14 April, 2012

MEMBERSIH CELA DALAM PARTI?

Wanita harus bersatu supaya lebih mantap dan kuat sebagaiman masa lalu. 
Benarkah sudah ada kesedaran  kepada kepimpinan? 


Kak Ijat telah tidak disambungkan perkhidmatannya sebagai Senator seterusnya sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Beliau bukan meletakkan jawatannya sebagaiman yang dilaporkan kebanyakan blog. Apa pun ianya berlaku atas desakan pihak pembangkang berikutan keterlibatannya dalam isu NFC. Maka berjayalah sebahagian dari perancangan pihak pembangkang untuk lemahkan UMNO dengan membina persepsi buruk terhadap Ketua Wanita UMNO itu.

Kekosongan bagi jawatan menteri berkenaan telah dipangku oleh PM atas kesedaran untuk mengurangkan serta mengawal perpecahan dan permasalahan yang akan beerlaku didalam UMNO itu sendiri. Ianya dipandang sebagai satu tindakan yang bijak dan sangat wajar. Namun pihak pembangkang mencemuhnya bagaimanapun kita semua sedar kerana walau apa pun yang dilakukan mereka tidak akan pernah menganggap tindakan yang kerajaan lakukan betul kerana pada mereka, merekalah yang betul dalam apa saja yang dilakukan sedangkan orang lain tidak. Itulah persepsi yang cuba diujudkan untuk dijadikan pandangan masyarakat.

Bagaimanapun, rakyat kini sudah semakin bijak dalam menilai mainan politik pembangkang selama ini. Rakyat tidak dapat diperbodohkan lagi selamanya. Pandangan buruk terhadap kerajaan dan pemimpinnya sudah tidak digemari rakyat. Kerana rakyat juga sedar bahawa perbuatan pembangkang memburuk-burukkan pemimpin dan kerajaan hanyalah usaha mereka untuk menutupi keburukan dan kelemahan mereka sendiri selama ini.

Bukan mudah bagi PM dalam usaha membersihkan imej kerajaan dan kepimpinannya. Justeru, usaha beliau memangku jawatan yang dikosongkan itu diharapkan dalam masa sama dapat juga membersihkan mana-mana yang selama ini menjadi keraguan rakyat. Khabarnya ada orang yang sudah resah kerana ada perkara yang dilakukannya sebagai kroni yang menimbulkan keraguan rakyat serta penyelewengan dan panyalahgunaan kuasa. Harap DS Najib tidak terlepas pandang perkara demikian. Itu mengenai pembekalan barang keperluan dibawah kementerian berkenaan.

Pemimpin mesti bersih dan juga mesti dilihat bersih. Kerana itulah mereka yang didapati dan kelihatan kurang bersih harus disingkirkan dan tidak dibiarkan bahkan tidak dicalonkan sebagai wakil rakyat terutamanya bagi kerusi Parlimen, kerana ianya dibimbangkan akan jadi isu nasional kemudian hari nanti. Bukan niat kita untuk melemahkan kroni Wanita di negeri, namun membiarkannya terus bermaharajalela juga akan membebankan parti. Harap kementerian akan dapat membersihkan segalanya demi kebaikan parti menjelang PRU akan datang.

No comments:

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...