Ramai yang keliru apa sebenarnya perjuangan Pas selama ini. Pas memang sudah sesat terlalu jauh dan seakan sudah tidak ada jalan untuknya kembali lagi. Pas sanggup berdusta kerana inginkan kuasa dan dalam lain keadaan untuk terus kekal berkuasa. Pas adalah sesumpah politik yang paling hodoh di dunia.
Untuk menunjukkan hanya merekalah yang Islam maka Pas sanggup mengkafirkan UMNO. Untuk membuatkan pengikutnya membenci UMNO mereka mengatakan UMNO kafir kerana berkerjasama dengan MCA dan MIC namun kemudiannya mereka pula berkerjasama dengan DAP yang ternyata lebih rasis dan chauvanis dan mereka menghalalkannya.
Untuk membuktikan perjuangan mereka Islamik maka mereka menjanjikan akan melaksanakan hukum hudud apabila diberikan kuasa oleh rakyat, namun setelah berkuasa mereka mereka mengingkarinya dan menuduh UMNO menyekat mereka dari melaksanakan hukum hudud. Banyak lagi pembohongan yang dilakukan oleh Pas selama ini termasuklah sikapnya yang tidak konsisten dalam perjuangkan Islam terutama apabila dicabar oleh DAP.
Dalam PRN Sarawak, Pas hanya diberikan 5 kerusi untuk dipertandingkan. Apa yang dapat mereka lakukan dengan hanya 5 kerusi itu kalaupun mereka memenangi kesemuanya? Yang lebih mengecewakan adalah Pas dalam sedar rela dijadikan alat untuk mencelakakan bangsa dan negara.
Pas menyokong DAP bagi membantu kemenangan DAP namun dikerusi dimana mereka bertanding mereka tidak mampu untuk menang dan tidak juga dibantu untuk menang. Bukankah ini perbuatan mencelakakan bangsa dan negara? Apakah mereka tidak sedar bahawa mereka menyokong penguasaan DAP sedangkan DAP tidak membiarkan Pas mendapat apa-apa kuasa dalam masa sama melemahkan kekuasaan BN @ UMNO?
Jika kita ingin melihat pengkhianat bagi bangsa Melayu dan pengkhianat negara, lihatlah saja pada Pas kerana inilah wajah sebenar mereka selama ini. Kita akan melihat nanti keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak akan jadi begini; dahulu BN kalah 8 kerusi dan PRN ini BN dijangkan akan kalah 15 kerusi, BN akan hilang lebih banyak kerusi, Pas tidak mampu menambah kerusi tetapi DAP akan menambah kerusinya. Siapa yang untung dalam perjanjian syaitan antara Pas dan DAP ini?
Jika Pas sanggup dan boleh bersahabat dengan syaitan apakah Pas itu sendiri bukannya syaitan politik?

1 comment:
Assalam Bro
Depa ni tak gunakan otaklah Bro. Adakah mereka sedar yang orang cina ni kebanyakannya rasis dan anti Islam. Adakah mereka tahu yang Tok Guru mereka tu pun dah dipermainkan oleh orang cina. Tarbiyah cara PAS yang songsang sekor cina pun tak peluk Agama Islam. Siap cheers di depan bendera PAS... Malunya Bro..
Post a Comment