30 March, 2012

APABILA CINA SENDIRI TIDAK MEMANDANG PADA DAP

Bapak 'rasis' yang mencetuskan rusuhan kaum 13 mei dahulu...


1. Kebelakangan ini kita lihat kecenderungan politikus Melayu menyertai parti DAP yang dahulunya sangat terkenal sebagai suara kasar kaum Cina. Berbagai alasan diberikan oleh politikus berkenaan dan berbagai alasan juga diberikan oleh DAP sendiri untuk membenarkan kemasukan mereka. Yang pasti masing-masing mencari keuntungan dan faedah daripada keadaan berkenaan.

2. Blogger 'Suck-mongkol' dan 'Aspan Alias' diberitakan akan bertanding atas tiket DAP dalam PRU13 nanti. Mereka berhak menyertai mana-mana parti politik yang mereka sukai, cuma kita kesalkan sikap bangsa Melayu kita ini adalah suka mencerca setelah mereka tidak bersama, bagaikan mencaci janda setelah bercerai; ketiak janda pun katanya masam walhal sebelum itu dicelah kangkangnyalah muka disembabkan.

3. Kenapa semasa menikmati manisnya madu didalam UMNO mereka tidak sedar keburukkan UMNO? Kenapa apabila peluang diberikan kepada orang lain mereka merasakan UMNO sudah tidak baik seperti semasa mereka mendapat banyak habuan dari UMNO dulu? Ada wakil rakyat yang mendapat banyak habuan semasa jadi wakil rakyat dan ibarat lembu kenyang mendiamkan diri bahkan tidak memberikan perkhidmatan memuaskan kepada rakyat walaupun itu adalah tanggungjawabnya? Kenapa apabila khidmat ditamatkan baru bangkit semangat perjuangan? Jadi ini perjuangan untuk rakyat atau perjuangan kerana diri sendiri?

4. Jika benar mereka berjuang untuk bangsa dan agama Islam sudah pasti mereka akan memilih Pas sebagai landasannya, ataupun setidak-tidaknya memilih PKR yang lebih terbuka kepada pelbagai 'ras' sifatnya tetapi bukan DAP yang sangat terkenal sebagai sebuah parti rasis sejak dulu lagi.

5. Perjuangan DAP yang terlalu bersifat perkauman bukan disukai semua kaum Cina terutama kepada yang benar-benar cintakan negara. Jika ada kalangan kaum Cina sendiri yang menolak DAP kenapa pula ada Melayu yang sanggup melakukannya? Fikirkanlah, DAP memenangi majoriti kerusi di DUN Perak namun terpaksa mengangkat wakil Pas sebagai MB hanya kerana 'kanun' yang menetapkan demikian. Justeru selepas itu DAP bersungguh-sungguh mendapatkan ahli Melayu untuk dijadikan 'boneka' mereka apabila perlu. Apakah kita rasa jawatan tertinggi DAP akan rela mereka berikan kepada bangsa Melayu? Harap tidak ada Melayu yang berangan-angan begitu.

6. Helen Ang, seorang wanita Cina dari keturunan Han yang aktif berblog di 'Reboot Your Thinking' juga tidak mempercayai perjuangan rasis DAP ini. Baca apa yang beliau tulis tentang DAP dalam postingnya yang bertajuk 'Kalau ditakdirkan Pakatan memerintah...'  dan post sebelumnya (Klik Sini). Beliau jelas tidak mempercayai perjuangan rasis DAP, namun jika ada bangsa Melayu yang kononnya ingin berjuang bersama DAP, apakah muslihat sebenarnya agaknya? Atau mereka hanya rela dipergunakan untuk dijadikan alat sebagai pencacai politik pembangkang yang kaya dengan sifat perkauman itu.

1 comment:

Pedang Sibuti said...

salam tuan blog, mohon pautkan link kami dari bumi kenyalang sibuti-selamanya.blogspot.com. terima kasih

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...