09 July, 2010

Wa haramun kalau makan sorang, wa halallun kalau kongsi sama?

Gambar hiasan wa haramun
- pandang lama-lama pun boleh jatuh hukum haram ni



Satu-satunya blogger yang diiktiraf secara resminya oleh kerajaan Pahang adalah seorang bekas ADUN Pahang yang blognya diberi nama Sakmongkol AK47. (Saya membuat andaian ini kerana hanya beliau seorang saja dari pahang yang ditauliahkan untuk menyertai kursus / seminar berkaitan dengan penulisan blog di Janda baik tidak lama dulu.)

Sejak dahulu lagi saya perhatikan bahawa blog ini lebih cenderung kepada KJ dalam kebanyakan pandangan yang diberikan dalam blognya. Banyak kali pula beliau memberikan pandangan yang kontra kepada apa yang pemimpin negara ucapkan atau lakukan. Dalam kata lain beliau adalah cenderung kepada fahaman kiri.

Terbaru Sakmongkol mempersoalkan keputusan atau cadangan PM memberikan lesen judi kepada seseorang dengan beberapa alasan yang sememangnya saya fikirkan wajar. Cuma dalam hati saya tertanya-tanya apakah wajarnya beliau mengkritik PM dan apakah dengan penuh keikhlasan atau apa?

Jika tidak silap saya, dulu pernah beliau mengkritik MB didalam blognya namun selepas itu posting berkenaan tiba-tiba hilang entah kenapa atau kerana ada apa. Saya juga bertanya dalam hati, apakah beliau akan menulis begini juga sekiranya beliau masih lagi dikekalkan sebagai ADUN atau dilantik ke mana-mana jawatan dalam syarikat-syarikat milik kerajaan? Kepada siapa saya nak tanyakan maksud dari tajuk posting beliau itu; Wa haramun kalau makan sorang, wa halallun kalau kongsi sama?

Memang ada beberapa blogger yang dipelihara oleh tokoh-tokoh tertentu dan mendapat Imbuhan besar dari usaha kreatif tulisan mereka itu. Apakah ada yang cuba mengacah-acah untuk mendapat perhatian dan tawaran?

Dalam UMNO, golongan elit juga yang sering mendapat faedah kerana dalam UMNO rakyat marhaeh yang akan membela golongan elit dan pemerintah bukan sebaliknya.

Ada sesiapa yang terdengar bunyi sendawa; Brrruuuup!!

4 comments:

Anonymous said...

Salam BH,

Apa pun posting nya, itu adalah fikiran Sakmongkol terserah kepada pembaca untuk memahami maksud nya. BH pun mempunyai hak yang sama, adakah semua posting anda betul fakta nya atau apa, hanya BH yang tau. Berlapang dada dab berbaik sangka lah BH, tak rugi apa pun. BH satu waktu dulu pun pernah merajuk kan???.
Pada aku tulisan sakmongkol ada fakta nya dan inteligent analisis. Tiada apa BH kata Bruuuup , tu apa dia. Jangan banyak sangat makan durian......

Maaf banyak-banyak.

bRAVEhEART said...

Salam Anon,
Sy tidak sekali-kali salahkan pendapatnya. Sy cuma memberi pandangan dari sudut saya. Sy percaya dia betul tetapi dlm masa sama saya juga betul dgn pendapat sy.

Awk mmg pandai menerka yg burrppp itu sendawa musim durian, hahaha. maklumlah durian dah murah dan melambak dimana-mana saja.

Wake UP! said...

KJ tu dibenci ramai. Sesiapa saja yang sokong KJ akan dibenci ramai juga. Elok sangatlah tu.

bRAVEhEART said...

Salam Wake-up,
Kita pun kalau dipelihara dan dibelai manja dengan 'sepenuh kasih sayangnya' pasti akan sokong juga dia mati-matian. Dengar khabarnya KP Jerantut juga 'Orang Dia'. Saya rasa awak macam dah dengar bunyi: burrrpppp! tu, hehe

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...