakan kuncu-kuncu. Saya tidak mengenali Anak Jati Pahang, Waris Pahang, Pak Tam. Saya menulis sendirian dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa atau apa-apa.

PDO: Mereka difahamkan telah mengatur strategi terancang untuk melemahkan PDO. Semua laporan berita dan pendedahan yang dibuat oleh PDO dianggap fitnah, fiksyen dan cerita dongeng semata-mata. Sebaliknya PDO lihat dalam blog mereka tidak ada langsung cerita-cerita berkaitan Kerajaan Negeri Pahang ataupun Aktiviti Program yang melibatkan Menteri Besar pahang, Exco atau ADUN dari UMNO dan Barisan Nasional.

bREAVE hEART: Saya tidak ada apa-apa perancangan dengan sesiapa. Mengapa perlu saya lemahkan PDO? Apakah PDO terlalu kuat? Saya dah katakan, blog saya tidak punya apa-apa agenda untuk kerajaan atau parti kerajaan atau apa-apa parti sekalipun. Maaf! Jangan provoke saya.

PDO: Justeru itu apa gunanya mereka mempunyai "Blog" jika sekadar menyerang sedangkan dalam masa yang sama mereka tidak "counter attack". Mereka menyerang selagi boleh dan termampu. Segala yang terdapat dalam PDO semuanya mahu diselongkarkannya. Mereka memasang spy dimana-mana untuk menerjah masuk ke "bilik gelap PDO".

bREAVE hEART: Mereka? Saya tidak menyerang dan tidak ada perancangan untuk menyerang sesiapa. Spy? Tidak! Saya bukan spy kepada sesiapa. Saya tidak menerjah memasuki bilik-bilik gelap PDO. Tidak! Sama ada dari depan atau dari BELAKANG. Oppp! Saya tidak bermaksud apa-apa. Saya BUKAN tidak sengaja. Maaf!

PDO: Melihat cara mereka bekerja, maka ia mengesahkan lagi bahawa Cyber Trooper UMNO ini hanya diberi tugas untuk "bertempur" dengan PDO di alam siber. Sebaliknya mereka gagal memaparkan informasi terkini yang berlaku kepada pemimpin mereka. Tidak seperti PDO, yang tetap memaparkan galeri aktiviti serta berita bergambar. informasi terkini Pakatan Rakyat di Pahang. Justeru itu, rakyat sebenarnya sudah boleh menilai kesannya dalam pilihanraya umum akan datang.

bREAVE hEART: Mereka lagi? Saya dah katakana saya bukan dari kalangan mereka. Saya minta tarik balik.

PDO: Ok! Ok! Saya tarik balik.

bREAVE hEART: Blog saya bukan halaman memaparkan berita. Blog saya hanya mernyatakan pendapat dan ulasan dari berita-berita sekeliling kita. Jadi tidak perlu saya menjadi wartawan dan mendapatkan berita serta saya tidak perlukan gambar-gambar. Maaf!.

PDO: Banyak perubahan yang dilakukan terhadap blog-blog mereka diceduk dari PDO, antaranya ruangan soal selidik, kaunter pelawat, komentar yang telah dibuka kepada umum dan sebagainya.

bREAVE hEART: Oh Ya? Saya tidak tahu bahawa selama ini hanya PDO sahaja yang punyai ‘Soal Selidik’, ‘Kaunter Pelawat’ dan ‘Komentar’. PDO mendahului blog-blog lainnya serata dunia? Syabas! Syabas! Saya bangga dengan kejayaan Anak Malaysia.

PDO: Namun, satu kelemahan yang amat ketara pada blog-blog mereka ini ialah kekurangan dari segi mahu menerima komentar dari pembaca. Biarpun ada yang sudah membuka ruang itu, namun masih ramai lagi yang masih "Lock ID" pembaca yang mahu membuat komentar mestilah berdaftar terlebih dahulu dengan "blogger.com". Ini jelas sekali menunjukkan mereka cukup gentar jika ada komen yang mengutuk, menghina serta mencemuh. Inilah sikap puak-puak UMNO sebenarnya. Bagi mereka, hanya puak-puak mereka sahaja yang betul dalam semua hal.

bREAVE hEART: Ya! Komentar bagi saya sangat baik dan saya sering menerimanya secara terbuka. Tetapi kita kena faham erti kebebasan itu sendiri, Apakah kebebasan bermakna kita sentiasa boleh mencemuh, memaki hamun dan mengelurkan kata-kata kesat dan lucah? Kebebasan juga harus ada had dan peraturan. Sebagaimana undang-undang Negara dan akta-akta dalam Negara kita – ISA contohnya, saya rasa masih perlu tanpa akta berkenaan tentu banyak malapetaka yang akan terjadi seperti di Thailand atau India hatta di Amerika sekalupun kerana…..

PDO: Tidak seperti PDO yang lebih bersikap terbuka dan memberi …………

bREAVE hEART: Maaf! Saya belum habis …

PDO: Tidak seperti PDO yang lebih bersikap terbuka dan memberi ruang "dua hala unuk berinteraksi" secara telus dengan mana-mana pembaca baik dari parti pembangkang mahupun kerajaan. Inilah konsep "blog yang sebenarnya". PDO juga menyediakan dua
buah lagi kotak "Chat Room" untuk komentar online yang dinamakan "Diskusi Umum" dan "Debat Politik". Bagi kami, suara pembaca harus didengar dan bukan hanya dipekakkan telinga semata-mata. Begitu juga suara rakyat, harus didengar setiap masa dan bukan hanya waktu-waktu tertentu menjelang pilihanraya sahaja.

bREAVE hEART: Itu yang saya katakan kebebasan. Jadi PDO boleh berbuat apa saja dengan blog PDO asalkan tidak menganggu masyarakat umum. Saya pun berpendapat demikian, bahawa suara rakyat harus didengan dan suara saya juga harus saya perdengarkan kerana saya sebahagian dari rakyat.

