Lukisan Hafiz 'PahangKu' - Dato' Yang di Pertua Dewan dan Timbalan yang di Pertua. Di kiri, MB Pahang dan Dato' Tan Aminuddin
Hari ini gagal menulis seperti biasa. Balik dari Sarawak, terus diundang oleh 'PahangKu' untuk mengikuti sidang Dewan Undangan Negeri Pahang. Walau masih penat tetapi undangan itu dipenuhi juga atas rasa tanggungjawab dan semangat. Selama ini blogger 'Aku Waris Pahang' saja yang melaporkan mengenai sidang dewan berkenaan yang bermula sejak 11 April lalu.
Saya mengenali sahabat saya itu secara peribadinya, komitmen yang diberikan kepada 'PahangKu' sebagai blogger sangatlah tinggi sehinggakan beliau sanggup meninggalkan blognya sendiri (Aku Waris Pahang) demi 'PahangKu'. Saya harus memberikan tabik hormat kepada beliau untuk komitmen yang diberikannya itu. Syabas, Waris Pahang!
Dalam DUN Pahang, hanya ada 4 kerusi pembangkang; 2 diwakili DAP dan 2 oleh Pas manakala selebihnya dikuasai oleh BN diwakili seramai 38 ADUN. Mungkin kerana itulah 'gamaknya' persidangan dewan undangan negeri Pahang tidak sehangat negeri lain, Perak umpamanya. Disinilah kita harus sedar perlunya menguasai majoriti melebihi 2/3 bagi membentuk kerajaan yang kuat.
Sepanjang sidang dewan hari ini, tidak banyak perbahasan yang memanaskan. Segalanya berjalan lancar. Namun saya difahamkan beberapa hari lalu ada sedikit ketegangan berkaitan isu Syarikat Lynas Corporations yang memproses dan menghasilkan sisa kimia berradiasi (klik sini).
Saya menghadiri sepenuhnya sidang dewan hari ini. Dapatlah melihat segala gelagat ahli-ahli dewan sepanjang persidangan hari ini berlangsung. Bangga dengan YB ADUN dari parlimen saya yang kelihatan aktif, terutamanya YB Dato' Wan Amizan pada sesi disebelahnya pagi, manakala YB Dato' Lau Lee aktif berbahas pada sesi sebelah petang mengenai isu tanah dan projek perumahan silang.
Apa yang diperkatakan mengenai YB berkenaan dikawasannya masing-masing kadang-kala bukanlah hakikat sebenarnya, melainkan hanyalah spekulasi semata-mata. Justeru saya tertanya-tanya kenapakah banyak blog-blog tempatan asyik menghentam mereka tanpa usul periksa dan bahkan ibarat menjadi duri dalam daging.
Harap esok saya akan dapat menghadiri penutup sidang dewan dan kemudiannuya menulis sesuatu yang ingin diketahui oleh rakyat. Sepanjang sidang hari ini, saya menjeling-jeling disetiap sudut mencari dimanakah bersembunyinya CMK blogger Pahang Daily Online? Khabarnya beliau juga ke Sarawak atas tajaan PKR dan mungkin beliau 'brruuup' - kekenyangan! Tahniah atas kejayaan PKR dan Pas memenangkan DAP sambil melemahkan kekuasaan bangsa Melayu!
p.s. Saya terlepas upacara mengangkat sumpah YB ADUN Kerdau, namun ingin saya ucapkan tahniah dan selamat bertugas.
3 comments:
Salam bro...
Mohon link blog saya di sini bro..tengkiu...
sdr braveheart,tahniah saya ucapkan kerana saudara dapat menghadirkan diri kesidang Dewan tempohari... banyak yang saudara dapat lihat melalui sidang tersebut betapa tertibnya peraturan Dewan yang Mulia itu dari pakain hingga lah kepada pertuturan yang digunakan dan peraturan sidang yang wajib dipatuhi.
Kerana itulah Dewan Perundangan tertinggi yang mengubal atau meminda undang undang yang sesuai dengan Undang Undang Tubuh Negeri Pahang.
Semua pihak harus akur dengan arahan yang Dipertua Dewan.. jika dibawah pokok tak perlu ada peraturan atau undang undang...
tahniah
Salam DUN Tahan,
Sebenarnya ini bukan kali pertama saya hadiri Sidang Dewan, hanya kali ini kehadiran saya sebagai blogger dan atas undangan kerajaan negeri. Tahniah juga kepada YB yang saya lihat begitu aktif sepanjang sidang berlangsung, tanpa sebarang prejudis saya mengucapkan selamat menjalankan tugas untuk rakyat dan selamat berjaya ~ bh
Post a Comment