29 May, 2011

SANTAI AHAD - BLOGGER JERANTUT MESTI BANGKIT




Jarang saya meulis mengenai Jerantut, kampung kelahiran saya sendiri, melainkan sejak akhir-akhir ini, kerana saya percaya tugas berkenan dipikul dengan baik oleh beberapa blog tempatan; antaranya Suara Prihatin UMNO Jerantut, uRag dRrulug, WZWH, Parlimen81, N9 Tahan, patpatsikulipat, menyegar, Hulu Tembeling  dan lain-lain lagi (sekadar menamakan sebahagian sahaja) walaupun kebelakangan ini kebanyakkannya seakan menyepi diri. Namun saya percaya mereka akan bangkit semula apabila masanya tiba kelak. Tambahan pula khabarnya UMNO Bahagian Jerantut sudah berusaha untuk menggerakan mereka semua.

Saya percaya mereka akan bangkit, namun dalam dua keadaan yang kita masih belum dapat pastikan. Sama ada mereka akan bangkit dengan memberikan sokongan kepada usaha itu atau akan bangkit untuk menentangnya dengan beberapa alasan tertentu.

Saya, dengan kapasiti yang ada cuba mendapatkan pandangan sebahagian mereka secara berasingan berkenaan usaha yang akan UMNO lakukan itu. Namun soalan yang saya terima adalah; Kenapa sekarang? Kenapa tidak beberapa bulan malah beberapa tahun dulu? Apakah baru kini UMNO Jerantut sedar akan peranan blogger dan media sosial ini? Bagaimana saya harus menjawab soalan-soalan ini kerana saya bukan dalam kapasiti tertentu yang membolehkan saya memberikan jawapannya.

Saya pernah menemui sebahagian dari mereka beberapa kali secara berkumpulan juga berasingan. Bukan saya blogger yang pro UMNO, malahan saya juga menemui mereka yang berpandangan lain dan kami masih mampu bersembang tanpa kaitkan fahaman politik masing-masing. Tidakkah dapat kita merasakan hubungan sebegini sangat indah? Bertemu atas nama blogger, atas nama bangsa Melayu dan atas nama seagama Islam?

Saya mengenali blogger N9 Tahan (pro Pas) dengan akrab, pernah membantu beliau berkaitan dengan blogging dalam banyak hal, bahkan beliau dengan ikhlas memanggil saya 'abang' sebagai tanda hormatnya. Yang ingin saya jelaskan disini adalah, blogger di Jerantut mampu bersatu tanpa pengaruh fahaman politik. Inilah keharmonian yang harus kita jalin dan kekalkan selamanya.

Hubungan akrab saya dengan ramai sahabat blogger membuatkan ada orang-orang tertentu menuduh sesuatu yang diluar capaian pengetahuan mereka, namun saya abaikan segala tohmahan itu kerana saya faham bahawa mereka itu tidak memahami apa pun tentang blog dan tidak juga membaca blog, melainkan mendengarnya dari pihak-pihak lain hinggakan mereka mendapat maklumat yang salah sama sekali.

Hari ini saya cuba untuk bertemu dengan blogger WZWH, terpaksa bergegas dari Rompin untuk satu pertemuan sebagai sahabat kerana saya tidak pernah mengenalinya secara dekat. Mungkin banyak yang akan saya dapati dari pertemuan ini kelak. Insyallah! 

Kepada blog-blog Jerantut, masa sudah tiba untuk bangkit dari rehat yang panjang. Kehilangan seorang tokoh yang sentiasa memberikan kamu semangat bukanlah satu alasan untuk kamu tidak meneruskan perjuangan ini. Patah tumbuh, hilang berganti! Bangkitlah dengan lebih bersemangat, dan perjuangan ini  kamu    tujukanlah kepadanya!

Sedekahkan juga 'Al-Fatihah' kepada sahabat blogger kita yang telah pergi meninggalkan kita sebelum mereka dapat melihat hasil perjuangan ini. Kepada Allahyarham Dato' Azizan Yaakob (MelayuRaya Daily / Suara Majlis), dan Sdr. Aziz Saharun (Aku Yanggambi). Jika tiada yang lain mengingati kamu sebagai blogger ketika ini, maka kamu masih ada aku yang sentiasa menyimpan ingatan yang tidak pernah terpadam.


2 comments:

Helang Buana said...

Salam, Kan jelas muka nya,kacak bergaya sahabat aku ini.

bRAVEhEART said...

Di penghujung karier dalam berblog saya ini, elok benar jika kawan dan lawan juga mengenali saya........

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...