Suara Anak Pahang - Perlu Baca

15 September, 2010

CMK CALON SESUAI DUN PULAU TAWAR




Perkembangan semasa politik di Jerantut kelihatan semakin gawat. Sila rujuk blog Suara Prihatin UMNO Jerantut serta blog-blog didalam link-nya. Perebutan tempat sebagai calon Ahli Parlimen diantara Dato' Wan Amizan dengan Dato' Dr. Shukri bakal melemahkan UMNO/BN Jerantut.


Walau apapun yang berlaku di parlimen, yang pastinya kekosongan di DUN Pulau Tawar bakal berlaku. Soalnya siapakah yang mampu dan memenangkan UMNO/BN jika dicalonkan? Ada beberapa nama yang diberitakan akan diketengahkan antaranya adalah Ketua Penerangan UMNO Bahagian Tn. Haji Nazlan, Sdr. Zukarmi, Dato' Hj. Nazri dan Pn. Khadijah Said.


Dalam keadaan UMNO Bahagian yang masih bercakaran ini saya berpendapat dalam PRU13 nanti bukan setakat UMNO/BN tidak mampu pertahankan Parlimen, bahkan beberapa DUN juga mungkin akan terlepas kepada pembangkang.


Dari maklumat yang diterima, Sdr. Mohd Shukri Mohd Ramli seorang blogger tersohor Pahang akan pengendali portal blog Pahang Daily Online akan diletakkan dikerusi DUN Pulau Tawar sebagai calon PKR. Sebagai seorang anak tempatan Pulau Tawar bukanlah susah bagi beliau untuk meraih undi dari kalangan saudara maranya disana. 







1 comment:

Anonymous said...

ADUH CALON ITU KALAU BERTANDING HABIS BN. DIA ORANG TEMPATAN DAN ADA KEBOLEHAN.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...