04 September, 2010

AHLI UMNO YANG SUDAH TIDAK SETIA?



Saya membaca sebuah laman blog dari Jerantut yang nampaknya sangat aktif (kemaruk) menulis. Blog berwajah ini dimiiki oleh seorang AJK Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian yang bertugas sebagai seorang pendidik. Beliau adalah diantara blogger yang telah diujudkan oleh UMB Pahang (saya jangka) beliau menyertai kursus dan beberapa pertemuan yang dianjurkan oleh  badan berkenaan. 

Tidak dinafikan bahawa tulisan beliau baik dan memberi banyak maklumat. Namun ketelusannya yang keterlaluan itu dilihat sebagai penyakit yang berbahaya kepada UMNO itu sendiri. Kita tidak faham kenapa beberapa perkara yang sulit dan tidak patut didedahkan telah beliau dedahkan didalam blognya seakan memberikan pengakuan kepada khalayak bahawa perkara demikian sebenarnya berlaku.


Mungkin UMNO Bahagian atau negeri patut memikirkan dengan bersungguh-sungguh apakah patut beliau dikenakan tindakan oleh parti kerana mendedahkan dan memburukkan parti.



UMNO Mesti dibersihkan. Biar ahlinya sedikit tetapi taat dan setia daripada ramai tetapi menjadi duri dalam daging. Ada juga dikalangan pemimpin yang tidak setia kepada parti melainkan setia kepada jawatan. Ini juga mesti dibersihkan.

Berikut saya CnP sebahagian penting dari posting beliau namun dengan menapis beberapa perkataan yang saya anggap tidak patut disiarkan kerana akan memburukkan parti dengan keterlaluan. Bagaimanapun kita nilaikanlah apakah beliau masih layak lagi menjadi ahli parti UMNO?:



Kehancuran UMNO Jerantut Pada PRU 13

UMNO akan hancur pada PRU 13 kerana YB? xxxxxxxxx,  Ketua Bahagian UMNO Jerantut sudah hilang punca, lemah kepimpinan, tidak ada pendirian, tidak berminat lagi kepada UMNO, dan yang paling rakyat Jerantut sedih ialah YB? xxxxxxx membazirkan peluang 3 penggal parlimen Jerantut tanpa memberi sumbangan pembangunan kepada Jerantut. Sebab itu beliau menolak jawatan xxx xxx yang ditawarkan dulu.

Jika kita ikuti prestasi YB? xxxx maka ini statistiknya WZWH boleh tunjukkan. Berikut ialah prestasi YB? xxxx:

Sejarah pilihanraya parlimen Jerantut menunjukkan pada tahun 2004, BN mendapat 21,349 undi (61%), PAS mendapat 12,892 undi (37%). Maka pada pilihanraya 2008, BN mendapat 19,543 undi (51%), PAS mendapat 17,597 undi (46%).

Keputusan peratus menunjukkan BN jatuh 10% undi manakala PAS naik 9%. Iaitu penurunan majoriti BN tahun 2004 dari 8457 kepada 1946 pada tahun 2008 sebanyak 6511. BN hilang undi sebanyak 6511 undi akibat gelombang tsunami politik yang melanda negara.

WZWH menjangkakan jika YB? xxxx bertanding lagi sekali, YB? xxxx akan kalah kerana pengaruh PAS dan Dr. Hamzah sudah makin popular di Jerantut. Ditambah lagi penyokong kuat Dato' Wan Amizan dan Dato' Hj Nazri sudah tawar hati, terluka dan menyampah dengan perangai politik xxxx.

Betul xxxx, xxxx xxxx, xxx xxx boleh memujuk Dato' Wan Amizan dan Dato' Hj Nazri tetapi patik WZWH pacal yang hina ini tidak boleh menjamin bahawa penyokong-penyokong Dato' Wan Amizan dan keluarga Wan Tembeling akan terima. Maruah keluarga Wan jangan dipermainkan. Ada ramai lagi keluarga bukan Wan yang menyokong Wan Amizan. xxxx ingat perjanjian lama kita!

WZWH bukan bercita-cita mahu menjadi ADUN dan ahli parlimen sebab itu WZWH berani menyatakan pemikiran bebas politik WZWH demi kemajuan dan kemakmuran Jerantut. WZWH mahu menjadi pemimpin agong Jerantut yang berani menyatakan kebenaran dan kehendak hati dan naluri rakyat Jerantut. Anda tidak perlu jawatan dalam kerajaan dan pangkat Dato' untuk menjadi pemimpin agong.
 
...............................................................................

1 comment:

Anonymous said...

Daripada menyokong 1 Malaysia Najib Lembik lebih baik sokong PERKASA.
UMNO disarankan supaya guna merit dlm pemilihan pimpinan kerana politik keturunan hanya akan jadi lembu kpd MCA dan MIC.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...