18 March, 2012

KISAH CERAMAH BLOGGER SUCK




Saya belum pernah bersua muka atau mendengar ceramahnya secara 'live'. Namun nama besarnya sebagai blogger teragung negeri Pahang membuatkan semua blogger kecut perut mendengar namanya disebut...."SackmongkolAK47'. Sebutan dalam bahasa 'omputih' ni kena disebut betul-betul sebab kalau salah tentu maknanya juga berbeza. Jangan sebut 'SUCK-MONGKOL atau Suck Mangkok' nanti orang ketawakan kita, dan ketawakan dia juga.

Saudara saya, WZWH sms saya dan tulisnya; 'Aok baca posting Sakmongkol terbaru, dia jawab posting WZWH. Aku berjaya psiko dia sampai dia angkat blog aku!' Itu telah menarik saya untuk membaca kedua-dua blog mereka - WZWH dan 'SuckMongkol'

Saya menonton video klip yang dipaparkan. Seperkara yang saya percaya semua boleh akui adalah Suckmongkol lebih berbakat menulis dari berceramah. Mungkin perlu lebih banyak dekatkan diri mempelajari ceramah dari Tok Guru Mat Sabu atau Ostad Badrol, sambil-sambil jadi ahli 'Kelab Memandikan Burung'. (Klik Sini)

Jika 'Suck' melakukan gerak kerja begini semasa beliau masih seorang ADUN saya pasti beliau akan disukai rakyat dan pengundinya. Namun demikianlah, dia belajar dari pengalaman. Setelah beliau tidak dicalonkan semula baru disedari bahawa perlunya hubungan dan khidmat baik diberikan kepada rakyat dan pengundi-pengundi di kawasannya.

Perhatikan di minit ke 02:46 "...pas sekolah darjah 6...." Beliau menyindir pemimpin  UMNO yang kononnya hanya berkelulusan darjah 6, tapi adakah pemimpin UMNO atau ADUN yang demikian? Tentu tidak dan sudah tentu tohmahan ini fitnah.

Sepanjang ucapannya beliau tergaga-gagap dan mengalahkan 'Khalid Gagap', menurut orang yang lebih arif dari Ariff ini, keadaan demikian adalah manifetasi daripada keraguan kenyataannya serta bunga-bunga dari pembohongan yang cuba disampaikan...wallahualam!

Di minit 04:26 - katanya; "...entah-entah lembu itu dari Shaharizat pun ada juga..."  beliau sudah mula menyebarkan fitnahnya. Di 05:58 - beliau mula mencerca DS Najib dengan menyebut bahawa jangan mengagung-agungkan DS Najib sebagai seorang yang maksum. Suck juga menjelaskan bahawa beliau tukar wajah bukannya tukar akidah.

Di minit 07:06 - ."..kosong banyak manapun saya tak tau...". Katanya beliau seorang ahli ekonomipun tidak tahu berapa banyak kosong untuk menulis 3 trilion. Rupanya ada juga ahli ekonomi yang sedemikian bodoh. mungkin tidak berkat kerana menunutu atas biasiswa dari duit haram kerajaan BN dulu. Namun diperingkat ini beliau sudah menunjukkan kebolehannya sebagaimana penceramah Pas.....memaki hamun pemimpin dengan menyebut ".....kepala bapak awak,....bukan duit bapak awak.."

Di 14:27 - kata Suck, yang sebetulnya Melayu adalah Pas. Selalunya kita dengan Pas akan phobia bila dilabelkan sebagai parti Melayu kerana mereka hanya perjuangkan Islam saja....sudah tukar ka? Di minit 14:54 - beliau pertikai minyak dibawa ke Kertih dan bukannya di Tok Bali walaupun kemudahan sudah disediakan oleh Kerajaan Pas Kelantan. Suck ni dah sampai ke di Tok Bali tu? Tau ke macamana jeti bot Tok Bali yang membawa pelancong ke Pulau Perhentian dan Redang tu? Yang pastinya ialah di Kertih sudah disediakan kilang penapis dan pemprosesan minyak sedangkan di Tok Bali hanya ada bengkel memproses ikan kering, keropok dan budu saja, itu pun untuk pasaran tempatan.

