25 December, 2011

'GOD FATHER' KARPAL SINGH VS DR. RAMASAMY



1. Pergaduhan diantara Karpal Singh (God Father) dengan Dr. Ramasamy, Timbalan Setiausaha Agung DAP masih berlarutan dan seakan tidak akan berakhir walaupun DAP pusat pada 15 Disember lalu membuat kenyataan bahawa segalanya telah selesai.
2. Dr. Ramasamy kelihatan mendapat sokongan ramai dan bersuara mewakili DAP dan kaum india dari sebuah negeri manakala Karpal bersuara mewakili DAP pusat.
3. Jika dalam keadaan pergaduhan biasa kaum India dengan berbaling kerusi maka sudah tentu Karpal akan tewas kerana mana mampu beliau nak membaling kerusi dan jika dibaling kerusi rodanya bagaimana pula dia akan bergerak nanti?
4. Suara Dr. Ramasamy adalah suara pembaharuan dalam DAP dan mewakili kaum India DAP. Mungkin mereka berpendapat bahawa Karpal sudah terlalu lama duduk diatas kerusinya dan perlu direhatkan atau diperbaringkan pula.
5. Suara Karpal adalah suara pemimpin lama yang suka memerintah dan menyangka mereka adalah betul sepanjang masa. Suara dari pemimpin yang masih tak puas-puas berkuasa dan menyangka bahawa mereka sentiasa diperlukan, kerana itulah beliau ingin menenggelamkan Dr. Ramasamy dari politik DAP supaya tiada lagi saingan.
6. Mungkin Karpal ingin jadikan tempat duduknya dalam DAP (bukan kerusi rodanya) sebagai warisan untuk anaknya nanti kerana cemburu, dengki dan iri hati melihat kejayaan Lim Kit Siang mengangkat anaknya Lim Guan Eng sebagai KM Pulau Pinang.
7. Apapun secara peribadi saya bersetuju dan menyokong Karpal. Mudah-mudahan beliau akan terus kekal berkuasa dalam DAP sehingga akhir hayatnya. Jika kerusi roda sudah tidak mampu membawanya bergerak, mungkin 'katil roda' boleh digunakan khas untuk beliau.
8. Jika tiada Karpal, siapa lagi yang akan menyokong dan membela Anu arr Berahi? dan siapa pula yang boleh meminta supaya ' Anwar harus bertaubat'?

Kisah perang Karpal dan Ramasamy;
1. Dr. Ramasamy, Timbalan Setiausaha Agung DAP terlibat dalam pergaduhan dengan Karpal selepas mengeluarkan kenyataan "godfather" yang patut beri laluan kepada calon lain dalam pilihanraya akan datang. Berikutan itu, Karpal kemudiannya membalas keras kenyataan tersebut di Konvensyen DAP Pulau Pinang.
2. DAP Pusat pada 15 Disember mengeluarkan kenyataan bahawa pergaduhan kedua-duanya telah diselesaikan
3. Tiba-tiba pagi Sabtu, Karpal Singh meletup lagi, apabila mengeluarkan kenyataan supaya Ramasamy meletak jawatan dari parti tersebut. Karpal berkata bekas ahli akademik itu perlu meletakkan jawatannya selepas membuat berbagai tuduhan serius terhadap pemimpin-pemimpin parti.
4. "Kedudukan Dr Ramasamy dalam kerajaan negeri tidak lagi dapat dipertahankan kerana dia telah mencabar keputusan jawatankuasa tiga anggota parti itu tidak merujuk masalah dalaman parti kepada pihak media," katanya dalam satu sidang akhbar pagi ini. 
5. Karpal Singh berkata Dr Ramasamy telah didedahkan dakwaan mengenai pemimpin-pemimpin parti dan ahli-ahli mana-mana tanpa asas. "Ini adalah satu tuduhan yang serius. Sehingga kini, Dr Ramasamy tidak menafikan membuat kenyataan itu, "katanya.
5. Beliau merujuk kepada laporan dalam akhbar berbahasa Inggeris pada Jumaat yang memetik Dr Ramasamy sebagai berkata pengkritiknya berkomplot terhadapnya kerana dia tidak bertindak balas terhadap rundingan mereka untuk mendapatkan projek.

6. Semalam, media melaporkan, Ramasamy memberitahu bahawa wujud golongan yang sedang berkomplot untuk untuk menggulingkan beliau.
Baca blog rujukan:

1 comment:

Anonymous said...

When the connector Tissue paper supporting the corium weakens fat
cells is to it. There exists a lot of with low fat
meats care Poulet and ingest fair to middling amounts of refreshing
fruits and vegetables. The Final results guide several months laser operating theatre for cellulite removal.

It also gives more intersection for the money than his friends, Visual perception his cadaverous,
drawn Human face, disturbed some his Health.

Feel free to visit my weblog - cellulite vacuum

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...