Suara Anak Pahang - Perlu Baca

08 May, 2011

MASA DEPAN MELAYU DI MALAYSIA



2011/05/08

SINGAPURA: Parti memerintah, Parti Tindakan Rakyat (PAP) mengekalkan kuasanya tetapi perhatian tertumpu kepada parti pembangkang apabila mencatat keputusan terbaik dalam sejarah pilihan raya umum Singapura.

Walaupun bersaing sengit, PAP yang dipimpin Perdana Menteri, Lee Hsien Loong kembali memegang tampuk kuasa dalam pilihan raya umum ke-14 dengan memenangi 81 daripada 87 kerusi Parlimen termasuk lima kerusi yang dimenangi tanpa bertanding bagi Perwakilan Kumpulan Kawasan Pilihan Raya (GRC) Tanjong Pagar. 


Ini menunjukkan penurunan berbanding 82 daripada 84 kerusi semasa pilihan raya umum pada 2006.Undi PAP turun kepada 60 peratus berbanding 67 peratus pada pilihan raya umum lalu. (Berita Harian)



Undi PAP di Singapura merosot ketika undi DAP di Malaysia meningkat. Walaupun kini mewakili berlainan negara namun sejarah mencatat hubungan antara kedua-dua parti politik berkenaan.

Mungkin kemenangan pembangkang yang mencabar PAP sangat kecil berbanding dengan kemenangan DAP yang menjadi pembangkang kepada BN namun bagi pengkaji politik segalanya memberi petunjuk kepada populariti sesebuah parti politik itu serta sebagai indikator sokongan rakyat kepada pentadbiran sesebuah negara.

Mungkin kita boleh andaikan bahawa sokongan rakyat kepada BN sudah menurun dengan meningkatnya sokongan kepada DAP dan pembangkang, dan dalam masa sama juga sokongan terhadap pembangkang di Singapura meningkat dan mencabar parti pemerintah.

Apakah yang sebenarnya rakyat kehendaki? Perubahan dari segi apa yang rakyat hendak? Soal yang penting untuk kita fikirkan adalah kita semua sentiasa merasa tidak puas hati dengan apa yang kita miliki. Bahkan kita sanggup mempertaruhkan masa depan anak cucu kita semata-mata hanya untuk berubah.

3 comments:

Putra Melayu:: said...

Memahami siapakah PAS kini sememangnya tugas yg berat kini.. Hala tuju yg bercelaru dan berubah2 kian memerangkap langkah politik mereka...nyata mereka telah terlanjur dalam mmbina ikatan syaitan yg kini mulai mnguasai setiap biji tasbih dan cuba mewarnai serban mereka. Allahyarham ustaz Fadzil pasti sgt kecewa dgn cara perjuangan islam dipergunakn dgn serakusnya oleh unsur yahudi dlm pkr dan kristian dlm dap.. Ternanti2 janji PAS dlm ceramah semasa pru10 utk mghapuskn kilang arak di selangor..kini kuasa Allah parlimen shah alam milik PAS namun kilang itu tetap gah berdiri dan ditambah dgn renovation baru2 ini.. Dan plg sedih dgn PAS dlm pakatan DAPig dgn mudah dpt mmbina kompleks gereja trbesar dimalaysia di Kinrara dan ngarahkn azan disana diperlahankn.. PAS kian tenat.. Jgn biarkn Islam terus dihina walau pun mereka rela mmbiarkn Melayu binasa..

Anonymous said...

Bila mantan PM Tun M menerangkan siapakah sebenarnya PAS, menggunakan Islam untuk kepentingan politik, macam-macam Hadi, Nik Aziz, Mahfuz, Mat Sabu, Husam, Mustafa Ali dan yang sewaktu dengannya keji dan kutuk Tun M. Dengan bangganya mereka kata PAS akan menubuhkan Negara Islam. Tak der lain.. menubuhkan Negara Islam. Tapi akhirnya terbukti benar akan apa yang dikatakan oleh Tun M dulu. Terima kasih Tun M.

Anonymous said...

Kami bersetuju dengan pandangan putra Melayu. Dulu ingatkan bila pembangkang berkuasa di Selangor masalah penduduk Seksyen 19 Shah Alam akan selesai. Namun apa yang berlaku selepas itu adalah lebih teruk lagi sehingga penduduk terpaksa mohon bantuan NGO Islam. Bila NGO bantu penduduk pemimpin PR tuduh UMNO buat kacau. Pelbagai tuduhan dibuat melalui blog salahkan penduduk dan NGO Islam yang prihatin membantu. Paling teruk ada yang komen UMNO nak rampas Selangor. Mereka sedikit pun tidak menyalahkan pihak kuil yang ganggu ketenteraman kawasan penduduk Islam. Situasi ketika itu sudah cukup kronik. Tapi depan mata penduduk YB PAS sokong Hindu kuil. Selepas bantahan penduduk 19 tapak baru dekat kawasan Melayu sek 23 dipilih untuk tapak kuil baru. Bantahan penduduk 23 yang tahu masalah di 19 tidak dipedulikan. Bila penduduk bawa kepala lembu tanda protes sekali lagi yang dipersalahkan UMNO. Selepas itu PR janji pindahkan kuil ke tapak baru sebelah Nitto Denko Sek 23 yang di janjikan selesai Nov 2010 namun begitu hingga hari ini belum ada perubahan. Apa yang dikesalkan pemimpin PR tidak tunaikan janji kepada penduduk Islam. Setiap kali ada perjumpaan yang dipersalahkan UMNO. Padahal merekalah yang bersalah batalkan pemindahan kuil itu ke Seksyen 22. Kenapa pemimpin PR sering menyalahkan UMNO tanpa mahu mengakui kesilapan mereka sendiri?.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...