Suara Anak Pahang - Perlu Baca

25 December, 2009

SIAPA SAYANGKAN UMNO – BAKAL PM MALAYSIA?

Segalanya adalah dengan dan kerana duit. Dizaman Bapak Mertua, undang-undang UMNO ada 2: untuk golongan elit dan marhaen. Bertuah Singapura kalau dia menjadi PM Malaysia nanti kerana tentu banyak lagi yang akan dapat dibeli.



  1. Setelah lama menghilang timbul semula berita sensasi mengenai KJ. Blogger-blogger pencacai KJ memeriahkan semula dunia berita Malaysia dengan berita-berita mengenai KJ. Mereka ingin mengilap KJ dan menjadikannya sebagai permata. Tentulah banyak wang yang perlu dibelanjakan untuk tujuan itu. Maka senyum lebarlah pencacai KJ sambil mengosok-gosok perut gendut mereka.

  1. Kejayaan skuad bolasepak Malaysia mengalahkan Vietnam di Sukan Sea juga di katakan sebagai hasil usaha KJ sendiri. (Teringat kata-kata Bapak Mertua: ‘Ini adalah idea saya sendiri’. Bijak sungguh mertua dan menantu ni) Sifu 'Husin Lempoyang' juga nampaknya sangat setuju dengan kebolehan KJ. (Baca sini)

  1. Kehebatan utama KJ adalah lahir sebagai Penganggur Terkaya di Malaysia. Kelulusan tinggi, dengar khabar dari Ox fart University. Mahir dalam mencaturkan politik tanah air, di zaman bapak meretua habis politik satu Malaysia kacau bilau kerana dia. Cita-cita nak jadi PM dalam usia sebelum 40 tahun. DS Najib haruslah berundur agaknya untuk berikan laluan kepada permata Malaysia yang Cemerlang, Gemilang, Terbilang dan Terbuang ini. Atau dia akan menolak sesiapa saja ke tepi demi laluannya sebagai PM.

  1. Bukan tak ramai orang diperbodohkannya untuk menjayakan cita-citanya itu. Hishamuddin semasa jadi Ketua Pemuda, yang telah bersungguh-sungguh menjulang keris telah juga menjulang buntut KL untuk dilantik sebagai Naib Ketua Pemuda tanpa pertandingan. Memang UMNO ni parti golongan elit. Golongan marhaen macam kita ni hanya layak menjadi pencacai saja sampai bila-bila.

  1. Dalam pertandingan 3 penjuru bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO, dia yang didapati bersalah kerana rasuah politik bernasib sangat baik kerana tidak dikenakan apa-apa tindakan oleh UMNO. (UMNO memang parti golongan elit, orang-orang macam Dato’ Norza hanya layak menjadi korban sebagai kambing hitam saja)

  1. Jika DS Anwar ejen Israel, apa pula hubungan dia dengan DS Anwar dan apa pula hubungan dia dengan Israel? Yang pasti Singapura kelihatan terlalu rapat dengannya. Apa pula Singapura dengan Israel? Semuanya menuntut penjelasan dan semuanya masih tersembunyi.

  1. Agenda siapa pula penulis buku di Singapura mendakwa penyelewangan Tun Dr. Mahathir selama 22 tahu memerintah dan minta dibicarakan sehingga Tun perlu tampil untuk bersedia disiasat namun meminta Pak Lah diheret sama. Kerana apa Mahathir perlu heret Pak Lah, bukankah semata-mata kerana nak pulangkan paku buah kerasa kepada KJ yang bersubahat dalam mencetus isu itu?
Nota:
Pas Kelantan pun mengambil contoh pentadbiran yang sama, kerajaan anak-menantu. Tentulah ini perkara yang baik dicontohi kalau tidak masakan Tok Guru @ Ulamak kerajaan Syurga mencontohinya. (Baca di blog penyokong kuat KJ)

3 comments:

hatiminda said...

Khairy jambanluddin ni lah yang menyusah dan akan merosakkan UMNO...celakak betul dia dapat kesenangan ahli-ahli umno dapat susah dasar anak haram jadah... KITA HAPUSKAN KHAIRY JAMBANLUDDIN

ababina328 said...

Salam sahabat...

Terlebih dahulu saya mohon maaf kerana
Sebagai orang luar, saya tidak faham apa dosa KJ sehingga dia di marahi sedemikian rupa.

Bagi saya KJ sama juga macam pemimpin Umno yang lain disaat-saat akhir ini,

Matlamat utama...

Pangkat, jawatan, Harta dan kekayaan

Perjuangan, hanyalah pemanis mulut ketika berpidato,

Kenapa begitu ?

Sebab dah tengok rakan-rakan yang asalnya insan biasa, bekerja Kerajaan atau swasta, bergaji bulanan, habis bulan habis gaji.......

Setelah rakan yang asalnya tidak secerdik mana, sekadar biasa-biasa je, menyertai politik, sekejab je dah jadi jutawan.

Oleh itu ramai yang menganggap bahawa Umno itu lubuk emas.

Setelah berjaya didalam Umno dengan memegang jawatan penting, perkara utama dilakukan ialah mendaftar menjadi kontraktor.

Setelah menjadi kontraktor, rapat pula dengan pemimpin atasan Umno, maka projek pun banyak di perolehi.

Maka didalam masa yang singkat dia pun menjadi jutawan...

Setelah menjadi jutawan dan memegang jawatan utama diperingkat bahagian, maka mulalah dia membina klik, sesiapa yang nak masuk Umno yang di lihat berpotensi boleh menandinginya disekat.
Sebab bimbang individu seperti ini boleh menyekat rezekinya.

Alahhhhhhh..........semua pemimpin Umno berperangai seperti ini.

Bukan KJ sorang je.....

Yang penting bagi mereka bukan Umno tu....tetapi dirinya.

Maaf ye....panjang saya berceloteh.

Tetapi jangan risau....jika PR menang pun, penyakit ini juga akan berjangkit kepadanya, mula-mula elok lah.

Tak berapa lama......

Oleh itu satu saja ubatnya, setiap Parti jangan dibiarkan memerintah lama.

Agak-agak dah mula nampak pandai nak menyeleweng.....tendang je..

.@blogger.com said...

Salam,
terima kasih atas komen dari hatiminda dan ababina328. Politik adalah satu bidang yang memungkin segalanya. Mungkin sdr ababina perlu lebih mendalamainya untuk mendapat pengalaman sebenar bagi menemukann segala jawapan kenapa itu dan ini serta mengapa begitu dan begini ~ bRAVEhEART

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...