26 May, 2011

KJ ?


Hayati puisi WSRendra mengenai maksud baik


Sahabat saya menulis mengenai KJ. (Klik Sri Tri Buana) Saya sudah melupakannya, dan ramai juga yang demikian. Bagi banyak pihak, imej KJ adalah imej seorang anak mudah yang rakus dalam politik dan beliau juga antara penyumbang kepada banyak permasalahan yang sedang politik kita hadapai sekarang ini.

Sri Tri Buana mengulas mengenai tiba-tiba saja KJ bersuara untuk menjadi juara rakyat marhaen dalam isu harga minyak. Saya tidak hairan kerana sebagai oportunis, beliau sanggup lakukan apa saja demi mencapai cita-cita politiknya.

Pada zaman dimana media sosial masih belum diterima ramai, KJ pernah melabelkan blogger sebagai beruk. Pada ketika itu bukan sedikit blogger 'beruk' yang membencinya kerana title yang diberikan kepada blogger yang perjuangkan martabat UMNO. Namun apabila menyedari bahawa peranan blogger dalam media sosial bukanlah sedikit dan mampu memberikan impak besar, maka KJ 'Beruk' ini mengupah para blogger untuk berblog bagi mengangkatnya.

Bukan sedikit juga blog-blog yang khusus dibina (dengan pembiayaan) untuk melaksanakan tugas itu. Bahkan kebelakang ini terdapat juga kecenderungan blogger-blogger (termasuk yang sudah tersohor) yang dahulunya menentang KJ kini sudah berpaling arah dan sanggup membuntuti KJ pula. Ini tidak menghairankan kerana apabila mereka di'brrupppkan', blogger itu sanggup lakukan apa saja.

Bagaimanapun saya percaya, semakin kuat sokongan yang dibina oleh KJ untuk mengangkatnya kembali, semakin kuat juga pihak yang berjuang menentangnya dan akan membenamkan karier politiknya. Saya berpendapat sudah memadai UMNO ada seorang 'Anu arr' dan tidak memerlukan yang kedua yang sepertinya.

1 comment:

Anonymous said...

Setuju benar seratus peratus sokong pendapat yang tuan empunya blog.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...