01 December, 2008

ISU PERKAUMAN DI DEWAN PERLIMEN

Laporan Parlimen siang tadi menyiarkan pertikaman lidah wakil rakyat kerajaan dengan wakil rakyat pembangkang. Isu nya tidak lain dari isu ketuanan melayu yang dah diputarbelitkan oleh DAP dengan mengatakan bahawa ketuanan melayu adalah dengan menjadikan cina sebagai kuli.

Sudah bekali-kali DAP memainkan isu sebegini dan cuba mencabar kesabaran orang melayu. Ibaratkan Israel yang menceroboh palestine sejauh 2KM, kemudian apabila diminta berundur maka mereka berundur sejauh 1KM sahaja. Jadinya mereka mendapat 1KM. Apabila telah membunuh palestine beratus-ratus orang dan palestin baru mahu membalas atau membunuh 10 orang maka mereka akan menuntut gencatan senjata. Mereka ini adalah dari kalangan yang tidak pernah boleh menerima hakikat bahawa mereka harus sekali-sekala mengalami kerugian.

Soalnya sekarang, apakah pendirian PAS dan PKR? Jika PAS dan PKR mendiamkan diri maka yang akan mendapat untung adalah dari kalangan ini. Tidakkah kita melihat apakah kesan nya kepada bangsa dan negara kita kelak? Apa yang berlaku di perlimen tadi akan dijadikan petunjuk kepada mereka itu sejauh mana mereka akan boleh mendapatkan faedah dari ketidak sefahaman bangsa melayu.

Jika kita fahami apa yang berlaku di parlimen tadi, ianya hanyalah apa yang kita panggil perbuatan lempar batu sembunyi tangan. Sampai bila kita mesti mengalah dan bertolak ansur. Apakah wajar Pulau Pinang akan jadi Singapura kedua?

2 comments:

Seladang said...

Bila seseorang itu dah nazak dengan penyakitnya, maka apa bomoh pun datang dia akan meminta dijampi saerapah. Adakah Ketuanan Melayu ini jampi serapah bomoh untuk mengubat Umno yang nazak?

Tanya aja! Kalau marah malas dah nak tanya lain kali.

.@blogger.com said...

Seladang,
Jawapannya adalah; kalau dah nazak biarkanlah dia mati dengan tenang. Doakan rohnya diakhirat dimasukkan ke syurga bersama-sama orang-orang yang beriman. Doakan juga jasadnya jauh dari seksaan kubur. Setiap sesuatu ada jangka hayatnya. Manusia dan bahkan parti politik.

PAS walau usia lebih muda dari UMNO tetapi sedang nazak. Untuk menyambung hayatnya maka ianya cuba untuk menarik kaum lain menjadi ahli dan menyokong. Kerana itu lah Hindu Sanggam diambil menjadi keluarga angkatnya.

Kerana itulah dahulu PAS kata kepada UMNO haram berkerjasama dengan kafir tetapi sekarang ini mereka sedar mereka memerlukan penyokong kafir Hindu Sanggam untuk memperkuatkan mereka.

Jadi halallah hukumnya -kerana matlamat mengalalkan cara. Harap seladang akan faham dengan tipu muslihat pemuka-pemuka dalam PAS ini.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...