Suara Anak Pahang - Perlu Baca

09 May, 2011

STRATEGI PEMBANGKANG SERANG BLOGGERS


Bila agaknya aksi cium 'molot' akan disiarkan?


Secara ringkasnya, semua sedar bahawa media sosial telah membantu pembangkang memenangi banyak kerusi dalam PRU13 lalu. Akhir-akhir ini, pengamal media sosial khususnya blogger pro kerajaan telah bangkit dan semakin menguasai dunia siber negara. Lantaran itulah kebanyakan keputusan pilihanraya-pilihanraya kecil akhir-akhir ini telah dimenangi oleh BN. Pembangkang sedar keadaan ini, mereka juga sedar bahawa jentera siber mereka semakin lemah dan dikalahkan, justeru mereka berusaha memerangi blogger pro kerajaan dengan berbagai cari, bahkan LKS telah mengistiharkan perang terhadap bloggers dengan slogan 'kill the messenger'.

Tidak hairanlah bahawa akhir-akhir ini banyak laporan polis dibuat terhadap blogger-blogger kerajaan dengan berbagai alasan. Tujuannya hanya satu, untuk melemahkan semangat juang blogger pro kerajaan itu.

Saya terkejut apabila dimaklumkan oleh seorang sahabat bahawa satu laporan polis di buat kepada blogger braveheart (BH) oleh pihak pembangkang atas alasan tulisan BH yang berbau rasis. Segalanya bermula dilaman facebook blogger cucu mat kilau (CMK) yang menghasut orang ramai supaya laporan polis itu dibuat. (Baca dibawah ini: )

Yesterday at 11:19am · Like

Cucumatkilau Cmk Jom kita buat laporan polis.. teruk sgt dah nii... ada sapa2 yg kenal dia x secara personal....../..


Yesterday at 11:22am · Like

Cucumatkilau Cmk TOLONG BUAT LAPORAN POLIS.. DOKUMEN CMK DAH SAVE

Yesterday at 11:22am · Like

Cucumatkilau Cmk TERUK SGT TUUU KATA PELACOUR2 DAN KONGSI GELAP... KAT CINA YG DTG BEKERJA DI MALAYSIA... BESAR SGT DOSA DIA TU...


Yesterday at 11:52am · Like

Cucumatkilau Cmk ZA>> Ni dah teruk sgt nii ZA oi.... mana pg semangat 1Malaysia yg dilaung2kan oleh PM Najib Razak...?


Jelas bahawa CMK bersungguh-sungguh menghasut orang ramai supaya laporan itu dibuat. Jika ada anugerah pencacai politik bagi kategori negeri Pahang, tentu ianya akan dimenangi oleh CMK. PDO yang diasas oleh CMK juga sebenarnya adalah portal blog penghasut nombor 1 negeri Pahang selama ini dan memainkan peranannya dari dulu sampai sekarang.

Bagaimana  CMK dan PDO boleh menuduh blog Pahangku sebagai blog UMNO? Satu logo UMNO pun tidak di-blog PahangKu. Mungkin CMK dan PDO dalam meroyannya terkeliru yang mana satu blog UMNO dan yang mana satu blog penyokong UMNO.

PahangKu adalah blog yang di hasilkan oleh beberapa orang blogger penyokong UMNO. BH bukanlah sebahagian dari mereka namun kadang-kala menulis diblog berkenaan sebagai penulis tamu. Tidak ada sebarang bayaran yang diterima. Jika UMNO hendakkan sebuah blog yang punyai ramai  pembacanya sudah tentu UMNO akan menawarkan itu kepada PDO dan CMK kerana blog merekalah yang lebih dikunjungi ramai.

Jika benar-benar UMNO Pahang inginkan sudah tentu UMNO Pahang sudah membayar CMK dan PDO dengan harga yang CMK telah tawarkan. Tapi UMNO Pahang dan pemimpinnya bermaruah. Justeru CMK terkecewa kerana diabaikan dan tidak dipedulikan. BH banyak menerima maklumat mengenai CMK yang menawarkan itu ini untuk mendapat tawaran menyertai UMNO dengan karpet merah, namun pihak kepimpinan UMNO negeri yang bermaruah enggan menerimanya.

