05 April, 2012

SATU LAGI BINATANG POLITIK ANUGERAH TUHAN

Jikalau di kampong-kampong, jalan selalu terhalang oleh lembu. Tak sangka ada yang berakal tetapi menyamai taraf mereka seperti lembu...


1. Pemimpin politik pakatan pembangkang memang cerdik dan pintar. Justeru mereka selalu menggunakan kecerdikannya untuk memperbodohkan para pengikutnya yang dungu. Mereka sentiasa mengunakan alasan yang benar untuk melakukan perkara-perkara yang salah.

Terbaru, lihatlah betapa Nizar (Binatang politik Pas asuhan Anu arr) menipu rakyat dan penyokongnya sendiri dalam isu 'Vale' di Perak dimana beliau sendiri yang meluluskannya sewaktu jadi menteri besar namun beliau pula membantahnya. (Baca di bawah nanti)

2. Pengikut yang rapat dengan pemimpin politik pakatan pembangkang juga memang bijak. (Pemimpin sokongan serta blogger...Milo (Sotong) Suam. Topeng Berak, Tukar Tiub, CekguBard....) Mereka sedar bahawa banyak perkara yang berlaku hanyalah penipuan demia penipuan belaka, namun mereka masih tetap menyokongnya bersungguh-sungguh kerana mengharapkan 'laba' yang akan mereka dapati dari memberikan sokongan itu nanti. Justeru mereka selalu menggunakan kecerdikannya untuk memperbodohkan para pengikutnya yang dungu. Mereka sentiasa mengunakan alasan yang benar untuk melakukan perkara-perkara yang salah.

3. Para pengikut dan penyokong pembangkang pembangkang juga merasakan bahawa mereka bijak dan telah membuat pilihan yang bijak. Mereka sentiasa bodoh dan diperbodohkan. Masihkah kita ingat lagi siapakah yang melembukan diri mereka beramai-ramai bahkan sanggup berbaring ditengah jalanraya untuk menghalang laluan Sultan Perak tidak lama dahulu? Justeru mereka selalu menggunakan kebodohannya untuk memperbodohkan diri sendiri yang dungu. Mereka sentiasa mengunakan alasan yang salah untuk melakukan perkara-perkara yang salah.

4. Baca tulisan dibawah ini yang dipetik dari sebuah laman blog mengenai pengakuan Nizar yang membohongi rakyat dan penyokongnya selama ini. Pada mulanya beliau tidak mengaku namun setelah didesak maka beliau tanpa rasa malu mengakui perbuatan buruknya itu. Satu lagi binatang politik anugerah Tuhan untuk menipu rakyat.


Pendedahan MB Perak




Nizar Lambai semakin gila meroyan - Sendiri sokong, sendiri bantah..Apa cerita nih..!!!


Kantoi besar - Nizar akui kebenaran surat sokong projek Vale


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Panjang, Mohammad Nizar Jamaluddin mengakui telah menandatangani surat bertarikh 17 Dis 2008 berhubung sokongan terhadap projek pusat pengagihan bijih besi Vale International dan kesahihan kandungan surat berkenaan.


Perkara itu diakuinya selepas Tan Sri Tajol Rosli Ghazali (BN-Pengkalan Hulu) yang menggunakan Perintah Tetap 23 (c) meminta Adun Pasir Panjang itu menyatakan sama ada kandungan surat yang dibacakan oleh Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebelum itu benar atau sebaliknya.


"Saya mengakui surat itu sahih, benar dan saya yang menandatangani surat berkenaan. Surat itu adalah benar," kata Nizar pada hari kedua persidangan Dun Perak hari ini.


Terdahulu, ketika menjawab soalan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Sitiawan) Zambry berkata, isu berhubung kelulusan terhadap pelaburan projek pengagihan bijih besi oleh Vale International di Perak sepatutnya dijawab oleh Nizar kerana beliau menjadi menteri besar ketika itu.


