Anu arr dengan 'anu'
Memang kebelakangan ini saya sengaja melarikan diri dari menulis isu yang ramai blogger menulisnya - isu video seks Anu arr. Alasan saya mudah saja, antaranya kerana bilangan blogger sudah semakin banyak dan ramai diantara mereka menulis perkara yang sama, justeru saya rasa saya harus mencari sudut yang lain yang bagaimanapun punyai matlamat yang sama.
PKR ditubuhkan ketika Anu arr berada didalam tahanan kerana salah-lakunya kali pertama dulu. PKR ditubuhkan adalah untuk membela dan mempertahankan Anu arr ( baca Anwar Ibrahim) yang kununnya di khianati dan difitnah. Maka ramailah anak-anak muda (yang tidak tahu apa-apa) turut menyokongnya atas nama perjuangan, atas nama keadilan.
Bagaimanapun setelah sekian lama, PKR masih dilihat hanya bertujuan untuk menjaga kepentingan Anu arr dan kroninya semata-mata. Keadilan pada PKR hanyalah untuk Anu arr. Jika sesuatu itu memihak atau memberi faedah kepada Anu arr dan kroninya, maka itulah keadilan. Pihak-pihak lain didalam PKR tidak memerlukan keadilan sedemikian itu, justeru mereka tidak perlu diberikan perhatian dan pembelaan seperti kepada Anu arr. Mungkin juga Anu arr seorang saja yang terinaya atau difitnah dan dikhianati didalam dunia ini. Anu arr memang anugerah Tuhan apabila beliau ada sebilangan pengikut dari sebuah parti politik yang menyokongnya bahkan segala perilaku dan perbuatannya.
Jika dulu, PKR pertahankan Anu arr (kerana Anu arr dikatakan dianiayai), apakah pula alasan kali ini 'anu' Anu arr dipertahankan ?
No comments:
Post a Comment