'ABAI'
Kak Ijat umumkan perletakkan jawatannya sebagai Menteri Kabinet selaras dengan berakhirnya perlantikannya sebagai senator. Pembangkang mungkin mengangap itu kejayaan mereka mendesak dan membina persepsi bahawa kerajaan ini korup serta akan melemahkan UMNO menjelang PRU akan datang.
Namun seperkara yang pembangkang lupa bahawa mereka hanya juara dalam membina persepsi tetapi gagal dan kelihatan sebagai 'bangkai' dalam realiti. Kenapa tidak? Apabila sesuatu itu berkenaan dengan pemimpin kerajaan maka mereka akan heboh seluruh negara mendesak perletakkan jawatan, namun hakikatnya apakah mereka melakukan perkara sama apabila ianya melibatkan pemimpin mereka sendiri?
Ketika Anu arr melakukan perbuatan terkutuk meliwat Sukma, Mior, Azizan, Ismail Harun, Ahmad Hairani, Saiful Bukhari dan ramai lagi, namun beliau tak pernah merasa aib malah masih cuba menegakkan benang basah (serta bulu-bulunya yang basah) walaupun spermanya dijumpai dalam rektum Saiful. Apakah Anu arr berani meletakkan jawatannya bahkan untuk mengaku dan bersumpah laknatpun dia takut. Apa pula tindakan penyokong pembangkang?
Nik Aziz pula masih mempertahan Mat Sabu bermati-matian walaupun Mat Sabu telah ditangkap khalwat bersama Normah di bilik 121 Hotel Perdana, Kota Bharu. Hari ini Mat Sabu pula diangkat sebagai Timbalan Presiden PAS. Apakah ulamak dan ustaz-ustaz Pas tidak berani memeggang tali Allah dengan berkata serta melakukan perkara yang benar? Kenapa pemimpin-pemimpin Pas tidak meletakkan jawatan atas kecurang politik mereka itu? Tidakkah mereka malu terhadap Allah? Kenapa pula ahli-ahli Pas yang sering bertakbir itu tidak pula mendesak para pemimpinnya melepaskan jawatan apabila bersalah? Apakah para pemimpin Pas bacul atau pengikut mereka yang bacul serta tidak lagi berpandukan kepada hukum Allah? Apa pula tindakan penyokong pembangkang?
Bahkan PAS masih meletak semula Saiful Bukhari sebagai ADUN Selising walaupun Saiful sebelum ini pernah ditangkap dalam bilik VVIP 1 gerabak keretapi KTM bersama isteri orang. Yang menangkap mereka Pembantu Nik Aziz sendiri dan dalam keadaan isteri orang itu hanya memakai tuala merah dan Saiful hanya berseluar dalam. Bahkan Nik Aziz memaklumkan pula bahawa tertuduh sudah diampunkan Allah. Siapakah Nik Aziz ini jika dibandingkan dengan 'Ayah Pin'? - jika kita diantara orang-orang yang berfikir. Apa pula tindakan penyokong pembangkang?
Kes ratu telanjang yang gambar terkangkangnya yang melampau, Elizabeth Wong masih lagi dikekalkan sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor walaupun beliau bersekedudukan dengan Helmi yang mendedahkan gambar bogel berkenaan. Malahan Elizabeth Wong seakan mendapat pengampunan dan restu setelah menemui Nik Aziz di Kota Bhahru selepas itu. Maka berpusu-pusulah para muslimah Pas meratap-tangis dengan mencium kaki dan tangan Elizabeth Wong yang kononnya difitnah dan diaibkan. Apa pula tindakan penyokong pembangkang?
Terkini, Ostad (saya tidak menggelarnya Ustaz kerana merasakan tidak layak panggilan demikian untuk peribadinya) Badrul Amin masih tetap dikekalkan sebagai Ahli MPT PKR dan Penerangan Kerajaan Selangor walaupun ditangkap khalwat bersama isteri orang jam 3 pagi didalam sebuah bilik hotel di Kuantan. Apakah tindakan pemimpin Pembangkang? Apakah beliau didesak letak jawatan? Bahkan beliau dilindungi dan pertahankan. Apa pula tindakan penyokong pembangkang?
Dalam kes Anu arr yang 'kantoi' bila gambar video lucahnya dengan Pelacur China didedahkan oleh Dato' Eskay, beliau masih tak tahu malu dan mengekalkan kerusinya sebagai Ketua Pembangkang. Walaupun pelaku ke-3 yang ada dalam klip video berkenaan iaitu Dato' Eskay sendiri bersumpah mengakui bahawa beliaulah didalam video berkenaan serta bersumpah juga bahawa Anu arr lah 'Si-Kotay' bengkok yang melakukan seks dengan pelacur China berkenaan namun apakah Anu arr berani melepaskan jawatannya dan mengaku bersalah? Apa pula tindakan penyokong pembangkang?
Jangan kita lupakan kes Nik Aziz yang 'kantoi' kerana nak pergi menunaikan Haji dengan duit hasil Suapan Abroad Technologies Sdn Bhd bernilai RM650,000 setelah meluluskan hampir 3000 hektar konsesi balak dan konsesi pasang billboard kepada Abroad Tech, tanpa segan silu mengakui bahawa beliau dah 20 tahun ke Mekah dan tak pernah pakai duit dia walau 5 sen. Apakah rasuah bagi pemimpin Pas dihalalkan oleh agama dan pengikutnya? Benarkan bahawa syurga itu ditangan Nik Aziz yang boleh menetapkan siapa saja untuk masuk syurga atau sebaliknya pada bila-bila masa? Apa pula tindakan penyokong pembangkang?
Ir Ariffahmi Bin Abd Rahman, Menantu Nik Aziz yang dilantik oleh beliau sebagai CEO PMBK sehingga rugi berjuta ringgit, Nik Aziz tak pernahkah rasa bersalah atas penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa berkenaan? Atau ianya dihalalkan bagi pemimpin-pemimpin Pas dan pemimpin Pembangkang tetapi haram bagi pemimpin kerajaan walaupun belum terbukti salahnya? Apa pula tindakan penyokong pembangkang?
Pembangkang hanya bijak dan bernasib-baik dalam menguruskan persepsi buruk terhadap kerajaan. Namun kita pasti pada suatu hari rakyat akan sedar bahawa mereka telah terpedaya dengan tipu muslihat licik pembangkang yang hanya punya satu cita-cita - untuk menawak Putrajaya. Apakah apabila mereka disana nanti keadaan Negara dan kehidupan rakyat akan jadi bertambah baik? Dari apa yang kita perhatikan sekarang ini, ramai yang percaya bahawa segalanya tidak akan menjadi lebih baik malahan akan lebih porak peranda.
Anu arr hanya juara dalam memainkan persepsi, namun DS Najib adalah pemimpin yang benar-benar mampu menjuarai realiti yang rakyat inginkan. DS Najib mampu mengubah 'tali yang genting supaya tidak putus', 'nila yang setitik tidak merosakkan susu sebelanga', 1Malaysia yang diterapkannya bukan hanya satu slogan tetapi adalah satu gagasan yang jadi landasan kehidupan rakyat. Apa pula tindakan penyokong pembangkang? Masih memilih Anu arr Si-Peliwat dan Pembohong atau DS Najib yang membina semula negara bangsa yang hampir diruntuhkan?
1 comment:
Bodohnya pengikut parti pembangkang ni.Hidup hidup kena tipu dgn pemimpin mereka hehe kesian.Jadi unta lebih baik dari jadi pengikut pembangkang
Post a Comment