27 March, 2009

Laporan Polis keatas Khairy Jamaluddin?

KJ meraikan kemenangannya sebagai Ketua Pemuda UMNO


Satu Laporan Polis dijangkakan akan dilakukan keatas Ketua Pemuda UMNO yang baru dipilih Khairy Jamaluddin, atas kesalahan salahlaku ‘politik wang’.

Laporan ini akan dibuat oleh seorang ahli Pemuda UMNO Perak dan minta pihak berkuasa menyiasat keatas dakwaan dimana ‘carpet bombing’ berjumlah RM 10,000.00 setiap seorang. Habuan lebih dikatakan dijanjikan apabila Khairy menang.

Modus operandi yang digunakan ialah wang tunai dan nombor magnum, agar sesiapa yang menerima habuan ini akan ‘menunaikan kemenangan’ ini tanpa dilihat sebagai ‘rasuah’. Kesalahan ini dikatakan dilakukan pada malam Selasa 24 Mac 2009. Terdapat laporan dimana Perwakilan Pemuda UMNO berbondong bondong menuju ke Hotel Corus, Kuala Lumpur, yang dikatakan sebagai ‘Lubuk KJ’.

Demikian laporan dari blog 'The Thirteen Million Plus Ringgit' Guy Rambles
Lapornya lagi; Sebelum ini, Lembaga Disiplin UMNO telah menyiasat dan mendapati Khairy MP Rembau ini atas salahlaku salahguna politikwang. Namun begitu, beliau setakat diberikan amaran sahaja. Ini menimbulkan ketidakpuasan hati ramai pihak, terutama ahli UMNO.

Bagaimanapun tindakan yang akan diambil janganlah hanya kerana KJ memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO, tetapi lebih kepada alasan memulihkan dan membersihkan parti. Apapun tindakan itu dirasakan sangat wajar bagi memberikan keyakinan rakyat terhadap UMNO dan Presiden baru haruslah menunjukkan ketegasan beliau dalam menangani isu-isu yang mampu memulihkan imej parti.

Kita merasa hairan bagaimana seorang yang telah didapati salah dalam politik wang tetapi tidak dikenakan apa-apa tindakan oleh Lembaga Disiplin UMNO sedangkan dalam masa yang sama ada calon lain yang juga turut melakukan kesalah yang sama dikenakan tindakan. Biarpun kedua-duanya didapati bersalah dan dikenakan tindakan (larangan bertanding dan amaran) namun kita masih tidak berpuas hati dengan hukuman yang dirasakan tersangat ringan.

Jika kita masih ingat kepada kesalahan sama yang dilakukan oleh Isa Samad, beliau terpaksa melepaskan jawatannya dalam kerajaan jadi kenapa tidak tindakan yang sama dikenakan kepada pesalah-pesalah ini? Ali Rustam umpamanya perlu melepaskan jawatan sebagai KM Melaka dan KJ dilarang serta digantung keahlian selama 3 tahun atau lebih. Apakah tindakan keatas mereke tidak diambil kerana mereka kesayangan PM dan Presiden Parti?

Kita berharap agar kepimpinan baru UMNO akan mengambil tindakan tegas serta menyerahkan kes ini untuk tindakan SPRM dengan itu kelak rakyat akan lebih yakin kepada perubahan UMNO yang dicanangkan selama ini. Jika tidak rakyat akan merasa tertipu dengan cadangan pembaharuan yang sering disebutkan.

Jika tidak, maka rakyat akan merasakan bahawa; rupanya ahli-ahli UMNO tidak mengetahui bahawa selama ini perlembagaan UMNO telah memperuntukkan 2 undang-undang / hukuman berbeza kepada ahli-ahli UMNO dari 2 golongan; 1. Golongan Bangsawan 2. Golongan Marhaen


Ketika PRU hanya dihujung selekoh, UMNO pula berada dihujung jalan!


Saya terbaca blog Suara Prihatin UMNO yang membuat ulasan menarik mengenai Ketua Pemuda - klik untuk baca







5 comments:

PARPUKARI said...

MEMANG SAH TAK LAMA LA MAMAT NI...HE HE HE

Anonymous said...

"....tindakan yang akan diambil janganlah hanya kerana KJ memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO, tetapi lebih kepada alasan memulihkan dan membersihkan parti. Apapun tindakan itu dirasakan sangat wajar bagi memberikan keyakinan rakyat terhadap UMNO dan Presiden baru haruslah menunjukkan ketegasan beliau dalam menangani isu-isu yang mampu memulihkan imej parti...' Cdo setuju sangat dengan kenyataan ini.Sebelum nie Cdo tak ad sebarang perasaan negatif terhadap KJ...malah Cdo tengok dia ada ketokohan untuk memimpin, kerana kelantangan suaanya....TAPI BILA DIA DI DAPATI BERSALAH dan menerima hukuman yang ringan...makan Cdo meluat dan malas nak menyokong dia....bukan pasal di menantu Paklah....tapi pasal terlibat dengan pebuatan yang tida bermoral...

Pemuda IKS said...

Salam perjuangan,

Pemuda IKS adalah penyokong kuat gerakan BERANI BERUBAH!. Namun sikap segelintir pemuda yang bertindak selepas kemenangan KJ menampakkan kelemahan kita. Mengapa baru sekarang hendak lapor? Mengapa bukan sebelum ini? Adakah jika KJ tidak menang kita akan abaikan kes beliau? Adakah ini caranya untuk menangani perasuah? Adakah kita melaporkan ini untuk menghapuskan gejala politik wang atau kerana hendak menjatuhkan beliau? Jangan terlalu emosional dan perlu lebih profesional.

"MEMPERKASA GENERASI BARU"

Pergerakan Pemuda
UMNO Cawangan Taman IKS
Bahagian Batu WP

http://pemudaiks.blogspot.com

House PK III said...

Salam Perjuangan dari saya!

Saya harap Dato Mukhriz akan menjadi menteri penuh!

one one no belen said...

Sebaiknya kita singkirkan semua pemimpin yg rasuh.buakn setakal KJ sahaja.bersihkan UMNO sebersih bersihnya.insyaalah kita akan menang dlm pru 13 nanti.Tapi berani ke DSN memerangi perasuh-perasuah tersebut?mereka bukan seorang dua.maybe separuh dari pemimpin yg menang baru baru ni terlibat sama?

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...