09 December, 2009

HALAUKAN IA KEMBALI KE HUTAN – Dr. Mahathir Rasist



Lepaskan kembali aku ke laut, kalau tak silap saya adalah judul sebuah antologi cerpen. Tentu kandungannya menarik berdasarkan judulnya yang menarik juga.


Halaukan ia kembali ke hutan bukanlah judul mana-mana antologi cerpen, sajak atau novel. Ianya hanyalah sekadar judul posting kali ini yang merakamkan rasa marah dan benci.


Mulai semalam, beberapa laman blog hangat memperkatakan tingaklaku seseorang yang lebih sudu dari kuah. Kepala botak macam jin afrit memang menyerlahkan sikap biadap dan kurang ajarnya pada tahap tertinggi. Entah apa gila meroyannya sehingga sanggup menganggap Tun Dr. Mahathir seorang rasist kerana mempertahankan Biro Tatanegara (BTN).


Sebagai pemimpin, dia bukanlah menyerlah sangat kerana tidak ada apa pembaharuan pun yang telah dilakukan selama ini. Kemampuannya untuk naik hanyalah berdasarkan merit membodek dan mengampu. Kehadirannya dalam barisan kepimpinan tidak memberi apa-apa makna yang besar, ada tak menokok dan tak ada tak mengurang.


Kebiadabannya telah ditunjukkan sejak kepimpinan dahulu lagi dan mungkin kini ia sedang cuba menggunakan taktik yang sama untuk menarik minat kepimpinan baru untuk terus mengekalkannya dalam barisan kepimpinan.


Bagaimanapun rasanya eloklah orang seperti ini dihalau jauh kerana bimbang akan menjejaskan prestasi keseluruhan barisan kempimpinan baru akhirnya nanti. Menurut pemerhatian, memang banyak pihak berharap sesuatu tindakan tegas dikenakan kepadanya kerana kebiadabannya itu. Dan memang layaklah kita ibaratkan – menghalau ia kembali ke hutan.


Kepada yang tau dan faham, baguslah namun kepada yang tidak tahu dan tidak faham sila lawat link blog-blog di bawah ini:



http://mummyrokiah.blogspot.com/2009/12/nazri-ibarat-kaki-busok-bergangrene.html

http://ondastreet.wordpress.com/2009/12/08/selangor-btn-nazri-aziz-tun-dr-mahathir-perkauman-ts-muhyiddin-pakatans-perfection-barisans-quicksand/

http://sayangbangsa.blogspot.com/2009/12/kurang-ajar-masanya-tiba-untuk-nazri.html

http://lenggongvalley.blogspot.com/2009/12/pecat-saja-orang-lenggong-ni.html

http://mesintaipburuk.blogspot.com/2009/12/tun-pertahan-modul-btn-dituduh-rasis.html

http://rockybru.com.my/2009/12/nazris-true-intentions-behind-racist.html

http://tpj-one-thepatriot.blogspot.com/2009/12/is-nazri-wimping-out-to-opposition.html

2 comments:

Sangtawal Sakranta said...

Salam,
sangat sangat setuju dengan tuan.
teruskan perjuangan tuan.

wassalam.

Anonymous said...

Nak popular la tuu...siapa nk popular bergaduh la dgn tun..nnt 1 dunia kenal..hehe.dari dulu belagak hero.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...