20 September, 2010

TUN DR. MAHATHIR MALAYSIA, LEE KUAN YEW SINGAPURA

 Pemimpin yang mengangkat nama Malaysia ke persada dunia



Lee Kuan Yew selalu mandabik dada 'kunun' merekalah yang terbaik. Merekalah yang demokratik. Merekalah yang adil terhadap rakyat. Malaysia dituduh tidak berlaku adil kepada kaum Cina kerana mereka inginkan kaum Cina Malaysia tidak puas hati dan menolak BN serta memilih DAP, parti sepupu PAP yang memerintah Singapura. Menutupi hakikat bahawa mereka tersangat tidak berlaku adil kepada bangsa Melayu disana yang dipecah-pecah dan perintah serta ditekan dari setiap segi sehingga akhirnya Melayu Singapura sudah hilang kemelayuannya.


Apabila Tun Dr. Mahathir meninggalkan kerajaan, beliau meninggalkan parti dan segala jawatan yang pegangnya. Sehingga untuk menjadi perwakilan ke Perhimpunan Agung pun beliau terpaksa bertanding dan disekat. )Masih ingat siapa pengkhianat bangsa ketika itu yang menghalang Tun?)


Berbeza dengan Singapura yang 'kunun'nya demokratik itu, apabila Lee Kuan Yew tidak lagi jadi Perdana Menteri kekuasaan masih lagi dipegangnya. Maka dia diangkat menjadi Menteri Penasihat (Senior). Apabila Perdana Menteri itu tidak lagi menjadi Perdana Menteri maka tempat Lee Kuan Yew diisikan oleh bekas PM terbaru dan beliau melonjak lagi naik ke atas. Nampak seperti sistem piramid dalam perniagaan 'direct selling' - LKW akan sentiasa naik sehingga dia jatuh ke bumi dan menghembuskan nafas yang terakhir.


Malaysia menghadapi banyak cabaran dalam pentadbiran akhir-akhir ini. Penasihat yang bijak dan berpengalaman sangat-sangat diperlukan. Diluar sana masih ramai orang lama serta anak-muda yang tahu sejarah dan menghargai keupayaan Tun Dr. Mahathir. Kenapa tidak kerajaan sekarang ini memberikan satu penghargaan dengan mengangkat Tun sebagai menteri mentor? Rakyat masih dahagakan sentuhan Tun.


Apakah kita bimbang Singapura akan menuduh kita tidak demokratik? Atau kita bimbang DAP yang kebanyakan pemimpinnya juga sudah bertaraf 'kotai' dan tua bangka menuduh Tun gila jawatan walaupun umur sudah tua? Malaysia negara kita dan pemimpin kita harus lakukan sesuatu yang terbaik untuk negara dan rakyat negara kita - mengikut acuan dan kehendak kita sendiri, ini baru MERDEKA namanya.



3 comments:

Anonymous said...

Semestinya Lee Kuan YU jangan asyik menyentuh dalaman Malaysia.
Jagalah diri anda sebaik mungkin.

"SUDAH ADA hear say bahawa TSUNAMI POLITIK akan berlaku disingapura"

ANDA TUNGGU........ Akibatnya

PAP n DAP adalah satu KELUARGA !

Anonymous said...

Tun Mahathir adalah seorang negarawan yang paling bertanggung jawab terhadap pemerintahannya semasa tahun perdana Malaysia. Seorang negarawan yang mempunyai ramalan yang adil dan saksama membina kemajuan Negara dan ekonomi bangsa Melayu Islam termasuk bangsa lain juga di Malaysia. Jasanya mesti diulang, di sanjung dan diperingati sehingga selepas akhir hayatnya juga.
Berbanding dengan LKY dia hanya mementingkan kaum Cina meninggikan bahasa Mandarin, budaya Cina dan kaum aristocrat Cina sahaja.
Tun Mahathir harus meneruskan sumbangan ideanya di arena politik Malaysia supaya orang Melayu tidak ketinggalan di dalam semua aspek.

one one no belen said...

Salam.Malaysia tidak akan ada pemimpin yang berpandangan jauh seperti TDM untuk tempoh beberapa ratus tahun lagi.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...