Suara Anak Pahang - Perlu Baca

19 March, 2012

PEMIMPIN BIJAK BUKAN MESTI MAMPU BERKHIDMAT BAIK

Gambar hiasan:
Pemimpin memilih perjuangan, belum tentu lurus mungkin songsang


Semalam sebahagian dari posting saya, saya menulis begini:
Perhatikan di minit ke 02:46 "...pas sekolah darjah 6...." Beliau menyindir pemimpin  UMNO yang kononnya hanya berkelulusan darjah 6, tapi adakah pemimpin UMNO atau ADUN yang demikian? Tentu tidak dan sudah tentu tohmahan ini fitnah. 

Blogger Suck seorang yang bijak dan bekas ADUN sepenggal bagi kerusi Pulau Manis. Saya percaya kata-katanya itu 'berlapik'. Mungkin ada sasaran tertentu dari ayat beliau itu yang hendak disampaikan dengan halus. Hanya beliau saja yang tahu kemana sasaran sebenarnya ditujukan, atau mungkin juga WZWH tahu kerana kononnya 'post' bloggerSuck itu adalah 'respon' dari tulisan beliau.

Saya berpendapat bahawa rakyat tidak akan mempertikaikan kelulusan seseorang pemimpin atau wakil rakyat dalam memberikan perkhidmatan mereka. Yang lebih utama kepada rakyat adalah kualiti perkhidmatan seseorang wakil rakyat itu sendiri. Saya percaya pada kenyataan bahawa; 'Yang baik/bagus tidak semestinya popular dan yang popular tidak semestinya baik/bagus!'

Mungkin pada peringkat pemilihan seseorang calon, antara kreterianya adalah kelulusan seseorang pemimpin itu diberikan perhatian. Namun apabila seseorang calon itu sudah sah sebagai wakil rakyat, maka kelulusan bukanlah satu keutamaan lagi. Rakyat lebih pentingkan perkhidmatan yang diberikan oleh peimpin yang mereka pilih itu.

Mungkin cukup sekadar kesediaan pemimpin mendengar keluhan hati rakyat, mendengar permohonan dan kehendak rakyat, merancang dan menyalurkan kehendak rakyat kepada pucuk pimpinan untuk diterjemahkan menjadi realiti.

Bukan sedikit mereka yang berpendidikan dan berkelulusan tinggi namun gagal menjadi pemimpin yang baik kerana kegagalan mereka mendengar keluhan jiwa rakyat. Mungkin kerana sikap ego pemimpin yang menganggap bahawa merekalah yang serba tahu dan serba betul dalam semua hal.

Dalam hal berkenaan, bukan sedikit pemimpin yang tidak diberikan peluang untuk terus memberikah khidmat mereka kepada rakyat akibat dari kegagalan mereka mendengar hasrat rakyat serta kegagalan mereka memberikan sumbangan perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat. Mungkin kenyataan ini blogger Suck lebih tahu kepada siapa saya tujukannya.

Menukar wadah perjuangan bukanlah menentukan kejayaan seseorang pemimpin itu dalam memberikan khidmat bakti mereka kepada rakyat jika jiwa mereka dan fikiran mereka masih tetap sama seperti dulu serta menganggap bahawa merekalah yang selalunya benar. Bukan apa yang kita gunakan (sebagai alat)  akan menentukan keupayaan kita, tetapi ialah bagaimana caranya kita menggunakan sesuatu itu yang akan dapat memberikan kesan yang maksimum.

#
Berbanding DS Najib, Anu arr memang tidak layak jadi pemimpin nombor 1. Anu arr memang tidak layak jadi Perdana Menteri Malaysia. ABAI = Asal Bukan Anwar Ibrahim!



3 comments:

Anonymous said...

pemimpin yang matang ialah yang tinggi ilmu dunia dan akhiratya.Pemimpin yang begini lah yang susah didapati namun pemimpin yang menjiwai rakyat ialah yang telah bersemi kesusahan bertangga tangga sehingga dia diangkat menjadi pemimpin.pemimpin begini pun susah hendak dapat.

pilihan kita ialah menerima yang hampir.Tidak ada yang sempurna..

Anonymous said...

pemimpin yang matang ialah yang tinggi ilmu dunia dan akhiratya.Pemimpin yang begini lah yang susah didapati namun pemimpin yang menjiwai rakyat ialah yang telah bersemi kesusahan bertangga tangga sehingga dia diangkat menjadi pemimpin.pemimpin begini pun susah hendak dapat.

pilihan kita ialah menerima yang hampir.Tidak ada yang sempurna..

bRAVEhEART said...

pemimpin yg hampir sempurna itu adalah yg ada sekarang didalam BN, yg telah berjaya memimpin negara mengharungi dudagaan dan cabaran dari luar dan dalam, teruskan dn kekalkan sokongan kita kepada BN....takbir...Allahuakbar!!!

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...