10 April, 2009

WAJAR KJ TAK DILANTIK ANGGOTA KABINET

Ketua Pemuda ke ni?
Ingatkan ...... Wajar, memang wajar!


Banyak pendapat dan pandangan mengenai kabinet baru DS Najib yang diumumkan baru-baru ini. Walau ada yang memberikan pendapat yang negatif namun keseluruhan masyarakat memberikan reaksi yang positif dan berkeyakinan penuh bahawa barisan kebinet ini mampu memacu perubahan kepada pembangunan negara dan membawa rakyat kepada kesejahteraan.

Kita melihat bahawa DS Najib berusaha keras untuk membersihkan parti dan kerajaan. DS Najib tidak mampu mengubah keputusan Pemilihan Agung UMNO kerana itu adalah hak para perwakilan yang diberi mandat oleh ahli-ahli diperingkat bahagian, namun inilah satu-satu kuasa yang ada pada beliau untuk mengubah jentera dari parti yang menjadi kerajaan yang memerintah. Kita percaya bukan mudah untuk mengugurkan seseorang menteri kabinet kerana mereka juga telah sedia punya hubungan dengan DS Najib. Namun kerana memenuhi kehendak rakyat yang mendambakan perubahan, maka terpaksa juga DS Najib mengugurkan mereka-mereka yang sudah tidak lagi dianggap releven pada ketika ini.

Ada sesetengah pihak menyuarakan ketidakpuasan hati mereka berikutan tidak terpilihnya KJ sebagai salah seorang dari anggota kabinet atas alasan bahawa dia adalah ketua pemuda. Soalnya apakah tiket sebagai Ketua Pemuda atau Wanita atau bahkan Puteri akan melayakkan mereka menganggotai kabinet secara automatik? Tidak kah ada kreteria lain yang juga turut diambilkira?

Saya secara peribadi berpendapat bahawa ini adalah satu tindakan terbaik DS Najib dalam memberikan imej bersih dalam kabinet yang dilantiknya. Apakah kita sudah lupa bahawa KJ telah didapati salah oleh Lembaga Disiplin UMNO dalam mengamalkan politik wang? Apakah pandanga masyarakat jika pemimpin yang perasuah dilantik menjadi menteri kabinet? Apakah kebinet itu akan dilihat bersih?

Sebelum ini saya pernah menulis dan memberi saranan agar KJ tidak dilantik ke kabinet. (Sila baca posting saya yang bertajuk - Laporan Polis keatas Khairy Jamaluddin?) KJ nampak bersungguh-sungguh untuk menjadi Ketua Pemuda, dan dia telah mendapatkannya walau dengan cara apa sekalipun, maka beliau seharusnya menerima tanggungjawab itu dengan rela. Banyak yang harus dilakukan untuk membina semula Pemuda UMNO yang telah hampir dimusnahkan. Jika Dato' Mukhriz sanggup bertekad untuk tidak menjadi anggota kabinet jika dipilih sebagai demi membina semula pemuda jadi kenapa KJ tidak sanggup melakukan yang serupa itu jika beliau benar-benar ikhlas?

Pada saya, bagi membuktikan benar-benar ingin membersihkan UMNO, KJ bukan saja setakat tidak dilantik sebagai anggota kabinet malahan beliau sepatutnya diadili semula oleh SPRM bersabit tuduhan merasuah dalam mendapat jawatan Ketua Pemuda. Oleh yang demikian, kepada KJ dan penyokong-penyokong beliau - mereka sepatutnya bersyukur dan berterima kasih apabila DS Najib hanya tidak melantik beliau sebagai anggota kabinet dan tidak mengambil tindakan yang lebih drastik. (Sila baca posting saya bertajuk ANTARA RASUAH DAN MARUAH )

Kepada penyokong, pengampu dan KJ sendiri - berterima kasihlah atas keadaan sekarang ini dan jangan meminta lebih. Belajarlah berterima kasih dan bersyukur. (Sila baca blog sahabat saya: SUARA PRIHATIN UMNO JERANTUT) Saya juga memandang positif apabila Ketua Putera juga tidak dilantik sebagai kabinet - satu tindakan yang bijak.












4 comments:

LESONGINDEK said...

Salam BERANI HATI,

Yang berlaku telah berlalu. Telah menjadi sejarah untuk direnungi. Ada duka, ada suka. Kehendak yang di pimpin tak dapatlah pemimpin 1malaysia ndak memenuhi nya. Kan tu dah ketetapan Allah. Tak payah lah di polemik kan. Pada aku senang aje, memang patut DSN lantik MM jadi TM kerana:

i. Dia pun sama pandai dan bijak. Ada ijazah, manusia juga ada akal dan nafsu. Keluar universiti mana tarak ambil kira punya.Yang penting impak bukan input, hasil bukan output. Itu kan falsafah Pemimpin 1Malaysia.

ii. MM dapat pencalunan tertinggi, dikira dari akar umbi lah tu, kenapa perwakilan tak membawa amanah tu dan diputar pula. Ini masalah nya. ada apa dan kenapa ya?. Hanya perwakilan yang tahu.

iii. MM tak ku dengar ada benda negatif dan kontroversi.

iv. Sudah rezeki MM dan Allah mungkin nak menguji MM?.

