01 April, 2012

APA HARAPAN KEPADA WAKIL RAKYAT PEMBANGKANG?


Berfacebook semasa sidang dewan, inikah kerja wakil rakyat pembangkang?


Ada wakil rakyat yang hanya membisu didalam dewan dan hanya mengambil gambar


1. Dalam ceramah-ceramah serta setiap apa peluang yang mereka ada bila berhadapan dengan rakyat,  pihak pembangkang memohon undi rakyat dalam PRU akan datang supaya memilih mereka. Konon wakil rakyat dan kerajaan yang ada tidak relaven dan mereka menawarkan kerajaan yang lebih baik untuk memakmurkan rakyat.

2. Namun dalam PRU12 lalu, wakil rakyat dari Pakatan Pembangkang yang terpilih bukan juga dari kalangan yang terbaik dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat. Mereka bagaikan calon tangkap muat semata-mata. Justeru itu apabila terpilih maka mereka gagal melaksanakan tugas bahkan kelihatan tidak mengetahui apakah tanggungjawab sebenar mereka sebagai wakil rakyat.

3. Justeru, kita sering melihat drama-drama kelakar dan lawak bodoh para wakil rakyat berkenaan sama ada apabila berhadapan dengan rakyat mahupun apabila mereka berada didalam dewan parlimen yang mulia.

4. Ingat ada wakil rakyat yang datang ke Parlimen dan sibuk dengan kamera seolah-olah beliau melawat zoo. Ingat juga wakil-wakil rakyat yang bertindak dengan tidak berakhlak didalam dewan serta mengenepikan peraturan-peraturan dewan. Ada juga kalangan wakil rakyat yang datang ke dewan setakat untuk berfacebook didalam dewan tanpa mengikuti sebarang perbahasan dengan serius. (Klik Sini)

5. Apakah demikian ini wakil rakyat yang hendak kita pertaruhkan masa depan anak cucu kita? Memilih orang bodoh menjadi pemimpin kita akan membuat kita semua menjadi lebih bodoh lagi. Justeru jangan lagi jadi bodoh untuk memilih para pemimpin yang bodoh. Jangan biarkan kerajaan Pak Lawak memerintah negara dan jangan memilih si-badut menjadi pemimpin kita.

6. Justeru, 'Suck-Mongkol' dan 'Aspan Alias' tu dinasihatkan janganlah membakar jembatan dan jangan meludah ke langit, nanti muka sendiri yang terconteng arang. TS(?) Kadir pun sama, tak usah nak telanjangkan sesiapa bimbang nanti orang akan telanjangkan kita semula. Semasa didalam UMNO dulu tak pernah membeli dan dibeli undi ke? Kenapa ketika itu berdiam dan kini baru bersuara?

7. Perhatikan klip di sidang dewan undangan negeri Perak dibawah ini dan buatlah penilaian apakah layak kita memilih mereka ini sebagai pemimpin dan wakil kita? PRU13 nanti, sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.




No comments:

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...