06 September, 2010

DATO' HISS, KENA TEGAS TANGANI ISU RASIS






Di laman-laman blog masih hangat membicarakan soal rasis. Hangat kerana banyak perkara, antaranya kecaman terhadap klip video namewee serta isu saman TNB terhadap blogger Hasan Sekodeng.


Bagaimanapun, bukan isu namewee yang sudah berkali-kali menghina negara dan bangsa Melayu yang sangat dipersoalkan. Tidak juga mengenai tindakan TNB menyaman Hasan Sekodeng yang hanya berjenaka berbanding namewee yang lebih keras menghina TNB tetapi tiddak diambil sebarang tindakan.


Soalnya adalah seolah ada 2 standard yang digunakan oleh kerajaan dalam menangani isu rasis ini. Dimana apabila ianya dilakukan oleh bangsa Melayu mereka akan dikenakan tindakan keras manakala apabila dilakukan oleh kaum lain mereka tidak dikenakan sebarang tindakan. Inilah isu utama sekarang ini.


KDN dan Dato' Hishamuddin semakin tidak dihormati oleh bangsa Melayu dalam banyak hal. Beliau kelihatan sebagai terlalu segan untuk mengambil tindakan terutama kepada kaum cina dan india. Sehinggakan beliau dianggap sebagai Menteri Amaran yang tugasnya hanya memberi amaran semata-mata, tanpa sebarang tindakan. Sehinggakan namwee sanggup dan berani melakukan penghinaan kepada bangsa Melayu dan negara berulang kali.


Sri Tri Buana
Papa Gomo


blog

5 comments:

C L J said...

Hamba sangat setuju kita sudah tidak mampu lagi berlembut.

Dalam kita sedang hangat membicarakan isu Nameewee timbul lagi isu perlembagaan dimana beberapa pensyarah undang undang dan Majlis Peguam sendiri seperti terlibat. Kita terdorong makin kesudut tembok sehingga tenggelam kehangatan kesah pembicaraan kes liwat AnuWar.

KITA TIDAK LAGI MAMPU BERLEMBUT TAKUT NANTI ADA PIHAK ORANG AWAM KELAK MENJADI TIDAK TAHAN BERSABAR LAGI.

Sudah sampai masanya kita kena pejam mata dan hadapi 3 pembicaraan kes bersejarah di Mahkamah. Kita kena hadapi ancaman itu di Mahkamah. Takut kelak ancaman lebih parah kena kita hadapi diluar.

Benarkah kita memerlukan Tan Sri Musa Hassan sebagai Menteri Dalam Negeri???

bRAVEhEART said...

CJL,
Hahaha, sy teringat posting lawak di blog Husin Lempoyang. KDN memerlukan 2 menteri: Dato' Hiss!! sebagai menteri amaran dan seorang lagi yang ada 'telor' akan jadi menteri tindakan kerana menteri amaran tugasnya hanya setakat memberi amaran yang tidak pernah diendahkan oleh sesiapapun.

Anonymous said...

Kalau dah PM pun lembik, apa yg Hisham pondan bolih buat.

agbr47 said...

Orang Pahang ajelah selesaikan menteri Johor tu. Kan Pahang dan Johor ada pertalian persaudaraan.

agbr47: Api jika kecil di biarkan boleh jadi musibah.

YB Raz said...

sokong menteri amaran ini berundur.dia ni langsung tak ada apa apa kelayakan atau kemampuan. cuma sebab dia anak bekas PM, maka dia dapat jawatan.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...