Saya pun tak puas hati sebab saya hanya dapat main dari belakang saja,
atas belakang unta 'Husin Lempoyang' pulak tu!
atas belakang unta 'Husin Lempoyang' pulak tu!
Kami tidak puas hati..!
Memang mudah melafazkannya. Siapakah dan berapa ramaikah didunia ini yang selalu reda dan akan berpuashati dengan apa yang mereka dapat atau mereka ada?
1. Kita tidak berpuas hati kerana kita tidak mendapat sesuatu itu, kemudian kita mendapatnya tetapi kita masih tidak berpuashati lagi mungkin kerana kita mendapat sedikit dan kita inginkan lebih.
2. Jika kita isteri kepada suami yang beristeri dua, kita tidak berpuas hati jika suami kita tidak bersama kita sebaliknya bersama isteri yang satu lagi. Untuk puaskan hati kita maka suami akan bersama kita, tetapi malangnya ini membuatkan isteri yang satu lagi pula tidak berpuas hati. Puaskan hati yang ini, yang itu tidak puas hati. Puaskan hati yang itu, yang ini pula tidak puas hati. Mencuba memuaskan hari kedua-dua mereka namun masih tidak mampu lakukannya sehingga akhirnya si-suami juga tidak puas hati kerana tidak dapat memuaskan hati isteri-isterinya.
3. Masihkah ingat tentang sebuah kisah dari negara arab tentang kembara seorang ayah bersama anaknya dan seekor unta?;
- Ketika ayah dan anaknya menunggang unta tersebut ada yang menegur dan mengatakan mereka menzalimi unta berkenaan kerana kedua-dua mereka menaiki unta yang kepenatan itu.
- Ketika si ayah berjalan dan si anak menunggang unta tersebut, maka ada yang menegur dan mengatakan tidak wajar si anak membiarkan ayahnya yang tua berjalan.
- Ketika si anak berjalan dan si ayah menunggang unta tersebut, maka ada yang menegur dan mengatakan tidak wajar si ayah membiarkan anaknya yang kecil berjalan.
- Ketika si ayah dan si anak kedua-duanya berjalan, maka ada yang menegur dan mengatakan tidak wajar si anak dan si ayahnya yang tidak menunggang unta tersebut.
4. Ketika Pak Lah jadi PM, pembangkang nak usul undi tak percaya supaya Pak Lah letak jawatan. Ketika Pak Lah nak letak jawatan dan serahkan kepada DS Najib, pembangkang usul sokong Pak Lah terus kekal.
5. MCA tak menang banyak dalam PRU12 lalu tetapi masih tagih TPM ke-2 dari kalangan MCA.
6. MIC tak menang banyak dalam PRU12 lalu tetapi masih tagih lebih jawatan dalam kabinet DS Najib.
7. Rakyat tidak mengundi UMNO/BN yang menjadi tunggak kerajaan tetapi meminta kerajaan dan wakil rakyat yang tidak dipilihnya membantu mereka itu dan ini.
8. Akhbar yang pemitnya hanya untuk ahli tetapi bebas dijual kepada umum, apabila KDN mengharamkannya kerana kesalahan itu puashati kah mereka?
Kalaulah kita tahu bersyukur dan berterima kasih, alangkah baiknya. Mungkin kita hanya akan merasa sesal kerana kita tidak bersyukur semasa kita berpeluang. Mungkin setelah kita hilang kuasa dan segalanya baru kita akan merasa malang kerana selama ini kita tidak pernah bersyukur kepada kerajaan yang memberikan kepada kita yang bukan sedikit.
Kita harus beranikan hati untuk berpuashati dengan apa yang kita miliki dan bersyukur atas segalanya.
12 comments:
Saya tambah sikit:
9) Melayu kaum majority - pecah tiga - tak mampu nak jadi kuasa penentu -- kami tidak puas hati.
10) Cina kaum minority - empat puak bersatu hati - jadi kuasa penentu -- kami tidak puas hati.
11) PAS pejuang agama - memperjuangkan ketuanan rakyat PKR - memperjuangkan Malaysian Malaysia DAP - meninggalkan perjuangan agama kepada NgehNga -- Kami tidak puas hati.
12) Abis cam ne? Tiga puak Melayu disatukan - cam ne? - juang -- baru puas hati dok?
Bagus actikel ini...Pakmie suka.
Inilah sifat org perjuangan setiap masa memikirkan bagaimana cara utk semua orang berpuas hati.
Tetapi tetap juga tdk berpuashati...
kalau ikut hati dah lama malaysia ni hancur lebur
Nak puas hati ?
Tak dapat sampai tanah masuk mulut..
baca : MATI..
tu sabda Nabi s.a.w.
tambah sikit - mca menang tak seberapa dapat kerusi kabinet banyak. aku tak puas hati.
gerakan habuk pun takdak - dapat juga kerusi kabibet, aku lagi tak puas hati.
mic? hampeh... dapat kerusi kabinet juga, aku lagi-lagi tak puas hati...
Salam ziarah...
http://aspirasi-baru.blogspot.com
ASPIRASI BARU - "Menyusuri Transformasi, Menterjemah Aspirasi"
Assalamualaikum,
Senang saja nak bagi Puas hati pada yang tak puas hati jadi rakyat Malaysia.
Beri mereka pilihan nak duduk di Negara mana sekejap.
Boleh Pilih:
Benua Afrika ini boleh pilih di Zimbabwee ke, Botswana atau Madagascar. Sini memang tempat orang Bersyukur, kulit pisang pun makan sebab memang nak makan pun susah.
