13 April, 2009

MELAYU HILANG KUASA

Siapa akan membangunkan bangsa melayu jika kuasa politik kita hilang?

Sin Chew Daily melaporkan "Muhyiddin – Cina tidak bersyukur kepada BN", Nanyang Siang Pau "Cina kenakan BN. Muhyiddin – Dapat manfaat tetapi tidak beri undi" dan China Press pula "BN rasa tertipu. Muhyiddin - Penuhi tuntutan Cina tapi masih tiada sokongan". Selain MCA, Gerakan dan DAP juga membidas analisis Muhyiddin itu yang mendakwa pengundi Cina dan India kini menganggap diri mereka "kuasa penentu" kekuasaan selepas lima negeri, termasuk Kelantan, jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. "Persoalannya apakah mereka melihat dalam konteks senario politik baru ini, selepas kerajaan BN tumbang di lima buah negeri, mereka sudah menjadi kuasa penentu? Orang Cina rasa sekarang, walaupun mereka kumpulan minoriti, merekalah menentukan kerana kelompok masyarakat Melayu sudah berpecah tiga kumpulan. "Masyarakat Cina tidak berpecah, mereka bersatu, setidak-tidaknya dari segi semangat apabila bersama-sama membuat sesuatu keputusan. - Petikan : 'Cina, India bukan peminta sedekah' - MALAYSIAKINI - Apr 13, 09 5:17pm

Mari kita fikirkan dan bincangkan:

1. Apakah pendapat dan tindakan orang melayu mengenai kenyataan itu?
2. Apakah timbul kesedaran kepada orang melayu sebelah sana (dan sini) untuk bersatu dan mengatasi masalah ini?
3. Apakah orang melayu masih rela bertentangan sesama sendiri walaupun mereka sedar akhirnya bangsa cina akan menguasa segalanya dan negara ini dan akhirnya kita akan jadi hamba dinegeri sendiri?
4. Apakah PAS dan PKR rela ini berlaku asalkan mereka dapat berkuasa walaupun untuk tempoh yang singkat?
5. Apakah PAS dan PKR sedar bahawa melayu telah berpecah dan melayu tidak mampu jadi kuasa penentu politik walaupun melayu golongan majoriti di Malaysia?

Saya mempelawa terutamanya melayu disebelah sana (PAS dan PKR) untuk memberikan pandangan dan pendapat mereka atas kesedaran bahawa kuasa melayu telah terhakis dibumi melayu sendiri.


4 comments:

GTSB said...

Sesetengah melayu yg merasa mereka telah cukup ilmu slalu meremehkan suara-suara penyatuan bangsa dengan mengalihkan kesalahan kpd UMNO sepenuhnyha, namun pada masa yg sama dingin terhadap seruan penyatuan!!! Mereka ini keliru kerana merasakan tidak perlu di ajar kesan perpecahan kerana yakin mereka sudah bersedia, anaj2 mereka juga telah bersedia begitu juga cucucicit mereka juga bersedia untuk menjadi sepertimana rakyat bangsa melayu singapura. Tunku beri singapork kat cina nak suruh kita suluh sikap depa, bukan suruh jual maruah!

pelantaqhujah.

kulatlapok said...

salam perkenalan Bro:

Saya tak boleh tengok seperti gambar yg sdr. siarkan. Tidak kira samada ianya terletak dikawasan pembakang atau BN persoalannya golongan ini tidak harus dipinggirka. saya setuju dengan pandangan sdr. kemana Melayu jika Kuasa Melayu itu sendiri telah hilang. Tetapi kita juga adakalanya perlu melihat dari satu sudut bila pemimpin melayu hancurkan bangsa melayu.Wallahualam

one one no belen said...

Salam. kita kena terima kenyataan sebenarnya pemimpin melayulah yg menjadikan bangsa melayu bangsat ditanah air sendiri.Pemimpin melayu tersebut(semua parti.bukan hanya UMNO)hanya mementingkan diri mereka sendiri tidak kepada bangsa mereka

Anonymous said...

Aku setuju dengan menyegar.Itulah hakikatnya sekarang.Jika tanah air kita tergadai kesalahan adalah terletak di atas bahu pemimpin melayu yang bangsat yg menjual marwah bangsa dan negara.semoga keturunan mereka terlaknat sepuluh keturunan

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...