03 September, 2010

PEMIMPIN BUKAN TENTU PANDAI

Gambar hiasan: 
Lebai Malang, yang mengikut juga tentu lebih malang nasibnya.
Man Kadir, Yob Tulang Sekah, Lemang Bakar dll rakan FBnya


Bukan mesti yang jadi pemimpin itu pandai. Ada juga yang bodoh dari orang pandai yang lainnya. Di Cawangan dan Bahagian-Bahagian UMNO  umpamanya, yang tak jadi pemimpin itu lebih pandai dari yang memimpin. Mereka jadi pemimpin kerana mereka merasuah untuk dilantik sebagai pemimpin. Akhirnya yang jadi pemimpin adalah orang bodoh. Macamana orang pandai nak ikut orang bodoh?


Ada satu ADUN di satu Parlimen di Pahang yang pemimpinnya tak ada ijazah tetepi telah menipu dengan mengatakan bahawa dia ada ijazahitu dan ini, dari luar negara pulak tu. Ini, semua orang di Parlimen berkenaan sudah tau. Akhirnya beliau hanya dijadikan mainan dan sindiran rakyat.


Ada juga khabarnya seorang EXCO yang keluar negara tetapi tak belajarpun, malas agaknya dan tidak lulus apa pun. Masuk politik dan akhirnya dapat jadi EXCO. Hakikatnya ahli politik kita bukanlah terdiri dari orang yang bijak. Itu pasal bila gula naik harga mereka cadangkan jangan makan gula, bila bawang putih naik harga mereka cadang jangan makan bawang putih.

Di peringkat negeri pun ada macam tu. Yang jadi pemimpin tidaklah sepandai mana, selain pandai bermain politik, mencaturkan itu dan ini saja. Ekonomi hancus dan tak dapat dijana. Pelancongan dan Perindustrian gagal. Akhirnya belanjawan negeri defisit setiap tahun. Tapi nasib baik ini bukan dinegeri kita Pahang ni. Ini berlaku di negeri lain - gamoknya lah!


Seperti posting saya sebelum ini, berak dan tutup najis atau jangan bagi orang lalu dijalan itu kerana ada najis kita. Itu bukanlah penyelesaian yang bijak. Sebenarnya bukan penyelesaian pun. Tapi itulah yang selalu mereka lakukan bagi menyelesaikan masalah.


Tentang orang pandai dan orang bodoh ni, sahabat saya menyatakan begini;


Orang bodoh pergi minum berbayar di kafetaria, walaupun majikan sudah sediakan nescafe, milo, biskut dan lain-lain di pantry. Orang pandai tak minum di cafeteria dan minum nescafe, milo, biskut dan lain-lain yang disediakan majikan serta siap bawa balik rumah.

Orang bodoh beli suratkhabar untuk tengok nombor ekor dan buang saja lepas itu. Orang pandai tunggu kaki ekor bodoh buang suratkhabar untuk baca, lalu kumpul banyak-banyak untuk jual kat orang surat khabar lama.

Orang bodoh kentut kuat-kuat di opis tapi bangga dengan bau busuknya. Orang pandai kentut diam-diam, takde bunyi tapi baunya na'uzubillah ... lepas itu salahkan orang bodoh yang kentot kuat.
 
Nak jadi lebih pandai, sila baca lagi dan klik disini.Lepas tu bolehlah ketawa; Kah kah kah! Bagaimanapun bh tidak akan bertanggungjawab jika didakwa dimahkamah kerana membaca dan ketawa selepas membaca blog Husin Lempoyang, bukan Husin Sekodeng.

5 comments:

budak jerantut said...

Haha, ADUN Tahan ke? Yg mengaku lulusan luar negara tu? Org panggil dia YB Pungkor (Pembohong). Ketua Penerangan Wanita tu pun bodoh melapau, dulu keje jual buah je kat stesen bas, aktif politik jadi pegawai seranta, pas tu jadi pengerusi itu dan ini tapi otak masih zero, kosong bangang dan bingai. Sewa resthouse tak bayak 4 tahun, MB Bingai pun sokong wanita umno bingai, elok lah tu. UMNO memang nya bingai belaka

d said...

Gelombang Rakyat ingin mengucapkan SYABAS atas pengendalian blog anda yang semeamangnya mempengaruhi masyarakat terutamanya pengundi2 baru..

Di harap dapat memberi tunjuk ajar mengenai pengendalian artikel yg mantap..

Kami tlh linkkan blog anda di dalam senarai blog pilihan kami..

Kami memohon jasa baik pihak anda agar dapat linkkan blog kamI di dalam senarai blog anda.

SEKIAN, SALAM KASIH DARI,

Melayu CinDia
Wakil Blogger2 GELOMBANG RAKYAT.

YANG GAMBI said...

Salam bro, kekadang tidak semestinya mempunyai akademik yg tinggi itu menjadi seorang pemimpin yang baik, amanah serta ikhlas..... kekadang lebih banyak autanya pulak...... apa yang penting ianya orang yang dapt diterima rakyat, bertanggungjawab, ikhlas serta beramanah dengan tugas yang diberi.....

C L J said...

Pandai pun bahaya juga kalau kepandaian itu digunakan untuk putar belit macam AnuWar tu lah contohnya.

Bertanggong jawab itu yang mutlaknya. Tuhan juga selalu memberi hidayahnya kepada orang orang yang jujur.

Bila dah jadi pemimpin dan jadi wakil kita kalau kita semua pakat pakat dengan jujur pula bantu dan sokong dia dengan akalan akalan jadi pandai juga dia. Janganlah dok jadi macam dok ada sekarang. Terlalu ramai penyokong pun berkempentingan. Mereka mendesak dan malahan memeras ugut pun. Inilah punca utama pemimpin menjadi lemah.

Cuba ambil contoh masa pemilihan barisan kepimpinan parti politik misalnya; mereka ramai ramai datang menyanyikan lagu "renjis renjis di pilih. kalau tak renjis tak pilih." bayangkanlah apa akan jadi kalau dah jadi begitu.

Pengajarannya: Bukan parti dan bukan sangatlah pemimpinnya sahaja. Kita diperingkat bawah ini juga. Sudahkah kita memainkan peranan kita dengan betul, bijak dan ikhlas ? Cuba ini dahulu yang berlaku.

Ramai dok takut sekarang ini kerana takut tergadai segalanya; ugama, bangsa dan tanah air. Tak kita sedar pun yang diri kita sebenarnya sudah pun tergadai kepada napsu untuk mendapat untung yang sedikit.

Dalam keadaan sekarang kita tiada pilihan melainkan semua orang Islam kena berkumpul menyokong satu parti sahaja. Kebetulan UMNO itu terbesar dan sudah bertapak maka cuba sekali semua orang Melayu sokong UMNO dan keluar mengundi. Kuatlah.

Kalau kita dah kuat orang lain pun hormatlah. Akan lenyaplah tuntutan tuntutan yang mengarut mengarut seperti sekarang. Dasar dasar yang baik pun mudahlah dilaksanakan. Sekarang banyak dasar tak menjadi kerana banyak sangat gangguan yang menterjemahkan secara jahat kerana ada kepentingan politik.

Cuba kita semua bersatu dan bagi kuat betul satu parti itu.

bRAVEhEART said...

Bagaimanakah Melayu dapat bersatu semula sepertimana semasa kita menentang penjajah dulu? Apakah kita sudah lupa diri kerana mendapat sedikit kemewahan hidup sedangkan ada orang lain yang mendatang mengaut lebih banyak dari kita? Berpuashatikah kita dengan apa yang kita ada kini?

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...