PDO: Cyber Trooper UMNO tidak berani untuk memberi ruang ini. Mungkin kerana mereka takut dengan kutukan keras dari pembaca agaknya.

bREAVE hEART: Cyber Trooper? Saya tidak kisah dengan kritikan dan komen asalkan bukan cacian dan tohmahan serta kata-kata lucah dan kesat. Boleh! Saya boleh terima.

PDO: Mereka juga menuduh PDO sesumpah kerana….

bREAVE hEART: Saya yang menuduh PDO sesumpah. Itu ada dalam posting saya. Tetapi itu bukan kata-kata lucah dan kata-kata kesat.

PDO: Brave Heart juga ada mengatakan wartawan PDO tersangat rajin dan aktif menjelajah ke segenap ceruk negeri bagi mendapatkan berita terkini. Kononnya selepas Kg. Kelubi di Lanchang ke Kg. Kechau di Kuala Lipis. Beliau mengatakan kami hanya buat "provokasi' dengan memaparkan isu ini. Bila masa pula kami katakan kami menjelajah ke seluruh negeri?.

bREAVE hEART: Ya! Saya berkata demikian (dalam posting) Itu persepsi saya dan itu…………

PDO: Bukankah kami sudah katakan sebelum ini, bahawa krew-krew kami berada di seluruh Pahang. Bahkan krew kami juga ditempatkan di hampir 90% jabatan kerajaan di Pahang termasuk juga pejabat MB sendiri. Malahan kami juga ada akses ke dalam Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang diadakan setiap Rabu itu.

bREAVE hEART: Alhamdulillah! Kalau begitu PDO sangat yakin dengan misi ‘Tawan Pahang PRU13’ Bagus.

PDO: Maka itu usahlah Brave Heart tercari-cari siapakah krew kami. Mereka bekerja tanpa gaji atau insentif. Cuma mereka sudah jemu dan meluat dengan kerenah UMNO dan BN yang sudah 51 tahun memerintah negeri ini……..

bREAVE hEART: Oh Tidak! Tidak! Saya tidak tercari-cari. Saya tidak beriminat dalam soal itu. Maaf!

PDO: …..namun rakyat Pahang terus menghadapi berbagai masalah yang amat menyedihkan, termasuk isu air yang masih membelenggu masyarakat Felda sejak 30 tahun yang lalu. Hingga sekarang masih belum diselesaikan oleh pihak kerajaan, berbagai alasan diberikan.

bREAVE hEART: Saya akui rungutan rakyat itu, tetapi apakah PDO melaporkan terima kasih kepada apa yang kerajaan lakukan selama ini. Saya percaya ada buruk tetapi dalam masa sama mesti ada yang baik juga. PDO patut rasional jangan bersikap tidak adil. Memang senang mencari kesalahan dari berbuat sesuatu yang baik. Mungkin kita nampak pembangkang tidak lakukan kesalahan, benar itu adalah kerana mereka tidak melakukan apa-apa. Mereka hanya mengkritik tetapi mereka tidak mampu berbuat ….

Ting! – (bunyi loceng)

Moderator: Baiklah! Masa sudah cukup. Tuan-tuan dan saya mengucapkan terima kasih kerana mengikuti debat ini dari awal hingga akhir. Terima kasih juga kepada pendebat kita PDO dan Brave Heart kerana dapat bersama-sama pada kali ini sehingga disuatu masa akan datang saya ucapkan salam sejahtera dan jumpa lagi.


Nota:
Sejurus selepas majlis debat ini, PDO yang menyedari dan menginsafi akan kesalahan-kesalahan yang telah dilakukannya selama ini terutamanya dalam memutarbelitkan isu yang melibatkan seseorang yang terlibat dalam kemalangan maka PDO telah menarikbalik laporan tersebut dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada keluarga mangsa. (baca disini) Kita ucapkan syabas kepada PDO kerana penuh keberanian dan bertanggungjawab membuat permohonan maaf berkenaan. Cuma kita berharap dalam membuat laporan janganlah terlalu ghairah bagi mendapatkan populariti dengan mengenepikan etika dan tatasusila.

4 comments:

Anonymous said...

Maaf Tuan-tuan,
Bukan Anak Jati Pahang (AJP) tetapi Anak Pahang Jati (APJ).

Kesilapan ini akibat PDO yang begitu marah kerana pantun APJ terlalu bisa dan tiada penawarnya!

http://anakpahangjati.blogspot.com

Jangan lupa Tuan-tuan!

Anonymous said...

Cheh.....debat berat sebelah la bro...
cuba baca elok2....macam PDO tuh bercakap sambil letak 'headphone' n pasang lagu WARISAN kuat2....hehehe....
bro jawab dia boat donno jer...
pandir betul PDO tuh....

wawawa....

Anonymous said...

ok gak debat ni, tapi kalau brave heart debuk pdo lagi baik. kahkahkah

Anonymous said...

ha..ha... lepas nie PDO n BH buleh minom air 1 meja....kuang...kuang dunia...duniaaaaa

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...