15 April, 2009

GELORA PAS - SAH ADA PERTEMBUNGAN

Bendera baru PAS yang akan diresmikan sempena muktamar PAS kelak



Sudah tidak dapat dibendung lagi, pertembungan tetap akan berlaku didalam PAS. Segala ungkapan untuk selesaikan secara musyawarah ternnyata gagal dilaksanakan. Pertembungan ini akan menyaksikan perpecahan didalam PAS dengan Hj Hadi di satu pihak dan Nik Aziz dipihak yang lain.

Sebenarnya keretakkan hubungan ini telah berlaku sejak lama dulu dan berlarutan ke PRK di Kuala Terengganu serta mengheretnya ke PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Kerana itu jika kita perhatikan bahawa setiap kali ada isu, mereka akan sentiasa bercanggahan pendapat. Mungkin ketika ini mereka sedang menguji dan menimbang kekuatan satu-satu pihak melalui tindakbalas dari ahli-ahli dan para penyokong mereka.

Terbaru, di Macang Nik Aziz menyatakan bahawa jika perubahan harus berlaku maka ia perlulah dilakukan oleh ahli-ahli termasuklah mengubah Presiden parti. Nik Aziz memang bermaksudkan menukarkan presiden parti iaitu Hj. Hadi.

Adalah dipercayai Nik Aziz mendapat sokongan kuat dari kumplan erdogan @ Husam Musa manakala Hj. Hadi disokong oleh puak-puak ulamak. Ada pihak melihat bahawa puak Hj. Hadi akan membawa PAS ke arah perpaduan melayu dengan merapatkan diri dengan UMNO. Bagaimanapun, pihak Nik Aziz, jika menang pertempuran ini akan membawa keaarah penyatuan dengan PKR dan DAP.

Menurut sumber, peluang puak Nik Aziz menang adalah lebih cerah berbanding dengan puak Hj. Hadi. Bagaimanapun Nik Aziz bukanlah pemula kepada pertembungan ini, tetapi beliau dilihat terperangkap. Jika Nik Aziz tidak mengikut arus perjuangan puak Husam Musa maka Nik Aziz juga tak ada tempat dalam puak Hj. Hadi.

Ada juga pendapat mengatakan bahawa Husam Musa sengaja memerangkap Nik Aziz dan meletakkan mereka dalam pertembungan dengan tujuan membunuh salah seorang atau kedua-duanya sekali dan melenyapkan mereka dari karier politik PAS. Banyak kalangan ahli telah menyuarakan bahwa mereka berdua ini sudah terlalu lama dan patut memberikan peluang kepada tokoh muda yang lebih bersemangat untuk memimpin parti.

Ada yang memberi pandangan bahawa Nik Aziz akan memenangi pertembungan dengan Hj. Hadi dengan bantuan puak Husam namun selepas itu Nik Aziz akan dilenyapkan oleh Nizar yang sedang mendapat sambutan hangat kebanyakan ahli-ahli PAS ketika ini. Umum sudah mengetahui bahawa Nik Aziz memang kurang mesra dengan Nizar sejak penamaan calon PRK Bukit Gantang dulu.

Jika pertentangan seperti yang dirancang ini berjaya, maka akhirnya puak dari oder baru erdogan akan menguasai PAS yang akan lebih bersemangat lagi nanti, bagaimanapun ada hubung kait dengan DS Anwar Al-Juburi (meminjam kata Mat Sabu). Kita sayangkan Nik Aziz Musyidur AM PAS dan kita masih mahukan Hj. Hadi sebagai Presiden parti, kumpulan ke-3 ini telah menjadi gunting dalam lipatan dan memporak perandakan PAS demi kepentingan peribadi mereka dan kesetiaan kepada DS Anwar.


Anwar tersengih, edorgan kuasai PAS

Salam Isi Semasa Pemilihan Sedekah Semasa Muktamar

13 comments:

Tam Dalyell said...

Bior bebeno Pas oi.

Tiga bintang tu Bintang Tiga lepas Jopun.

Takkan PAS nak jadi kominis Bintang Tiga. Pengganas tu tak ada agama.

Mak ai.

Panglima Perang Cyber said...

hahahaha...

marah orang pas tengok bintang tiga tu.

bro, kita harus sedarkan lagi dan tiap2 masa bahaya golongan liberal tajaan barat yang berada dalam PAS.

meraka sanggup lakukan apa saja untuk sebar dan kuatkan fahaman mereka sekarang.

tahniah bro atas artikel ini..

one one no belen said...

Yes lawan jgn tak layan. nanti biar semua melayu mati berlawan.cuma tinggal keretapi tanah melayu berhad aje di malaysia ni sebab semua melayu dah mati. tak apa yg tinggal cuma menyegar

Kerja Kosong Kerajaan said...

aper punya bodoh la...penulis artical nie........nie mesti pencacai umno......yang pastinya umno akan berkubur......x usahla nk buat fitnah.......

Aspirasi said...

Tahniah bro.... itulah hakikat PAS...

PAS sekarang sudah berbeza... dulu negara Islam sekarang negara kebajika... sesuai sangatlah dengan bendera PAS bintang tiga....

Dengan PAS ni tak perlu nak ilmiah dan fakta.. diaorang semua budus budus belaka.... semua otak udang..

one one no belen said...

Salam abu. semua pemimpin melayu mmg kamki fitnah. tak kiralah UMNO ke PAS ke PKR ke sama aje semua tu penipu. Kesian Rakyat yg beria ia menyokong fanatik parti parti politik ni kena tipu hidup hidup. Itulah nak ajar jadi cerdik tak nak. nak jadi bodoh jgk.

one one no belen said...

Salam abu. semua pemimpin melayu mmg kamki fitnah. tak kiralah UMNO ke PAS ke PKR ke sama aje semua tu penipu. Kesian Rakyat yg beria ia menyokong fanatik parti parti politik ni kena tipu hidup hidup. Itulah nak ajar jadi cerdik tak nak. nak jadi bodoh jgk.

.@blogger.com said...

abu (abu nawas ke abu lahab?),
kenapa terlalu taksub kepada PAS? Pemimpin PAS bukan nabi, bukan juga wali allah, mereja manusia biasa seperti pemimpin UMNO juga. Mereka orang politik yg memainkan sentimen penyokong. mereka juga korup dan salahguna kuasa bila berpeluang. Bahkan mereka juga mengadai body demi nafsu sek seperti Ele Si Ratu Telanjang PKR. Mereka boleh jadi juga peliwat seperti Si Anwar. Hangan jadi bodoh dan biarkan diperbodohkan selamanya. Kalau sekali namanya silap, tapi kalau berkali-kali macam kau ni abu, memang lah jenis bodoh. huhu!

Cheguman said...

Episod malang PAS bermula...

Z-MAY said...
This comment has been removed by the author.
Z-MAY said...

nik aziz memang nak tendang hj hadi sebab hj hadi sokong melayu. nik aziz pula bermulihat atas nama islam untuk meraih undi kaum lain.

maka bila nik aziz guna nama islam, ramailah bukan melayu sokong pas. nampak sangat bukan melayu kat malaysia ni anti melayu. apakah dosa melayu...?

MAWAR BERDURI said...

salam bh?

uhuhuh hebat2 pas bintang 3 kan muncul d layar perak hehehhehe...betul2 berani oh ko ini. hehehe

Unknown said...

Akhirnya saat ditunngu dah tiba bila edorgan kuasai PAS. Nik Ajis tak payahlah nak menegis keluar air mata darah pun edorgan dah pun kuasai PAS



Salam Perjuangan

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...