Suara Anak Pahang - Perlu Baca

26 December, 2011

SELEPAS SELAK KAIN, KAK IJAT BAKAR KELAMBU?




1. Dalam kes NFC saya tetap komited menyokong Kak Ijat walau sebelumnya saya kerap menghentam beliau kerana politik cas keting yang diamalkan bersama KW Pahang sebelumnya.

2. Apabila ramai blogger pro kerajaan berpaling arah dan turut sertai pembangkang mendesak beliau  meletakkan jawatannya, saya masih lagi pertahankannya kerana sayangkan beliau, sayangkan Wanita UMNO dan UMNO itu sendiri tentunya.

3. Namun apabila Kak Ijat sudah 'kamikazi' dengan membuat kenyataan 'Siapakah Pemimpin UMNO Yang Tiada Masalah' membuatkan hati saya hancur dan merasa mempertahankannya selama ini adalah satu perbuatan yang sia-sia.

4. Kenyataan Kak Ijat baru-baru ini adalah satu kenyataan penuh dendam ibaratkan membakar kelambu kerana marahkan nyamuk. Sepatutnya Kak Ijat lebih berani sinsing lengan baju serta selak kain dalam menentang pembangkang dan bukannya membakar kelambu sendiri.

5. Saya teringat satu kisah dulu-dulu dimana seseorang pernah 'membakar jembatannya' apabila sudah berada diseberang sana, namun apabila menyedari jalannya salah terpaksalah dia berenang semula untuk kembali kepangkal jalan. Mungkin ketika itu terasa dihatinya kekesalan dan kebodohannya kerana membakar jembatan.

6. Apabila Kak Ijat menyatakan bahawa beliau menyerahkan kepada budibicara PM untuk memutuskan desakan pembangkang serta ahli UMNO sendiri, seeloknya dia berdiam diri saja. Namun komen terbarunya itu sebagai satu pertanda bahawa beliau tidak benar-benar ikhlas.

7. Diruang-ruang sembang media sosial, facebook dan tweeter sahabat-sahabat penyokong UMNO sendiri sudah menyuarakan perkara sama bahawa Kak Ijat perlu berundur untuk membersihkan UMNO. Berkorbanlah Kak Ijat. Tentu pengorbanan ini tidak akan dilupakan.

8. Jika Kak Ijat masih seorang pemimpin yang bermaruah, tindakan terbaik untuknya ketika ini adalah meletakkan jawatan yang disandangnya dalam kerajaan, namun mengekalkan jawatannya sebagai Ketua Wanita UMNO kerana jawatan berkenaan adalah mandat seluruh perwakilan wanita.

9. Kita percaya tentu nanti Kak Ijat akan lebih dihormati dengan tindakan berkenaan. Membolehkan kes NFC disiasat dengan lebih telus lagi. Atas kapisiti sebagai Ketua Wanita UMNO beliau tetap akan mampu  bersama berusaha menguatkan UMNO dalam menghadapi PRU akan datang. Tentu sumbangnya akan tercatat dalam sejarah dan hati ahli UMNO serta beliau akan tetap dikenang dan disanjung tinggi.

10. Susahkah UMNO untuk berubah? Beranikah semua pemimpin-pemimpin UMNO yang merasakan mereka melakukan kesalahan untuk mengundurkan diri sebelum di'telanjangkan'? Inilah tranformasi sebenarnya yang rakyat inginkan dari UMNO. Siapa antara kita yang sanggup melakukannya?



Harakahdaily   

KUALA LUMPUR, 25 Dis: Kenyataan Datuk Seri Shahrizat Jalil yang mempersoal 'siapakah pemimpin Umno yang tiada masalah', seperti mendedahkan ramai pemimpin Umno terbabit dengan skandal salah guna kuasa.

Shahrizat selaku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang terpalit dengan skandal projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) mengeluarkan kenyataan itu sebagai mengulas tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) yang memulakan siasatan terhadap kes itu baru-baru ini...........

7 comments:

Wan Shamsudin said...

Kak Ijat tentu tahu dan FAHAM apa yang DIA cakap.....BETUL LAH TU.....

Anonymous said...

Perangai keturunan mamak macam ni lah perangainya. Marahkan nyamuk habis kelambu dibakarnya.. dulu dato kadir sheik fadzir kata UMNO tidak demokrasi. sewaktu menjadi ahli majlis tertinggi senyap ajer mulut tu. dato najib harus menilai semula mereka yang sukan menjadi kacang yan gmelupakan kulit.

hilbert said...

Salam bro,

saya pun sama..biarpun kurang menulis tentang DS Shahrizat ini,,,namun tetap menyokong perjuangan beliau... Ketua Wanita UMNO ini banyak sumbangan terhadap kemenangan calon BN khususnya calon wanita ketika PRN Sarawak April lalu.

Hampir setiap kawasan beliau kunjungan..kami kagum dengan wakil rakyat sebegini,,,malah boleh dikatakan wakil rakyat BN Saarwak sendiri ada yang belum pernah sampai ke kawasan yang DS Shahrizat telah lawati...harap beliau dapat membersih nama yang sudah dicemar oleh pihak tertentu

chenerong ular said...

RATA RATA PEMIMPIN SEMUA PARTI POLITIK YANG MEMPUNYAI KUASA MELAKUKAN PERKARA YANG SAMA, KUASA DI TANGAN, APA SALAH LAKU YANG MENGUNTUNGKAN MEREKA, AKAN MEREKA LAKUKAN, WALAU PUN TERPAKSA BERSELINDUNG DI SEBALIK SEHELAI DAUN LALANG, NASINLAH JIKA TANPA DI HIDU OLEH SESIAPA, MEREKA BERUNTUNG?, DENGAN JELAS KITA DAPAT LIHAT GAYA HIDUP PARA PEMIMPIN KITA?. APAKAH SELARI DENGAN PENDAPATN HALAL MEREKA?. YAANG BAKAR JAMBATAN TU YANG PALING CERDIK, KERANA DIA MEMBAKAR JAMBATAN BOSI DI BATU KIKIR, YANG MEMBAKAR KELAMBU ITU YANG PALING BODOH, SILAP SILAP TAK SEMPAT KELUAR, DIRI SENDIRI TERBAKAR SAMA?. SUSAH MAHU MENCARI KEIKHLASAN SAORANG PEMIMPIN JIIKA SUSAH MEMPUNYAI KUASA, SEMUANYA RATA RATA MENIPU, DAN MENGUNAKAN DUIT RAKYAT SEWENAG WENANGNYA MCAM DUIT MAK BAPAK MEREKA YANG BERI?

Yb Raz said...

dia nak jatuh, dia nak jatuhkan orang lain bersama dia..adoii bahaya orang macam ni..kira macam pengebom berani mati hehehe

Anonymous said...

ijat ni kurang akai... budak ni jenis bebal..kalau terpilih jugak dalam pru13 nanti, yang memilihnya pun jenis bebal laaa. susah sangat ke nak lepaskan jawatan?? tak ke jenis bebal namanya tuh!

Anonymous said...

dia da sama mcm mat jubur tu.. nak jatuh bersama.. sedap masing masing...

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...