Ngeh mahu penjelasan mengapa kerajaan Barisan Nasional (BN) meluluskan projek bijih besi itu di Teluk Rubiah, Lumut sedangkan kerajaan negeri di bawah pimpinan pakatan pembangkang telah mencadangkan di Tanjung Hantu, Bagan Datoh.


Zambry berkata, soalan yang dikemukakan oleh Ngeh menimbulkan kehairanan kepadanya kerana isu pelaburan Vale di Perak yang dimainkan bagi kepentingan politik pembangkang sepatutnya ditujukan kepada Nizar yang bertanggungjawab sebagai menteri besar semasa pentadbiran pembangkang.


"Isu ini dimainkan oleh pakatan. Nizar bersungguh-sungguh mendakwa tidak pernah langsung bersetuju dengan projek ini, beliau mendakwa projek itu dicadangkan di tempat lain... lantas pelaburan Vale di Teluk Rubiah telah menjadi isu," katanya.


Beliau menjelaskan Vale sebelum itu telah membuat kajian bagi pelaburan itu di Thailand, Vietnam, Filipina serta Malaysia dan akhirnya pada 2007 syarikat berkenaan memuktamadkan projek itu akan dijalankan di Perak, Malaysia kerana mempunyai persekitaran yang lebih kondusif.


"Mereka menjalankan kajian teknikal khususnya mengenai kedalaman dasar laut terutama bagi laluan kapal-kapal besar. Kawasan di Teluk Rubiah didapati paling sesuai dengan saiz keluasan tapak dan kedalaman dasar laut," katanya.


Selepas melalui proses rundingan dengan beberapa pihak, Vale akhirnya mencapai kata putus mengenai rundingan dengan Harta Makmur Sdn Bhd yang merupakan pemilik kepada tanah di Teluk Rubiah dan menteri besar pada ketika itu telah mengeluarkan surat sokongan kepada projek itu bertarikh 17 Diember 2008, katanya.


"Kandungan surat itu akui bahawa projek Vale itu akan mendapat lessen pelaburan dan insentif. Surat itu turut memaklumkan Perak berasa sukacita apabila dimaklumkan mengenai perkembangan positif antara Vale dan Harta Makmur berhubung tapak tanah. Selain itu, Perak akan memproses pindah milik itu dan tukar syarat tanah daripada pelancongan kepada industri," katanya.


Dengan penjelasan berhubung isu projek pelaburan Vale yang dicetuskan Pakatan Rakyat itu, Zambry berkata, dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negeri, kelakuan pembangkang membuat tomahan, fitnah dan tuduhan tidak berasas adalah tidak wajar.


Beliau berharap projek pelaburan bijih besi oleh Vale itu akan menjadi penjana ke arah pertumbuhan yang besar kepada negeri Perak dan tidak dijadikan bahan serta gadaian politik murahan sehingga ada Adun pembangkang yang terlibat dalam demonstrasi di Teluk Rubiah baru-baru ini.


Pada Sabtu lepas, Nizar, Ngeh dan Adun Tronoh V. Sivakumar menyertai 100 anggota Jaringan Aktivis Alam Sekitar Perak (JAASP) mengadakan bantahan operasi syarikat bijih besi Vale SA di Teluk Rubiah yang didakwa akan memusnahkan alam sekitar di kawasan itu. Sila klik di sini.


Suara Politik
Taminsari











2 comments:

Anonymous said...

si Nizor lambei tu nyokong perayaan thaipusam yg berarak sambel melambei2 dan melaung2kan 'veil veil'...'veil veil'...'veil veil'...itu yg sebeno benonyer yg dimaksudkan oleh si Nizor lambei tu...bukannyer Projek Vale itu...sungguh tak berakei si Nizor lambei...kehkehkeh

manjung said...

sanggup anak h**** tu bohong rakyat Perak. Inilah perangai sebenar penganut2 pasNGOK...

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...