Bukan Anu arr celaka kerana UMNO,
tetapi Anu arrlah yang mencelakakan UMNO dan seluruh umat Melayu
Dari akhbar Utusan Malaysia hari ini kita temui berita ini:
KUALA LUMPUR 27 April – Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendakwa pembangkang telah membuat ketetapan untuk mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim habis-habisan jika mahkamah memutuskan ketua pembangkang itu bersalah dalam pertuduhan liwat. (Klik Sini)
Jika demikian ini bermakna pihak pembangkang masih tidak mempercayai sistem perundangan dinegara. Mereka juga mungkin tidak percaya bukan sahaja kepada hakim serta pihak pendakwa, mereka juga tidak mempercayai pihak pembela dan seluruh sistem kehakiman negara. Tertuduh sudah dibenarkan di bela, andai pembela gagal membuktikan tertuduh tidak bersalah kenapa pula keseluruhan sistem kehakiman hendak disalahkan? Bagaimana jika pembela menang dan tertuduh didapati tidak bersalah? Apakah kepada pihak pembangkang keadilan bermakna memihak hanya kepada mereka?
Rakyat marhaen seperti saya tertanya-tanya apakah sistem kehakiman negara hanya memihak kepada orang-orang besar semata-mata? Sekiranya yang didakwa itu bukan Anu arr, apakah kes ini tertangguh sampai selama ini?
Menurut beliau, kesediaan Anwar melakukan sumpah laknat tersebut akan membolehkan rakyat negara ini mengetahui kedudukan sebenar isu yang menyelimuti Penasihat PKR itu. (Klik Sini)
Anu arr enggan serahkan DNA. Enggan juga bersumpah laknat. Jika demikian memang benarlah anggapan bahawa Anu arr adalah anugerah Tuhan. Segala keistimewaan yang tidak didapati oleh orang lain didapatinya. Siapa lagi yang berani ingkar untuk menyerahkan DNA kepada mahkamah? Siapa yang berani mengelak dari cabaran untuk lakukan sumpah? Namun yang dikesalkan adalah beliau lakukan semua ini hanyalah kerana kepentingan peribadi dan politik sempitnya. Beliau memang layak dipanggil 'Binatang Politik'. Itulah Anu arr, pengkhianat umat Melayu abad ini!
No comments:
Post a Comment