Pandangan waktu malam di Sungai Sarawak dari jendela hotel
Ketika saya tiba (5.4.2011) tidak langsung terasa bahawa Sarawak sedang menghadapi Pilihan Raya Negeri. Dari Lapangan Terbang hingga ke Hotel dimana saya tinggal, saya menoleh kekiri dan kanan mencari-cari petunjuk mengenai pilihan raya berkenaan namun tidak ada apa yang kelihatan. Tidak ada bendera dan banner. Mungkinkah masih awal tanya hati saya?
Ketika saya tiba di hotel dan diberikan taklimat ringkas, baru disedari bahawa disini, suasana politiknya berbeza sama sekali. Rakyat disini sudah terbiasa memilih dalam suasana tenang tanpa adanya sebarang tekanan. Justeru tidak perlu terlalu banyak bendera dan banner, Tidak juga disenangi dengan sebarang ceramah dan rapat umum serta segala macam provokasi. Segalanya sangat asing bagi mereka.
Saya sempat mengikuti sesi penamaan calon di DUN N15, Muara Tuang hanya sekitar hampir 200 orang penyokong yang hadir bagi kedua-dua calon, Tiada sebarang perarakan meriah yang mengiringinya, hanya sesekali teriakan sebagai tanda sokongan terhadap calonnya yang datang dari golongan muda.
Menyelami perasaan sebahagian dari pengundi yang ditemui, saya percaya tidak banyak perubahan yang akan berlaku selepas PRN kali ini. Tidak akan ada perubahan kerajaan kerana nyata rakyat Sarawak masih sayangkan kerajaan BN yang ada. Mereka masih berpuas hati dengan pembangunan dan segalanya.
Saya sesekali teringatkan lagu 'Sayang Sarawak'. Saya merasakan bahawa rakyat Sarawak bukan lagi sayangkan kepada sungai Sarawak itu, yang memberikan nadi kepada kehidupannya, bahkan mereka sayangkan negeri mereka sendiri.
Maaflah! Anu arr sebenarnya bermimpi jika meraskan bahawa gelombang yang dibawanya akan mengubah kerajaan negeri. Bukan kerana kerana beliau seorang peliwat tegar, bukan kerana jam omeganya yang hilang tetapi rakyat Sarawak tidak inginkan cara berpolitik di semenanjung dibawa kesini.
5 comments:
Suka entry ini.. A'ah, memang kat Sarawak kempen takde lah semeriah kat semenanjung.. Banner besar akan diletak kat round about dan laluan keluar dijalan jalan utama.. Sesekali bendera akan digantung ditepi jalan.. Gitulah.. Memang kat tempat saya (Miri), BN masih lagi kuat even calon dari parti SUPP.. Tentunya memang cina dan parti lawan dari DAP, juga cina.. Mereka bawa slogan jom ubah.. Jika difikirkan, nak ubah ape? Kalau DAP menag pun tetap cina jugak.. Baik sokong BN.. Plus, YB dulu pun terbaeklah! Ape ape masalah tindakan akan cepat diambil.. Contoh terbaru masa hujan lebat dan air naik masuk rumah.. Ambil gambar letak dalam facebook YB.. Dia akan cepat cepat turun padang.. Sekarang sedang dijalankan projek baiki balik parot yang dah dibina.. Sebelum ini parit tu kecik sebab projek perumahan yang baru dimulai.. Penduduk marah jadi YB memang ambil tindakan terus.. Jadi, memang takde can lah pembangkang nak masuk jarum.. Even keadilan buat kempen/ceramah sekalipun, yang datang reramai belum tentu pilih dorang.. Saje nak dengar.. Huhuhu..
Entry Terbaru : Senarai Penuh Calon BN ; Pilihanraya DUN Sarawak Ke10
Eh eh, 5 April kan belum penamaan calon lagi.. Hari ni dah 7 April.. Mesti kat Kuching dah meriah sikit dengan bendera semua..
Entry Terbaru : Senarai Penuh Calon BN ; Pilihanraya DUN Sarawak Ke10
Salam d_tieah,
Terima Kasih melawat dan memberi komen diblog saya ni. Saya akan berada di Kuching sehingga selesai PRN. Bagaimanapun apa yg saya perhatikan adalah keadaan disini masih tetap seperti baisa - pilihan raya memang tak nampak meriah dengan bendera serta banner, dan beberapa siri ceramah yang saya ikuti pun tidak ramai yang hadir, memang jauh berbeza dari keadaan di semenanjung. Dari banyak responden yang saya temui, mereka masih inginkan kerajaan yang sama memerintah bagi menjamin kesinambungan pembangunan dapat diteruskan.
org yg suka buat fitnah yg mcm kau buat ni,klu kau nak mampos nanti memang terbeliak mata kau,bila sakratulmaut dah sampai dan bila nyawa kau dah tersekat di kerongkong,maka ulang tayang filem akan di tunjukkan pada kau apa yg kau dapat buat terhadap org2 yg tak bersalah yg telah kau fitnahkan....sekarang ni kau gelak le sekuat kuat hati kau.....kau tunggu le malaikat maut datang nanti.....entah2 kau nak mampos nanti entah entah tak dapat kau mengucap kalimah syahadah,terkelu lidah kau tu...sebab masa hidup kau...asyik buat fitnah ajeeee....
kalu kau tak publish komen aku pun takpe,asalkan kau dapat baca kutukan dari aku buat kau yg bakal ahli neraka jahanam
Post a Comment