Saya percaya selepas ini nanti, beberapa laman blog lagi akan diadukan laporan polis oleh pihak pembangkang dengan apa-apa alasan pun bagi menjayakan agenda mereka membunuh sokongan pengamal media sosial kepada kerajaan BN.

Apakah selepas ini giliran PahangKu pula (klik sini) akan di buatkan laporan polis?  atau blogger WZWH  (klik sini)  kerana menyatakan sokongan mereka terhadap BH. Mungkin juga blogger Taiping Mali kerana posting rasisnya (klik sini)  Mungkin juga blog Big Dog ? (klik sini)  Blogger MarahKu  (klik sini)

Sasaran pembangkang adalah blogger pro kerajaan yang banyak membantu kerajaan BN menaikkan semula sokongan generasi muda terhadap kerajaan. Awaslah! Satu persatu kita akan diserang supaya kita lemah moral bagi memudahkan mereka membelasah kerajaan kelak. Mereka juga menyerang kita dengan cara menghantar virus ke blog-blog kita supaya blog kita tidak lagi boleh dibuka dan kemudiannya kita berhenti menulis.

Inikah kebebasan bersuara yang dilaungkan oleh Parti Keadailan yang langsung tidak bersikap adil kepada rakyat. Sahabat saya, CMK yang kecewa kerana gagal dalam pemilihan AMK telah keluar dari PKR dan mula merapatkan diri dengan Pas kini sudah mula memeggang 'hukum'! Lihatlah! CMK sudah berupaya menghitung dan menentukan dosa seseorang dan dosa BH besar atau kecilnya. Baca disini: 

Cucumatkilau Cmk TERUK SGT TUUU KATA PELACOUR2 DAN KONGSI GELAP... KAT CINA YG DTG BEKERJA DI MALAYSIA... 'BESAR SGT DOSA DIA TU...'


Beruntunglah saya jika UMNO membayar kepada saya untuk menulis blog seperti dakwaan CMK. Bagaimanapun saya berharap supaya MB Pahang akan mempelawa CMK dan PDO untuk menulis bagi UMNO dan membayarnya, kerana itulah yang dia mahukan dan itulah perjuangannyab selama ini, supaya dapat menutup mulut CMK yang selama ini keji dengan menghasut serta memfitnah.

Yang ini mungkin pejuang bagi mereka yang menyokongnya (klik sini)  (klik sini)  Apa cerita pula dengan yang ini? (klik sini; Mahfuz The Beans)

Siapa sebenar rasis? (klik sini:  Jangan Terlalu Mengalah Sehingga Kalah)  Saya hanya seorang nasionalis kecil yang menyayangi bangsa dan agama, yang ingin berjuang bersama pejuang-pejuang besar dan agung dalam mencatat sejarah bangsa Malaysia yang gemilang untuk anak-cucu kita nanti. Malang bila bangsa sendiri menghukum perjuangan dan mengkhianati kerana kepentingan politik sempit mereka yang mereka sedari semakin hilang pengaruhnya.

  

5 comments:

Malaysia Post said...

salam tuan BH..minta link kan blog sy di blog tuan..sy sudah link kan blog tuan di blog sy, sy minx maaf diatas kelewatan linkan blog tuan di blog sy...sama2 lah kita berjuang...

TQ

http://malaydelima.blogspot.com

bRAVEhEART said...

Salam MP,

Terima kasih link, dan saya juga dh lakukan yg sama ~ bh

mukapetang said...

Salam tuan BH, mohon pautkan link, link blog hebat tuan sudah kami pautkan.

bRAVEhEART said...

Salam,

Malaysia Post dn Muka Petang dh di linkkan di Blogger Pembela. Selamat berjuang ~ bh

Anonymous said...

CMK ni macam wali Allah pulak lah yek? boleh tahu besar mana dosa orang tu dan dosa orang ni, mungkin juga dosanya sendiri sudah diampunkan setelah beliau selalu lakukan kerja amalnya berceramah dipentas Pas....kahkahkah...bro, aku kenal dia ni bro...luar dalam ...hehehe

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...