12 June, 2009

DARI BLOG ALBABINA




Membaca blog ababina 328, membuatkan saya semakin tidak faham apa sebenarnya dalam fikiran penyokong parti pembangkang. Yang jelas dan nyata bahawa penulis blog ini fikirang celarunya dan amarahnya kepada UMNO dan Kerajaan terlalu meruap-ruap dan tidak dapat ditahankan lagi. Padanya tidak ada satupun yang UMNO dan Kerajaan lakukan selama ini memberikan manafaat kalaupun tidak kepada beliau secara peribadi atau kaum keluarganya bahkan kepada rakyat negara Malaysia ini.

Mungkin kekecewaannya kerana tidak mendapat apa yang dihayatinya atau mungkin beliau berkehendakan lebih banyak lagi dari kerajaan, saya tidak pasti. Yang melucukan adalah padanya setiap apa yang beliau anggap keburukanyang berlaku adalah berpunca dari UMNO. Dalam blog beliau itu (saya tidak ingin menyiarkan link blog berkenaan kerana tidak mahu memberikan promosi percuma kepada blog tersebut) dimaklumkan bahawa UMNO terlibat dengan kemenangan Nasharuddin Md Isa mengekalkan jawatan timbalan presiden Pas dan UMNO sangat gembira atas apa yang berlaku.

Beginilah otak mereka yang sudah tidak dapat berfikir dengan waras lagi. Pada beliau segalanya adalah salah UMNO. Pergolakan di Perak salah UMNO, kekalahan Husam Musa salah UMNO, DSAI dituduh meliwat salah UMNO, kemerosotan ekonomi dunia salah UMNO, penyakit selsema babi salah UMNO, lembu mati dilanggar lori pun salah UMNO.

Sahabat, bersihkanlah hati dan jiwamu untuk kehidupan yang lebih bermakna.

5 comments:

YANG GAMBI said...

Orang tua-tua ada memberi kiasan, biasanya kalau manusia itu sering memburuk-buruk dan menyalahkan orang lain, itu mencerminkan diri dia yang sebenarnya.

Allah sesungguhnya maha adil........

KIta sama-sama lihat akan kebenarannya.

SaKa AdiWangsa said...

Salam, pada hemat hamba, org PAS ni sudah dilanda virus UMNOPhobia...

Kembara Politik said...

Salam,

Biarlah mereka memusuhi UMNO, tapi jgn sekali-kali kita memusuhi PAS. PAS sesama Islam juga.

Lambat laun mereka akan nampak juga. Insya Allah, biarkanlah. Mereka lempar tahi, kita hulur bunga.

"Bersatulah wahai kaum Muslimin".

ababina328 said...

Terima kasih " bERANIKAN HATI " kerana sudi memberikan respon kepada tulisan saya yang kerdil ini.

Memang susah untuk memahami kenapa orang PAS seperti saya, begitu serong pandangannya kepada parti UMNO pilihan saudara.

Semuanya akibat pertembungan yg terlalu lama diarena politk tanah air kita.

Dulu diketika Allah yarham Tun Abdul Razak, beliau pernah berusaha untuk menjernihkan hubungan diantara PAS dan UMNO ini.

Malangnya di ketika Tun Hussein Onn perselisihan faham telah berlaku,

Apabila berlaku musibah seperti itu, masing2 menyalahkan diantara satu dng yg lain dan berakhir dng penyingkiran PAS dari BN.

Masaalahnya, kenapa dng MCA, MIC UMNO boleh bertolak ansur didalam semua hal, tetapi bila dng PAS mudah bertindak kasar dan menendang keluar dari BN.

Sebenarnya usahlah menyalahkan diantara satu dng yg lain, PAS dan UMNO ni sama2 melayu dan Islam.

Maka rebutan pengundinya adalah org yg sama,org tu jugalah yg nak dipujuk, tulah yg tak boleh berbaik tu, ditambah pulak idea tak sama.

Oleh itu usahlah bersedih sangat diatas perselisihan ini, cumanya diminta kepada para pemimpin Umno yg sedang memegang kuasa.

Jangan di ikutkan sangat desakkan pengikut Umno bawahan yg meminta diambil tindakkan kepada org PAS, kerana org PAS ini pun, sama2 melayu dan Islam juga.

Begitu juga kepada para pemimpin PAS, yg jika dimasa hadapan di anugerahkan oleh Allah kuasa pemerintahan di Malaysia, janganlah mengambil sikap membalas dendam pula.

Demokrasi itu ada gunanya, kerana sistem demokrasilah, kita berjaya membangunkan Malaysia hingga ketahap sekarang.

Cumanya berpada2lah ketika berkuasa, jangan salah guna kuasa, jauhi rasuah.......sekian.

.@blogger.com said...

Salam adr. albabina,
Allah mambuka pintu hati sdr untuk berkunjung ke blog saya seterusnya memberikan komen tulisan saya mengenai pandangan dan tulisan sdr dalam blog sdr. Sdr sebenarnya lebihb berani dari yg saya sangkakan bahkan lebih berani dari saya. Saya berikan tabik hormat atas keberanian sdr itu.
Saya bukanlah terlalu mementingkan UMNO sebagi parti pemerintah, tetapi saya lebih bimbang akan keupayaan bangsa melayu sendiri dalam menghadapi hari-hari mendatang jika kekuasan melayu semakin hakis.
Seperti sdr lihat ketika ini, bangsa asing sudah terlalu berani malahan bersikap kurang ajar dalam meminta kerajaan memberikan perhatian lebih kepada mereka. Saya melihat kekalaha di Perak sebagai penyatuan tenaga bangsa asing untuk menghapuskan kekuasaan bangsa melayu. Apakah kita sanggup melihat Selepas Temasik, Pulau Pinang dan Perak akan terus jatuh kepada penguasaan bangsa asing? Keberaniaan mereka melakukan ini hanya kerana mereka melihat dengan jelas bahawa bangsa melayu telah berpecah belah. Dan mereka turut memaikan peranan besar dalam memecahbelahkan bangsa melayu, apakah kita masih belum sedar?
Saya tidak peduli apakah perjuangan PAS dan UMNO, yang penting adalah keupayaan melayu terus memerintah dalam memastikan hak-hak orang melayu sebagai pribumi akan terus terbela.
Banyak lagi yang boleh kita perbincangkan secara terbuka dan jujur, justru saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih atas keikhlasan sdr hadi di blog saya serta memberikan pendapat dari sudut pandangan peribadi sdr. (Bukan sebagai parti Pembangkang).~ bERANIKAN hATI

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...