25 December, 2011

BANJIR DI ROMPIN SEMAKIN BURUK


Gambar Hiasan


Keadaan banjir di Rompin semakin buruk. Demikian diberitakan oleh Berita Harian Online yang mendapat seumbernya dari BERNAMA. Berita selengkapnya dibawah ini;


Lagi pusat pemindahan banjir dibuka di Rompin


KUANTAN: Sebuah lagi pusat pemindahan banjir dibuka di Rompin, namun jumlah keseluruhan mangsa menurun kepada 618 orang setakat jam 4 petang tadi berbanding 655 pagi tadi. 

Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, pusat pemindahan itu dibuka tengah hari tadi di Sekolah Kebangsaan Pianggu dan menempatkan 231 mangsa.
"Selain itu, seramai 247 mangsa ditempatkan di Dewan Orang Ramai Teluk Gading, Pusat Ekonomi Bukit Serok (119) dan Balai Raya Kampung Rekoh (21)," katanya ketika dihubungi di sini. 

Beliau berkata, kesemua mangsa adalah penduduk dari 11 kampung di daerah itu. 

Sementara itu, dua kampung iaitu Mentelong dan Denai terputus hubungan darat selepas jalan dinaiki air sejak tengah hari tadi. 

Tiada kejadian banjir di daerah lain atau kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini, katanya. - BERNAMA / BHO

No comments:

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...