Rakyat saja berjuang untuk pemimpin
1. Ini hari himpunan bersih berdemo. Entah apa lagi yang mereka kehendaki? Rakyat sudah tidak mengerti. Apa lagi tuntutan mereka yang mereka tidak berpuas hati? Segalanya adalah mengenai Anu arr. Jika Anu arr jadi PM segala mereka yang berdemo akan berhenti kerana itulah kehendak mereka. Kehendak dari cita-cita peribadi.
2. Apakah yang berdemo tidak tahu itu? Apakah pemimpin-pemimpin parti politik yang menyokong demo itu tidak tahu itu? Mereka semuanya tahu bahawa ini adalah mengenai kehendak peribadi seorang pemimpin yang rakus untuk berkuasa. Namun mereka terpaksa juga menyokong dan bersetuju. Segalanya kerana duit. Khabarnya dalam demo Bersih2 dulu, peserta dibayar RM500.00 seorang dan berdasarkan kepadaketinggian pangkat dan martabat mereka serta tugas dan tanggungjawab yang dijalankan. Jika terpaksa 'berlakun' mati mengikut skrip, maka bayarannya tentu lebih tinggi.
3.Apa yang Anu arr harapkan? Huru-hara dan pemberontakan akan berlaku. Jika boleh sebagaimana di Mesir atau Syria sehingga kerajaan lumpuh. Politik tidak stabil dan pelabur asing 'angkat kaki'. Ekonomi turut lumpuh. Rakyat dalam penderitaan dan kesusahan. Kekurangan makanan. Serta memberontak menentang kerajaan.
4. Bantuan ketenteraan asing atas nama hak asasi manusia akan datang 'kununnya' membantu tetapi sebenarnya merampas hak-hak kebebasan dan demokrasi kita. Kemudaian mengangkat Anu arr yang 'kununnya' pemimpin pejuang pilihan rakyat untuk memerintah namun mengikut arahan mereka dan jadi boneka. Kita tidak lagi merdeka dengar erti kata sebenarnya.
5. Kenapa Anu arr rela dijadikan boneka dan kenapa kuasa asing rela membantu Anu arr? Sebabnya adalah untuk mengimbangi kuasa politik dirantau ini oleh US dalam mengekang kuasa China. Kerana Anu arr sudahpun berjanji akan menjadi boneka mereka dan sudah terlebih dahulu menerima dana dari mereka dan mesti menepati janjinya.
6. Kenapa pendemo berkeras untuk berdemo di Dataran Merdeka? 1. Supaya dapat menumpang 'crowd' mereka yang hanya ingin melihat apa yang terjadi, 2. Kerana ingin bangkitkan semangat pendemo bahawa mereka berjuang sama seperti rakyat di Dataran Tahrir, 3. Supaya negara asing melihat janji Anu arr dipatuhi dengan berupaya menghimpun 50K pendemo untuk bantuan dana seterusnya........
7. Segala-galanya mengenai 'duit' dan kuasa. Apakah rakyat terpaksa membiarkan mata dikaburi dengan seruan retorik sedangkan pemimpin yang menyuarakan itu penuh dengan pelbagai kemungkaran? Setiap orang ada harga bagi diri mereka. Pendemo mungkin bersedia dengan hanya berharga RM500. Perancang dan ketua kumpulan demo serta mereka seperti Adam Adli mungkin RM2K atau RM3K. Pemimpin-pemimpin parti seperti Nik Aziz, Mat Sabu, LGE dan lain-lain pasti juga ada harga mereka masing-masing.
8. Jika Anu arr sanggup membeli sokongan Ahli-ahli Parlimen untuk menyokong mimpin 16 Septembernya dulu, kena kita tidak boleh percaya bahawa ianya juga berlaku kepada pemimpin-pemimpin parti politik yang nampak sangat ghairah menyokong walaupun sebelum ini menentang kuat. Pastilah kerana 'duit' serta mungkin sedikit tekanan dan ugutan.
9. Blogger pembangkang juga menyokong Anu arr kerana 'duit' dan ada juga kerana 'duit' dan 'bu***'. Mereka juga da harganya masing-masing. Tukar Tiub, Topeng Perak, Milo Suam tentu ada sesuatu diantaranya. Kickdefella sudah mengesahkan bahawa beliau sendiri juga dibayar suatu waktu dulu. RPK juga demikian. Segalanya dan semuanya kerana 'duit'.
10. Sahabat bertanya saya, jika saya juga dibayar....? Saya menjawab...secara rasionalnya saya juga mungkin berpindah arah sokongan jika 'kena' dengan caranya dan 'kira-kiranya'. Ini jawapan ikhlas yang setiap orang harus mengakuinya kerana sekarang ini pun itulah yang berlaku cuma ianya dari dalaman bukan luaran. Blogger yang tidak menyokong 'orang itu' dulu sudah menyokong sekarang ini. Semuanya berubah kerana ada 'kira-kira'. Setia orang ada harga, jika bukan 1K, mungkin 2K, mungkin 3K dan seterusnya.
11. Jika kita tertidur dan ditinggalkan, mungkin kita akan tersisir dari 'saf' atau sengaja dikeluarkan dari 'saf' lalu tidak mungkin akan berjuang seorang diri. Yang ada hanyalah kumpulan itu dan ini untuk kita menggabungkan diri. Tidak ada pilihan yang salah selagi perjuangan itu belum selesai.
Untuk Tontonan Percuma
2 comments:
Duit3....jadilah org yg berprinsip dan takut kepada balasan Allah!
Wahai pendemo2 BerShit 3.0, apakah perjuangan anda sebenarnya?
Bukankah kebebasan anda berdemo hari ini JELAS menunjukkan anda tidak dizalimi dan kerajaan tidak bertindak kejam terhadap anda? terfikirkah anda bahawa ketua BerShit 3.0 itu iaitu AMBIGA adalah individu yang mahu menghapuskan Melayu & Islam di Malaysia? Sedarkah anda semua?
Ya Allah, selamatkanlah Malaysia drpd kezaliman puak2 pndemo BerShit 3.0 yg sebahagian besarnya adalah Melayu yg sudah hilang kewarasan.
Mana suara majoriti rakyat Malaysia? Ayuh Bangkit 27 juta rakyat Malaysia MENENTANG BerShit 3.o dan pembangkang yg dh tak keruan nk ke Putrajaya!
Duit3....jadilah manusia yg berprinsip dan takutlah akan balasan Allah!
Wahai pendemo2 BerShit 3.0, apakah perjuangan anda sebenarnya?
Bukankah kebebasan anda berdemo hari ini JELAS menunjukkan anda tidak dizalimi dan kerajaan tidak bertindak kejam terhadap anda? terfikirkah anda bahawa ketua BerShit 3.0 itu iaitu AMBIGA adalah individu yang mahu menghapuskan Melayu & Islam di Malaysia? Sedarkah anda semua?
Ya Allah, selamatkanlah Malaysia drpd kezaliman puak2 pndemo BerShit 3.0 yg sebahagian besarnya adalah Melayu yg sudah hilang kewarasan.
Mana suara majoriti rakyat Malaysia? Ayuh Bangkit 27 juta rakyat Malaysia MENENTANG BerShit 3.o dan pembangkang yg dh tak keruan nk ke Putrajaya!
Post a Comment