17 June, 2009

BILA TUAN GURU KENCING BERDIRI.....


Inilah anak murid yang akan mengencingi segala ulamak dan tuan guru politik nanti.


Kita sering mendengar kata-kata; bila guru kencing berdiri, murid kencing berlari. Ini membawa maksud bahawa jika guru, orang dewasa atau ketua yang melakukan sesuatu yang buruk maka anak murid, golongan muda atau pengikut mereka akan melakukan perkara yang lebih buruk dari yang mereka lakukan.

Dalam politik dinegara kita, pemimpin-pemimpin partilah yang akan dirujuk dan jadi ikutan segala pengikutnya. Jika baik kelakuan pemimpin maka akan baiklah kelakuan para pengikutnya. Jika buruk kelakuan pemimpin itu maka akan buruklah kelakuan para pengukutnya.

Di negara kita ada sebuah parti politik yang kononnya memperjuangkan Islam dan para pemimpinnya kononnya adalah dari kalangan ulamak. Namun apa yang berlaku ketika ini sangat mengejutkan kita. Kerana segalanya bukan menunjukkan mereka berpegang kepada ajaran Islam.Sebaliknya memecahbelahkan sesama Islam.

Tuan-tuan guru inilah yang mengkafirkan sama sebangsa hanya kerana berlainan ideologi politik. Tuan guru ini jugalah yang mengharamkan sembelihan sama sebangsa dan seagama kerana berlainan parti. Tuan gunu ini juga yang mengharamkan sembahayang yang diimamkan oleh sama sebangsa dan seagama tetapi berlainan parti.

Terkini, tuan-tuan guru ini jugalah yang meminta pengikutnya berbaring ditengah jalan merendahkan martabah seorang manusia dan menyamakan martabat mereka setaraf dengan lembu-lembu dijalanan. Kerana mengikutkan tuan-tuan guru ini jugalah akhirnya seorang ahli parlimen yang bekas menteri besar sebuah negeri telah bersikap biadap dalam sidang dewan rakyat baru-baru ini. Dan sememangnya dia dilahirkan sebagai seorang manusia dengan sikap kurang ajar yang keterlaluan. Mungkin inilah yang diajarkan oleh tuan-tuan guru dan ulamak-ulamak politik itu selama ini.

Bila Tuan Guru kencing berdiri, pengikut nanti akan mengencingi tuan-tuan guru.

p.s. Saya lebih menghormati tuan guru dan ulamak yang tidak terlibat dalam politik kerana perjuangan mereka kerana Agama kelihatan lebih jujur, tidak sepertimana tuan-tuan guru dan ulamak politik sekarang ini yang hanya mengejar kebendaan semata-mata dengan bertopengkan Islam.

8 comments:

PAPA GOMO said...

salam bro...setuju sangat tu.
apalah dosa orang islam umno jika dibandingkan dengan mereka yang terang-terangan kafir tu.

nik aziz nak sangat dengan kafir-kafir lahkhanat tu ada motif apa???

stim tengok eli bogel kot!!! sampai sekarang memendam rasa

.@blogger.com said...

salam bro gomo,
ulamak politik ni cerdik, pandai mangambil hati pengikut dan pandai membuatkan pengikut jadi taksub, tetapi pengikutnya jenis bodoh tahap kaldai, suruh baring tengah jalan mereka pun baring juga....mampulah melayu yg macam ni...

Panglima Perang Cyber said...

jap tadi siap nak suruh nasa letak jawatan plak !!!

apa ke jadah dia ni..

.@blogger.com said...

Salam Pang5,
Org tua tu bukan betul dah. Meroyan dah tu. Dia ni dah ketulahan. Apa punya Tok Guru ni. Membawa pengikut jadi sesat.

ALeeN said...

Assalamualaikum beb!

izinkan teman mengomen sikit yer..

"TOK GURU"
dia pun manusia biasa jugak, bukan sempurna pun..harap lilit serban n ada janggut nmpak le mcm Tok Aji

almaklum le dh usia emas ni..penyakit nyanyuk dh datang, tp yg peliknya yg tk berapa nk usia emas ni pun ada penyakit nyanyuk.."VIRUS NYANYUK" merebak di kalangan2 mereka..

bab baring2 tgh jln tu sebenornyer deme tu sekadar nk mencuba je..tp pd hakikatnya kecut perut,penakut..sbb tu tutup muka takut habuk jln masuk mata n lobang hidung..hak hak hakkk

Unknown said...

ha....btul tu gomo...koi pun setuju ngat...ntah pe2 lah Nik Aziz ni...Nama Tuan Guru..tp sekarang ni koi tgk dh len dr syariat Islam dh...dh smpi tahap ckp orang UMNO x leh msk syurga...kita sbg insan sahaja..bukannya Tuhan kan..yang boleh menghukum atau mengadili orang len...x baik tau...sepatutnya sesama Islam kenalah bersatu padu dan bekerjasama...

.@blogger.com said...

Salam,
Emmm! Terima kasih aleen yg sudi menjenguk, hidup melayu juga. Begitulah keadaannya bila Ulamak menjadi Politikus. Saya dari dulu tidak pernah menghormati ulamak yang bergiat dalam politik kerana walau setinggi mana pun ilmu mereka apabila mereka menjadi tokoh politik mereka tetap akan mempergunakan senjata politik dan apakah bezanya ulamak itu dengan polkitikus lain? Pada saya kata-kata Tuan Guru Nik Aziz tak ada bezanya dengan fatwa ustaz Lim Kit Siang ~ bERANIKAN hATI

Anonymous said...

Mu tak dapat makan kek..aku dapat...

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...