V. DNA kepemimpinan Siasah telah ada dalam tubuh dan roh nya MM. Sama juga dengan Pemimpin 1Malaysia dan HH. Keturunan .

Pokok nya tak payah lah dibincang lagi kenapa dia di pileh dan tidak si anu tu dipileh. Kan tuhan maha adil dan penyayang. Kita terima aje lah . Kan tu QADA dan QADHA. Habis cerita. Soal nya Bagaimana kita menyokong dan membantu saf 1Malaysia dengan ikhlas dan sejujur-jujur nya.

Wassalam.

one one no belen said...

Salam.. aku setuju dengan M.SEPIAL.Yang penting sekarang kita berubah dan menjaga kebajikan rakyat.Itu menjadi tanggung jawab kerajaan sekarang. Jangan terlalu berpolitik sehinggal tujuan asal politik itu di ketepikan.Yang aku nampak melayu ni terlalu byg berpolitik. semua nya nak melibatkan politik. Dalam sukan pun nak berpolitik sebab tu melayu tak dpt nak maju..

Bro Jinggo said...

Salam hurmat sahabat seperjuangan

SEGALANYA TELAH SELESAI DAN BERJALAN DENGAN BAIK

Semuanya telah berjalan dengan selamat, Perhimpunan UMNO dengan pemilihan semua jawatan semuanya terungkai dan yang menang tidak menang semua dan yang kalah tidak kalah semua , itu kata-kata UMNO bagi memujuk hati kita kembali. Namun tidak semua yang dapat menerima bait-bait ungkapan ini dengan ikhlas hati . Apa-apa pun kita terpaksa terima demi kebaikan dan perpaduan UMNO .


Pilihan raya telah selesai , kita gagal merampas kembali satu DUN dan satu kawasan Parlimen tetapi kita berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan negeri , Datuk seri Najib dan Tan seri Muhyiddin Yassin telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri dan juga Timbalan Perdana Menteri. Barisan Kabinet juga telah disusun dan yang digugur juga telah mengosongkan pejabat untuk diisi oleh penyandang yang baru. Kabinet lama ini hanya bertahan hanya setahun sahaja.


Syabas kepada yang telah digugurkan kerana menerima hakikat dengan hati yang terbuka dan syabas kepada yang tewas yang telah menerima kekalahan dengan hati terbuka, Ini membuktikan bahawa anda telah menerima demokrasi dalam UMNO dengan baik sekali. Setiap pertandingan pasti aa yang menang dan ada yang kalah. Itulah yang dikatakan pertandingan yang sihat apabila kita dapat menerima keputusan pertanndingan.


Khairy Jamaluddin yang tidak tersenarai dalam senarai kabinet kerajaan telah menerima dengan hati yang terbuka. Khairy kini digalaskan dengan satu amanah yang berat bagi mengembalikan kepercayaan generasi muda untuk berjinak-jinak dengan UMNO.Khairy juga mengucapkan Terima Kasih kepada Perdana Menteri kerana telah memberikan tempat kepada dua pemimpin Pemuda sebagai timbalan menteri. Datuk Razali di Kementerian Belia dan Sukan dan datuk Mukhriz di MITI.


Senarai Kabinet yang bermirip Kabinet rakyat ini aka di ukur dengan KPI yang akan dipantau terus oleh DS Najib dan sekiranya prestasi mereka didapati tidak memuaskan , mereka akan dipangil bagi merangkaikan kembali segala tugasan mereka, dengan adanya KPI ini , pemantauan kepada tugasan mereka dapat dipantau bagi memastikan mereka benar-benar menjalankan tugas dengan jayanya. Rakyat juga akan menilai KPI mereka ini bagi membuat keputusan kepada undian mereka pada pilihan raya yang ke 13 nanti.


Apa yang dapat kita rumuskan kali ini , DS Najib means business dan belau begitu serious untuk mengembalikan kegemilangan Kerajaan dan BN .Banyak perubahan yang telah dilakukan oleh DS Najib dalam masa seminggu ini dan rakyat mahu melihat perubahan drastik dan segera. Kita tunggu sama-sama dan berikan kerjasama kepada Datuk Seri Najib sepenuhnya untuk mengembalikan kegemilangan negara.

Salam pejuangan
salam setiakawan

BJ

.@blogger.com said...

Salam M.Sepial, menyegar dan Bro Jinggo, Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Kita harap semua pihak akan menerima segalanya dengan hati yang terbuka dan KJ janganlah menerimanya dengan hati yang TERLUKA kerana esok masih ada. KJ perlu bersihkan dirinya dahulu dari segala noda rasuah yang dilakukannya.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...