06 April, 2012

PERSEPSI PEMBANGKANG MENJELANG PRU13

Habis pasir Selangor kerana MB Gagapnya atas nasihat penasihat RM1, 
BN juga yang dituduh


Padang jarak padang terkukur....Negeri Pasir Berdengung


Tasik yang bakal menguburkan pemimpin PR selepas PRU13 nanti



1. Sehinga kini saya percaya pakatan pembangkang masih menguasai media sosial. Tidak hairanlah mereka selama ini memberikan peruntukan yang besar untuk membangun dan menguasainya. Terkini kita dikejutkan oleh peruntukan yang dikeluarkan oleh kerajaan Selangor untuk portal blog mereka 'SelangorKu' yang khabarnya sebanyak RM300 ribu. Pembetulan; RM300Juta - (sebagaimana maklumat dari pemberi komen)

2. Sebelum itu kita sudah mendengar mengenai blogger Kickdefella yang ditaja dengan peruntukan sebanyak RM4juta oleh Husam Musa. Blogger Milo Suam (sebut Kontol Suam) dan Topeng Perak (sebut Topeng Berak) khabarnya menerima peruntukan yang cukup besar dan mewah membolehkan mereka melancong ke luar negara. Seandainya ada diantara sibertropper pembangkang yang tidak menerimanya, maka eloklah mereka berhenti dari melakukan kerja bodoh kerana peruntukan untuk mereka sudah tentu hilang ditengah jalan. Blogger Kah Kah Kah Tukar Tiub sudah tentu menerima habuan lebih banyak lagi sebagai pencacai nombor satu dan penjilat tegar bontot Anu arr.

3. Hakikatnya sibertropper pakatan pembangkang memang menerima peruntukan besar dan mewah bagi menguasai media sosial menjelang PRU13 nanti. Namun seperti biasa, dan juga sama seperti para pemimpinnya, mereka berak ditengah jalan dan menuduh orang lain. Mereka menerima belanja yang banyak sebagai pencacai upahan namun menuduh blogger pro kerajaan yang menerimanya, sedangkan hakikatnya kami tidaklah demikian bahkan ada dikalangan kami yang sengsara berdepan dengan masalah membayar internet setiap bulan.

4. Blogger UMB difitnah pembangkang sebagai menerima peruntukan besar dari parti namun hakikatnya kebanyakan blogger yang saya kenali semuanya sengkek belaka, kecuali TF yang tetap mantap itupun kerana bisnesnya yang tak ada kaitan dengan politik. Ada kebimbangan dihati saya bahawa bagaimana akan  menghadapi PRU nanti dengan keadaan begini? Sahabat saya, Papagomo (papahomo) serta Parpukari (merapukari) terpaksa mencari jalan sendiri sebagai blogger 'tak bertua'n untuk kesinambungan kehidupan mereka namun juga dituduh dan tak terlepas dari fitnah pembangkang yang ingin melemahkan blogger pro kerajaan.

5. Yang penting dan harus kita sedari adalah media sosial ini mengundang banyak persepsi. Pihak yang bersalah menyebarkan pandangan yang kononnya adalah pendapat rakyat bahawa mereka dipihak yang benar semata-mata untuk mengaburi masyarakat. Kebelakangan ini kita mendengar kononnya bahawa ramai dikalangan rakyat memberikan sokongan kepada pakatan pembangkang namun hakikatnya sokongan itu sudah semakin berkurangan kerana rakyat sudah semakin sedar kesilapan mereka memilih dalam PRU lalu.

6. Rakyat sangat kecewa dengan wakil yang mereka pilih dahulu namun tidak mampu memberikan apa-apa kebaikan kepada mereka sama sekali. Yang hadir di Parlimen dan DUN hanya untuk bertengkar dengan perkara remeh dan menegakkan benang basah mereka. Baru-baru ini bekas MB Perak, Nizar terbukti menipu dengan memburukkan kerajaan BN sedangkan keputusan adalah dibuat oleh mereka sendiri sebelum itu dalam isu pelaburan 'Vale'di Teluk Rubiah.

7. Di Kuantan, Ahli Parlimen Fuziah 'Thoron' Salleh ingin menjadi juara rakyat dengan mengajak rakyat berdemo membantah kilang nadir bumi 'Lynas' di Gebeng. Harapannya adalah untuk menutup kelemahannya yang tidak mampu melakukan sebarang pembangunan dan kebaikan kepada faedah rakyat Kuantan selama ini. Apakah Fuziah fikir dengan membawa pendemo pencacai upahan dari luar untuk menunjukkan rakyat Kuantan membantah kilang Lynas itu akan membuatkannya disayangi rakyat? Satu perkara yang Fuziah tidak benar-benar tahu, iaitu rakyat Kuantan akan menolaknya sekiranya beliau beranding sekali lagi kerana beliau dilihat sebagai wakil rakyat 'tidur'.

8. Jika pembangkang mengharap akan dapat menawan lebih banyak kerusi dalam PRU akan datang di Pahang, mereka sebenarnya silap dalam membuat perhitungan. Memang Pahang selama ini kelihatan 'tidur' dan tidak menunjukkan kekuatan, itu kerana ingin membiarkan pembangkang bermimpin disiang hari. Tuan Ibrahim Tuabn Man yang kalah dalam pertandingan peringkat parti, yang sudah ditolak oleh Pas sendiri usah  'bercagar' untuk menduduki kerusi Parlimen Jerantut. Anak-anak Jerantut tidak akan membiarkan kerusi itu terlepas. Jika ahli Pas sendiri sudah membuang Tuan Ibrahim, rakyat dan pengundi Jerantut juga tidak mengingini beliau disana.

9. Jangan kita keliru dengan gambaran yang diberikan  berdasarkan persepsi oleh pembangkang. UMNO BN masih kuat dan mampu menang 2/3 di Parlimen dan menawan kembali beberapa negeri. Tentu rakyat Selangor sudah jemu menghidu bau sampah selama pakatan memerintah negeri. Rakyat juga sudah semakin risau dengan masalah 'pasir bergengung' yang dicuri oleh pakatan selama ini. Rakyat melihat semuanya dan rakyat menunggu untuk menghukum Pakatan Pembangkang dalam PRU13 nanti.

2 comments:

Anonymous said...

Bukan RM300 Ribu... tapi RM300 Juta

bRAVEhEART said...

Salam,
Terima kasih Anon atas pembetulan...itulah maksud saya ~ BH

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...