Pada yang suka mengata kerajaan Malayia, cuba pergi ke Jeddah dan Kutuk Kerajaan Saudi. Tengok apa akan jadi pada Nasib anda.
Kalau Afrika jauh sangat, boleh surah Air Asia sponsor flight ke India atau China. Cuba tinggal di Mambai ke, Shanghaike kalau boleh tahan berbanding hidup di Malaysia ini yang tak pernak nak disyukuri nikmatnya.
Kalau jauh sangat susah susah naik bas pun boleh sampai ke Selatan Thai atau Singapore. Cuba duduk sana baru boleh BEZAkan Negara Mana lebih baik. Kalau berani nak keluar malam walau ke Masjid di Selatan Thai, cubalah. Kalau berani sampai di Singapore cuba kutuk PM dia. Tengok apa jadi.
Barulah boleh PUAS hati sebab dah rasa sendiri betapa Nikmatnya jadi rakyat Malaysia dan betapa tidak bersyukurnya kebanyakkan Orang Malaysia.
Trend sekarang Trend tak bersyukur. Dari setua tua Muslim yang seAlim Alimnya padalah Mat Rempit muda belia, lokek nak bersyukur. Yang Alim Alim jadi pujaan berjuta Muslim pun yang Diajarnya dipupuk di dada rakyat hanya benih kebencian itu sahaja.
Sampai Kiamat pun tak akan Puas Hati dalam APA pun sebab tak bersyukur dan BerTerima Kasih pada Illahi atas apa pun Nikmat yang dia beri.
WaAllahuAlam.
Salam saudara semua dan terima kasih atas segala komen/pendapat/pandangan tetapi - saya masih TAK PUAS HATI;
1) Kenapa sdr2 disebelah sana tidak membaca/response posting saya
2) Kenapa mereka tak sedar bahawa kuasa politik bangsa kita makin terhakis
3) Kenapa melayu sebagai majoriti todak dapat jadi kuasa penentu politik negara
4) Kenapa bangsa melayu suka berpecah dan menentang sesama melayu dan membiarkan diri diperhamba oleh bangsa lain?
5) Kenapa...kenapa..KENAPA????
Salam.. mcm mana nak puas hati? sebab melayu ni mmg bangsat sentiasa tak akan puas hati. jadilah menyegar jgn jadi melayu
he he,
KENAPA KITA TAK PUAS HATI?
Salam,
Puas hatikah bila TDM mencipta rekod sebagai orang tertua memohon menjadi ahli UMNO?
Apalah yang masih UMNO harapkan dari seorang yang sudah puas merasai nikmat dunia? Sedangkan umum mengetahui UMNO menghadapi krisis kepercayaan dalam kalangan generasi muda ataupun lebih tepat Pengundi Saluran Tiga dan Dua. Puas hati?
Hampir setahun menghentam UMNO di sebalik nama Pak Lah, tiba2 masuk kembali dan mahukan anaknya yang ditolak sebilangan besar perwakilan Pemuda UMNO mengganggotai kabinet dengan menghentam KJ habis-habisan beberapa hari sebelum pengumuman dibuat?
Puas hatikah TDM? Puas hatikah? Mungkin puas tetapi belum tentu sebilangan besar perwakilan yang menyokong dua lagi calon selain Mukhriz puas hati?
Siapa yang menjadikan Cina begitu kuat kuasa penentunya dalam sesuatu pilihanraya? UMNO atau ANWAR?
Siapa yang biasanya puas hati mneyerahkan kawasan majoriti melayu kepada calon CINA atau INDIA atas alasan semangat perjuangan SATU MALAYSIA? Contoh terbaik Bukit Selambau di Kedah dan Titi Tinggi di Perlis.
Biasanya UMNO yang suka sangat berpuas hati dan apabila menyedari bahawa rasa puas hati dengan apa yang tersurat sahaja tidak mencukupi barulah hendak menggelabah mencari formula terbaik. Senjaa Ampuh Memakan Diri...macamana? Puas Hati?
thx!
1. orang tua tak boleh masuk parti? tak layak mengundi -puashati?
2. dari orang tua kita harapkan pengalaman hidupnya untuk kita ambil iktibar, apakah orang setelah tua tak patut hidup lagi tak patutkah ibu-bapa kita hidup lagi setelah membesarkan kita - puashati?
3. bertahun-tahun anwar menghentam tdm dan BN/UMNO dan mengadai bangsa kepada bangsa lain,terlibat dengan liwat dan salahguna kuasa dan rasuah tapi masih nak jadi no1 - puashati?
4. anwar dalam UMNO lakukan segalanya dan setelah keluar menghentam pula, pemimpin yang tak jujur dan pandai berlakun dan sangup mengangkat cina - puashati?
5. parti UMNO hanya untuk bumiputera sahaja tetapi pkr anwar untuk cina dan keling - puashati?
6. UMNO berkongsi kuasa dalam bn tetapi pkr berkongsi kuasa dalam parti, ini ada perbezaan. ada faham dan puashati?
7. pkr menggalak untuk rusuhan, galak pengikut jadi kurang ajar, apa kita mahu jadi spt thailand yg tak stabil politiknya? yg rusuh orang melayu yg dpt hasil org cina. tidakkah bodoh melayu? - puashati?
SEBERSIH MANA PUN AIR AKAN TERCEMAR OLEH FIKIRAN YANG KOTOR - PUASHATI??
Post a Comment