21 December, 2009

SIAPA SAYANGKAN UMNO - PERTAHANKAN AGAR TIDAK TUMBANG!

Kendati tergantung awan dilangit, telah terlanjur kubentangkan layar,
walau badai datang menggulung, walau berdentum guruh dilangit,
walau bumi berkeping dua, takkan mungkin kuberbalik haluan..




  1. Tohmahan demi tohmahan dilemparkan kepada DS Najib dan Isteri, namun tidak ada penafian yang jelas bagi menghilangkan keraguan umum. Terbaru laporan terbaru mengenai wang RM600 ribu yang dikirimkan kepada DS Rosmah sewaktu di Dubai. (klik sini) Rakyat semakin percaya dan menganggap fitnah sebagai kebenaran jika ianya diulang-ulang dan tidak ada jawapan bagi mempertahankan.

  1. Ahli Perlimen BN tidak hadir pada saat yang penting ketika ’undian belah bahagi’ dilakukan membuatkan usul Bajet 2010 hanya dimenangi dengan undian sangat tipis yakni hanya 3 undi sahaja. (Baca sini) Andainya BN kalah dalam undian itu, implikasinya sangat besar dan mampu menguggat kerajaan. Apakah ada sesuatu yang tesembunyi yang rakyat tidak ketahui disni? Apakah ada penyebab khusus yang membuatkan 74 Ahli Parlimen BN tidak hadir? Adakah ini satu tindakan terancang bagi menjatuhkannya? DS Najib mesti tegas dan berani dalam menangani ini, jika tidak lawan dan kawan tidak lagi akan menghormati beliau. Hakikatnya, DS Najib sudah dimalukan dan hampir tidak lagi menjadi PM Malaysia kerana kecuaian dan kelemahan Ahli Parlimen BN sendiri. Saya percaya pihak Pakatan Rakyat akan terus mencari ruang untuk melakukan perkara semacam ini sekali dan berkali-kali lagi.

  1. Kita nampak bahawa pihak lawan memang mensasarkan DS Najib habis-habisan, dan tidak pernah ada serangan seperti ini sebelum ini. Mungkin pihak lawan beranggapan bahawa inilah saatnya dimana kerajaan berada dalam keadaan yang paling lemah dengan masalah disekeliling. Mungkin juga pihak lawan merasakan bahawa jika bukan sekarang maka mereka tidak akan mendapatnya selama-lamanya. Bagaimanapun, banyak pihak percaya bahawa ada konspirasi politik terbesar sedang berlaku dan disembunyikan oleh pihak tertentu, sama-sama kita tunggu dan lihat apa kesudahannya nanti.

  1. Satu kertas putih, senarai Ahli Parlimen BN yang tidak hadir harus diedarkan kepada rakyat supaya rakyat tahu siapa wakil rakyat mereka yang gagal menjalankan tugasnya untuk penilaian rakyat sendiri yang rakyat berhak untuk tahu. Saya masih menyokong DS Najib dan BN biarpun dalam kelam dan meragukan kerana saya tidak percaya pihak pembangkang akan dapat melakukan lebih baik dari apa yang kita ada sekarang ini. DS Najib hanya perlu bersihkan persekitaran dan sekelilingnya bagi menyakinkan semua dan memulihkan kepercayaan rakyat dan tampil sebagai seorang wira yang tegas dan berani ~ bRAVEhEART

Rujuk:





1 comment:

Anonymous said...

Yang penting DS Najib jgn salah pilih...Klu pilih org mcm KJ,Nazri dan sewaktu dgnnya mcmana kita yg sygkan umno nk pertahankan umno.Dgr dgrlah suara hati kita DS....

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...