12 December, 2011

BIAR SINSING BAJU JANGAN SELAK KAIN




1. Desakan demi desakan diterima oleh Kak Ijat supaya meletakkan jawatannya. Abdul Ghapur Saleh, Ahli Parlimen Kalabakan juga menyeru beliau undurkan diri (Klik Sini) Sebelum itu Bung Mokhtar dan kemudian mengulangnya lagi (Klik Sini). Tun Dr. Mahathir juga mendesak Kak Ijat undurkan diri sebelum 'dihalau' keluar dari parti (Klik Sini).

2. Mungkin saranan Tun M supaya Kak Ijat undurkan diri itu bagi membersihkan UMNO yang beliau sendiri sebelum ini menyatakan bahawa UMNO sudah 'busuk hingga ke usus'. Bagaimanapun apakah jika Kak Ijat undurkan dirinya maka UMNO akan jadi bersih serta-merta? Apakah Kak Ijat seorang sahaja yang membusukkan UMNO selama ini?

3. Apakah sebelum ini (Kes NFC) UMNO sangat bersih dan tiada sesiapapun yang membusukkan UMNO hingga ke ususnya? Bagaimana pada zaman Tun sendiri? Banyak persoalan dan banyak pertikaian yang boleh kita semua buat bagi memuaskan hati ita sendiri. 

4. Tidakkah kita semua sedar bahawa agenda membuatkan Kak Ijat berundur adalah datangnya dari pembangkang. (Klik Sini) Justeru jika kita juga (menteri-menteri dan ahli serta penyokong UMNO) mendesaknya secara terbuka sudah tentu itu akan menggembirakan pihak pembangkang. Tidakkah boleh Kak Ijat diminta berundur dengan cara yang lebih berhemah dan mesra agar tidak memalukan beliau?

5. Ada pihak berpendapat bahawa untuk membersihkan UMNO bukan hanya Kak Ijat sendirian yang harus berundur, malah banyak lagi yang patut lakukan perkara yang sama tetapi kenapa mereka tidak ingin lakukan itu bersama-sama Kak Ijat?

6. Atau apakah memaksa Kak Ijat berundur akan dapat menyelamatkan diri mereka yang lain yang sebelum ini bersama dan melakukan perbuatan yang 'sewaktu' dengannya? Nampaknya jika Kak Ijat mengundurkan diri, beliaulah yang patut dipanggil sebagai wira kerana beliau berjasa dengan mengorbankan dirinya seorang diri bagi menyelamatkan mereka yang lain.

7. Apakah memaksa Kak Ijat undurkan diri sebagai pilihan terbaik? Kemudian RM250 juta itu tenggelam begitu saja? Tidakkah lebih baik membiarkannya untuk satu waktu sambil memungut semula RM250 juta itu. Biarkanlah Kak Ijat menyinsing lengan bajunya, namun jangan biarkan beliau menyelak kainnya pula. Malu Kak Ijat maka malulah Wanita UMNO dan malulah UMNO keseluruhannya. Bagaimana pula dengan kesalahan pemimpin lainnya? Bagaimana juga dengan kesalahan pemimpin pembangkang?

4 comments:

anak sufi said...

tuan, pendapat tuan senada dengan anak sufi. tunggu penulisan anak sufi mengenai perkara ini nanti. mohon tuan linkkan blog anak sufi ke blog tuan. anak sufi telah melakukan perkara yang sama.

Orang kotahan said...

Salam BH. Dalam post ini saya nak memperkatakan sedikit saja. Ini perkara biasa dalam UMNO. Ada yang menyokong dan ada yang nak menjatuhkan. Kita harus mengkaji dari sejak dulu dan sehingga sekarang. Budayanya sekarang sangat jauh berbeza. Sekarang ni banyak ambil kesempatan. Kadang-kadang bila tumbul sesuatu perkara yang meburukkan ahli ini adalah bermacam sebab, 1. Mereka dengki kerana mereka tak dapat imbohan. 2. Meraka nak menjatuhkan supaya dia akan dapat tempatnya nanti, Lagi banyak dan cubalah cari sendiri. Saya cadangkan supaya perkara ini dapat penjelasan jujur dan ikhlas kerana rakyat sekarang hanya boleh mendengar dan menilai sendiri. Berfikir sendiri yang mana betul atau salah. Saya khuatiri jika rakyat menyingkirkan nanti, lainlah kalau kita meletak jawatan sendiri. Fikirkan yang terbaik demi masa depan.... Tak payahlah kita menyingsing lengan baju dan nak selak kain. Saya takut terbogel nanti.

Kutukandewata said...

Salam BH,
ini bukan soal desak mendesak.ini soal moral dan intergriti.Isu NFC akan jadi tomahawk pembangkang dalam PRU 13.
Politic is not reality,politic is perseption!!!!!

Anonymous said...

letak je la jawatan...rg org lain...

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...