Suara Anak Pahang - Perlu Baca

23 December, 2009

SIAPA SAYANGKAN UMNO – INJIN JET DITEMUI…


Di setor mengumpul besi buruk inilah injin berkenaan ditemui


Pandangan dekat injin berkenaan yang sangat sesuai dijadikan tukun




Memang sukar untuk mendapatkan semula injin yang hilang itu, namun injin tersebut telah ditemui penggantinya yang jauh lebih murah dan menjimatkan kos membaik-pulih.


  1. Susah nak percaya bagaimana injin sebesar itu hilang begitu saja, bukan satu tetapi dua. Maka bagi membersihkan imej tentulah seorang dua akan dijadikan kambing hitam. Lalu mereka yang tidak berjawatan besar dituduhlah melakukan ini sedangkan pencipta konspirasinya ‘god father’ masih tetap bebas.

  1. Di akhbar dan laman-laman blog mengisahkan bahawa injin tersebut telah dijual di Amerika Selatan dengan harga RM50 juta tiap satu. Sudah tentulah sepatutnya mereka yang terlibat itu menjadi kaya raya sepatutnya, tetapi saya rasa mereka yang dituduh itu masih papa kedana dan yang kaya rayanya adalah orang lain. Cuba kita pandang ke atas, siapakah agaknya?

  1. Memang sukar untuk mendapat semula injin berkenaan, namun kaedah lain telah ditemui iaitu dengan menggunakan injin terpakai ‘rekon’ Idea ini adalah ilham saya sendiri…(ayat macam pernah didengar diucapkan oleh seseorang tidak lama dulu) ketika saya melawat setor besi buruk dan barang-barang terpakai diluar ibu kota. Saya menemui sebuah injin mesin rumput yang mungkin sesuai digunakan disamping harganya yang murah ia juga akan menjimatkan kos bahanapi dan ‘maintanance’

  1. Specifikasi injin tersebut adalah seperti berikut:

Jenis Injin: Kawasaki

Weight: 7.4kg

Engine Type: Single Sylinder Air Cooling 2-Cycle Gasoline Engine

Displacement Volume: 43cc

Carburetor: Float, Piston Valve

Starting Method: Recoil

Stopping Method: Sparking Circuit Primary Short

Fuel Used: Lubricating Oil Mixed Gasoline(Mixing Rate 25:1)

Lubricating Oil Used: 2-Cycle Engine Oil

Fuel Tank Capacity: 1L



Pautan:

http://pahangdaily.blogspot.com



Mungkin tidak lagi boleh digunakan walaupun untuk pesawat jenis ini


Tapi mungkin sesuai digunakan oleh Lotus yang di jual dengan harga RM1.oo bagi kegunaan di kejohanan F1

3 comments:

TAIPINGMALI (TM) said...

cobo den carik kek rombau....

.@blogger.com said...

Ok, kita ke Rembau dan boleh terus jumpa KJ. Banyak perkara yang aku nak selesaikan dgn KJ ni. Termasuklah mengenai penjualan Lotus yg bernilai RM1 tu. Kalau aku tau harganya RM1, dah tentu aku akan beli 10 sykt lotus tu. Aku memang tak puas hati. Kepada blogger Pro KJ, sori ah!

GOMO said...

hampeh..jahanam kau....
itu enjing mana nak ejas lagi sumbat? ha ha ha....

aku harap dapat jumpa enjin tu nanti....manakala yang menjual tu pulak di kenakan tindakan tembak sampai mampos.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...