Di minit 25:56 - beliau juga akui bahawa Pas adalah parti yang praktikan maki-hamun dalam ceramah-ceramah mereka dan beliau merujuk sebagai ' maki wal-hamun'. Betullah tu, dulu kini dan selamanya begitu. Suck pun dah begitu juga nampaknya.

Minit 26:49 - Suck persoalkan tentang pemberian BR1M, katanya; "....beri 500 ringgit tuan-tuan, berapa 500 ringgit yang kita beri nak bersama dengan cincin 72 juta...." Wah! Kantoi sudah! Yang sebelum ni blogger pembangkang sebar fitnah dan buat kecoh tu pasal cincin 24 juta, yang dia sebut cincin 72 juta.

Saya salinkan komen pembaca dari blog WZWH;

Anonymous said...


WZWH,
Dato Sak dah ulas citer meleper aok. dah baca ke belum. Dato Sak dah jawab isu meleper. Alangkah elok jika sak menulis dalam bahasa melayu agar ramai orang jantet boleh baca bersama-sama


March 16, 2012 10:43 PM


Anonymous said... 


Salam WZWH,


Dato Ariff memang pandai orangnya. Itu sebablah baru sepenggal jadi ADUN sudah dapat kawasan balak, kuari dan projek jalan. Tapi sayang cita2 nya nak berbini muda semasa bergelar YB tak dapat. Itu yg dia marah sangat kat Dato Najib tu. Hehehehe


March 16, 2012 11:05 PM 


Kita banyak juga mendengar kisah-kisah mengenai Suck ni, tapi belum lagi berniat untuk mendedahkannya kepada umum. Kita lihat dulu setinggi mana dia melompat kerana kita percaya pada peribahasa Melayu lama; 'Pandai Pandai Tupai Melompat, Akhirnya Jatuh Ke Tanah Juga'.

Mungkin nanti sahabat dan musuh Suck akan memberikan komen mereka dan mendedahkan siapakah blogger Suck ini dan apakah sebenarnya yang diperjuangkannya. Apakah Suck hanya ibarat seekor musang, yang gagal dapatkan anggur lalu dikatakannya anggur itu masam, sekadar hanya untuk menghiburkan hatinya sendiri.

5 comments:

Jeepers Creepers said...

orang yang kecewa macam suckmongkol ni memang kesian..bila berada di atas dia lupa diri..bila jatuh tersungkur nak salahkan orang lain pula.

elok suckmongkol ni berkawan dengan kadir mamak yang suka pakai bowtie rambut kaler perang..sama juga perangai..

jadi menteri dulu semuanya puji umno..bila dah tak pegang jawatan sekarang asyik berkepit dengan anwar sampai sanggup cakap umno macam macam.

padahal dulu dalam umno kadir mamak ni dah rembat duit projek berapa banyak.

Anonymous said...

Baguslah
Kao ni mendengar ceramah Dato Sak dengan teliti. Ceramah Najib tak ambil pot.

Dah menanglah tu

UMNO PARTI PENJARA said...

Demi Allah, Aku Akan Bunuh Sesiapa Yang Jadi Perdana Menteri Malaysia Ke-7 Kecuali Generasi Muda Terengganu Sahaja
1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=32381
2 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28065.html
3 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22146
4 ~ http://www.selatanonline.net/v1/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=3155



Generasi Muda Wajib Menghancurkan BN dan UMNO Setimpal Dengan Kekejaman Terhadap Generasi Muda Yang Jelas Lagi Nyata
1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=31913&postdays=0&postorder=asc&start=0
2 ~ http://forum.mykmu.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=65445
3 ~ http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=639811
4 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22139#486542
5 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28011.html
6 ~ http://www.selatanonline.net/v1/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=3151
7 ~ http://www.ehoza.com/v4/forum/forumdisplay.php?270-Isu-Semasa-2011&s=63a289413c17d2b7384748ad617318aa

Anonymous said...

Adik Sayang,
elok tuan jadi Tok Mudim dulu, praktis potong konek sebelum nak potong kepala orang, mana2 konek yg terlibat meliwat serta bengkok bolehlah dipotong.....hehehe

Anonymous said...

just dropping by to say hello

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...