31 March, 2012

JANGAN BAKAR KELAMBU KERANA MARAHKAN P'IJAT'

Kini Kak P'Ijat' sinsing lengan, nanti Kak P'ijat singkap kain pula...


Baru-baru ini diadakan satu pertemuan santai diantara mantan Ketua Wanita UMNO Malaysia, TS Rafidah Aziz dengan sebahagian pengamal media sosial disuatu tempat di ibu kota. Saya tidak menghadirinya atas sebab-sebab tertentu. 

TS Rafidah adalah pemimpin yang saya hormati dan 'sokong' sewaktu beliau dalam jawatan Ketua Wanita. Ketika beliau ditentang oleh DS Sahrizat Jalil (Kak Ijat) pun saya masih menyokong beliau. Namun setelah beliau gagal pertahankan jawatannya saya terpaksa memberikan sokongan kepada kepimpinan baru. Ini memang wajar kerana inilah namanya demokrasi - menyokong sesiapa saja yang dipilih oleh majoriti - bukan berpaling tadah atau berubah arah!

Entah benar atau tidak, konon khabarnya dalam pertemuan berkenaan Kak Idah memulangkan 'paku buah kerasnya' kepada Kak Ijat. Biarkanlah, mungkin kerana hendak melepaskan geramnya kepada Kak Ijat kerana tidak memeggang janji dan sumpah setia, ingkar dan khianat disaat akhir. Itu adalah hal dan kisah antara mereka berdua.

Hakikatnya, Kak Ijat adalah Ketua Wanita UMNO yang telah dipilih oleh majoriti perwakilan. Soal bagaimana mereka memilih atau kerana alasan apa sekalipun jangan kita timbulkan. Beliau telah menang dan tetap menang walaupun andainya dengan kelebihan satu undi sekalipun serta bagaimana caranya sekalipun, menang tetap pemenang.

Apa yang berlaku kepada Kak Ijat dalam isu NFC adalah persoalan lain. Itu adalah masalah beliau dan keluarganya. Jika kita ingin kaitkan pun, hanyalah beliau atas kapasitinya sebagai Menteri Pembangunan Wanita yang dilantik oleh Perdana Menteri. Justeru, saya menyokong perletakkan jawatannya sebagai menteri bagi memberikan lebih kebebasan kepada mahkamah untuk menyiasat dan menghukum dengan wajar, adil dan saksama.

Pihak pembangkang memang mendesak supaya Kak Ijat juga meletakkan jawatannya dari Ketua Wanita UMNO. Tujuan mereka adalah untuk melemahkan UMNO dan memudahkan pembangkang memenangi PRU akan datang. Niat pembangkang tidak pernah ikhlas. Mereka sentiasa menggunakan alasan yang betul untuk melakukan perkara yang salah. 

Kenapa tidak pembangkang desak Ostad Badrul letak jawatan apabila kes khalwat dengan isteri orang-nya tersebar? Kenapa Mat Sabu 'Sayang Normah' dan ADUN 'keretapi' Selinsing tidak letak jawatan apabila tertangkap kes khalwat mereka? Kenapa Anu arr 'Si-Peliwat' bersiri itu tidak didesak meletakkan jawatan apabila kesnya dibicarakan di mahkamah dan keruntuhan moralnya jelas terdedah melalui isu klip video ketika bersama chinadoll?

Kenapa hukuman dan desakan meletakkan jawatan hanya ditujukan kepada para pemimpin UMNO dan Kerajaan sahaja? Apakah hukuman hanya kepada pemimpin UMNO dan Kerajaan saja sedangkan jika pembangkang yang melakukan perkara sama mereka tidak perlu dikenakan hukuman? Inikah keadilan yang pembangkang perjuangkan?

Kita jangan terperangkap dengan agenda pembangkang untuk melemahkan kerajaan. Kita jangan membakar kelambu kerana marahkan P'Ijat'. Kalaupun Kak P'Ijat' menyinsing lengan baju dan menyelak kain, jangan pula, bila memandang ke langit, dilupakan rumput di bumi. Ramai yang boleh membantu, kenapa hanya sebahagian sahaja yang diberikan madu? Mungkin sekarang Kak P'Ijat' lebih mesra dari sewaktu bertemu di Sarawak dulu.....

4 comments:

PAPA GOMO said...

setuju bro.... cukup cukuplah pidah oiiiii dia punya cerita pun payah nak jawap....nasib baik masa zaman dia media baru tak macam sekarang...

Anonymous said...

1. Pembangkang, memang kerjanya membangkang. Mereka akan 'exploit' satu-satu isu walaupun sekecil mana. Mereka peduli apa tentang skandal mereka, apa yang penting bagi mereka adalah skandal UMNO/BN.

2. Dalam kes NCF ini, isunya memang besar. Jangan ambil ringan atau menganggap perkara ini enteng. Ia melibatkan keluarga bekas menteri yang juga Ketua Wanita UMNO. Kalau di Jepun, maupun di Indonesia dah lama mereka letak semua jawatan.

3. Kekuatan UMNO bukan ditentukan oleh 'KEHEBATAN' Ijat seorang jer. Kecik hati Tok Jib dan TSM!!!.

4. Apa masalahnya kalau Ijat letak jawatan. Sebagai Ketua yang tawadduk, hebat dan bertanggung jawab beliau harus memikirkannya demi UMNO & BN. Persepsi pengundi mesti diambil kira. Pemimpin datang dan pergi.

5. Semoga tidak menjadi 'Akibat nila setitik, rosak susu sebelanga'

bRAVEhEART said...

Salam,

1. terima kasih kerana blogger tersohor bro papagomo ada juga baca blog kecil ni, bro parpukari buat fitnahpun mungkin kerana nak 'meletupkan' blog ini - terima kasih juga.

2. pendapat dan pandangan anon tu semuanya benar, pendapat orang lain pun tentu juga benar namun mereka berhak memutuskannya atas kepentingan tertentu dan pertimbangan tertentu, kita serahkan kepada kebijaksanaan DS Najib sebagai nakhoda...

Anonymous said...

Yo Brother, U got the heart and u got the taste, berbulu gua kena tipu dengan house PK, penat gua browse mana gambar cun awek lu si zarina ann joulie. Buat gua berdebar jee. Cayalah bro kalu ngan si zarina ni. Memang padan same-same berani. About kak jat tu, kita tak leh buat apa, coz semua ini adalah disebabkan kelemahan warga Malaysia dalam menguruskan persepsi.. Mudah sangat termakan dengan hasutan dan pembohongan. Gua kira cam taraf intelegensi kita masih pada tahap rendah. Yang paling lucu, otak biul ni banyak dari kalangan lepasan U, nak buek camano. dah terbiasa makan suap, takde inovasi langsung untuk mengcerna minda ke tahap lebih tinggi. Balik-balik buat bodo je, alasan Melayu mudah Lupa..Cina tak sabo nak kuasa, India pula suka berupa-rupa, yang naya kita rakyat biasa...

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...