Dia kelentong lagiiiii, hehe
Terlopong mulut dia membohong,
terlopong juga Nik Ajis diperbodohkan nya
Anu arr memang seorang penipu, pembelit, pengkhianat dan pembelot nombor wahid negara. Bila masanya Anu arr bercakap dengan jujur kepada sesiapa? Dengan ini dia kata begini dengan itu dia akan kata begitu - beginilah sikap sebenar Anu arr - Anu gerah Tuhan, kata pengikut tegarnya.
Pernah saya meminati perjuangan Anu arr pada peringkat awal, namun apabila saya melihat sendiri bagaimana cara beliau membunuh karier politik Allahyarham Tun Gaffar, saya tidak lagi dapat menerima beliau sebagai seorang tokoh yang patut saya hormati.
Mungkin generasi baru tidak mengetahui bagaimana sadis dan sedihnya Tun Gafar di'bunuh' oleh Anu arr. Anu arr bersungguh-sungguh menyatakan bahawa beliau tidak akan menentang Tun Gaffar yang sangat beliau hormati dan anggap sebagai bapa, namun dibelakang beliau adakan gerakan meminta semua bahagian-bahagian mencalon dan menyokong pencalonannya dan akhirnya Tun Gaffar kalah sebelum pemilihan berlangsung.
Saya sebenarnya memang sukakan Anu arr jadi Timb. Presiden UMNO dan TPM pada ketika itu kerana beliau lebih bertenaga dan bersemangat, namun saya tetap tidak menyukai cara bagaimana beliau mendapatkan kuasanya itu. Sudah tentu ada pihak yang akan berkata, demikianlah dalam politik, matlamat menghalalkan cara. Jika benar begitu, maka benarlah juga kata-kata bahawa Anu arr ini adalah binatang politik. Yang ganas dang sanggup lakukan apa saja untuk mendapatkan kuasa.
Pada saya, tidak ada lagi mana-mana tokoh politik negara yang lebih ganas dan kejam dari Anu arr si binatang politik ini. Penipuan dan pembohongan adalah perkara biasa baginya. Memfitnahpun adalah mainan politiknya. Kita jangan hairan apabila Anu arr akan mengutuk kerajaan dan dasar kerajaan sedangkan ketika beliau berada didalam kerajaan sebagai orang nombor dua negara, itulah dasar yang dilaksanakannya dan bahkan dia mampu mengubahnya jika dia benar-benar berjuang untuk mengubahnya.
Terkini, Anu arr yang menafikan beliaulah pelakon dalam video seks dengan perempuan china itu memberikan alasan bahawa pelakon itu berperut buncit sedangkan dia tidak sebuncit itu. Mukanya sama macam muka saya, pelakun itu nampak sama macam saya tetapi itu bukan saya. Ini lah Anu arr, binatang politik dan pembohong nombor satu negara anu-gerah syaitan untuk memporak perandakan negara kita. (Baca diblog sahabat saya ini; x-pkr)
Kita tunggu bila Anu arr akan berkata; "Pelakon dalam video itu macam saya, muka macam muka saya, suara macam suara saya, badan macam badan saya, kotey macam kotey saya, tetapi 'saya dalam video itu' bukan saya".
1 comment:
betuyl tu.
kali ini bertelurlah lelaki y tu
Post a Comment