01 April, 2011

JIKA KEPENTINGAN DIRI DIDAHULUI DAN KEPENTINGAN RAKYAT TAK DIAMBIL PEDULI


Foto hiasan dari blog WZWH


Kebelakangan memang jarang ke blog-blog kecil Pahang. Dunia blog Jerantut sudah tidak semeriah dulu. Semenjak blog MRD tiada, banyak blog-blog lain kelihatan turut menyepi diri. Walaupun isu blog-blog  berkenaan isu merupakan isu terpinggir dari isu nasional, namun seronok kerana merasakan mereka ikhlas membawa suara hati sebenar dari akar umbi. Sentiasa ada satu keseronokan tersendiri.

Kita memfokus kepada PRN Sarawak, namun semalam saya terkejut dan terfana dan tertanya-tanya kenapa saya terlalu leka sehingga terlepas pandang bahawa ada suatu gelombang yang bermula dari bawah dan menerjah menentang arus. Rakyat sudah bersuara menyatakan ketidakpuasan hati mereka. Akhirnya dalam Perhimpunan Agung UMNO Cawangan usul tidak percaya telah dibuat terhadap seorang pemimpin. (Baca blog WZWH)

Sudah tentu ada beberapa pandangan dan pendapat berbeza, berdasarkan kepentingan sendiri, namun kedua-duanya harus diperhalusi dan masej sebenar rakyat harus diselami. (Baca blog urag drrulug)  Jangan dipertikaikan siapa benar dan siapa salah, soalnya kenapa ini boleh berlaku dan dibiarkan berlaku? Kenapa tidak ada penyelesaian diambil sebelum retak menjadi belah?

Soalnya adalah bukan rakyat tidak menyayangi parti UMNO, tetapi tidak menyukai individu tertentu atas sifat-sifatnya sendiri. Nampaknya masih ada pemimpin yang tidak mempercayai peranan media sosial terhadap masyarakat kini kerana mengabaikannya selama ini serta tidak juga dapat menjiwai slogan 'Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'. Malangnya kerana mereka yang seperti ini diberikan peluang memimpin yang kemudian mengkhianati. Lebih malang lagi apabila beliau gagal untuk berubah dan mengubah diri.

Cuma kita berharap ini adalah kisah terakhir seperti ini dan kita harap pemimpin yang ada akan menjadikannya ikhtibar supaya sejarah tidak akan berulang lagi. Apapun syabas kepada urag drrulug, saya tidak akan lupa pada kata-kata;..bukan aku hendak, bukan aku mintak,....dunia tak tahu malu.!.......Bagaimana dalam keadaan gawat seperti ini blog seorang AJK UMNO Bahagian masih tidak peka kepada isu berkenaan yang mampu menguggat UMNO Bahagian bahkan masih leka dengan isu seks dan artis? (Klik Sini)  Dimasa semangat perjuangan demi agama, bangsa dan negara?

1 comment:

Anonymous said...

hahahahahaha....perjuangan untuk bangsa melayu mesti disemat dihati yang sayangkan bangsa melayu..jangan jadi bangsa yang menindas bangsa...

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...