'Ambo kalu doh tok jadi MB Kelate, ambo doh boleh jadi pemain snooker pulok. Politik ambo pong lagu ni jugok, main cocoh-cocoh jo, hehe'
Sebuah akhbar harian resmi berbahasa Malaysia hari ini menyiarkan rencana dan pandangan banyak pihak mengenai Nik Aziz berikutan niat beliau untuk mendoakan kecelakaan kepada pemimpin negara sekirannya tuntutan royaliti minyak negeri Kelantan tidak dipenuhi.
Berikutan itu, akhbar berkenaan dimuka hadapannya menulis Tindakan Nik Aziz kini tidak mempertahankan persaudaraan Islam, perlu letak jawatan: ’Nik Aziz perlu segera melepaskan jawatan agar tidak merugikan agama, bangsa dan negara kerana tindakannya semakin menggusarkan orang Islam’ – Abdullah Sa’amah, Pengasas Pondok Geting, Kelantan.
’Beliau tidak lagi dapat mempertahankan prinsip-prinsip persaudaraan Islam dalam menghadapi serangan dan ejekan orang bukan Islam demi kepentingan politiknya’ – Prof. Datuk Zainal Kling
’Nik Aziz banyak mengorbankan prinsip perjuangan Islam demi kautuhan dirinya dan bukan parti, jika beliau tidak melepaskan jawatan, Pas akan semakin lemah kerana terlalu mengikut telunjuk DAP dan PKR’ – Prof. Dr. Mustafar Ishak
Sambungan artilek berkenaan dimuka 2, Tajuk: ’Sudah tiba masanya Mursyidul AM Pas letak jawatan’ dan ’Nik Aziz patut salahkan diri sendiri’. Sementara dimuka 4, ’Nik Aziz jual agama demi politik’ dan ’Doa Nik Aziz boleh kelirukan bukan Islam’.
Manakala di ruang pendapat diakhbar yang sama, seorang pembaca bernama Umar Zain, Setiausaha Kelab Penyelidikan Politik Malaysia menulis ’Nik Aziz bagaikan seorang Machiavellian’. Dimukasurat 15, ’Kementerian tak perlu siasat isu Kolonel Mat’ dan ’Zaman Nik Aziz sudah berlalu’
Begitu banyak yang sedang memperkatakan Nik Aziz. Bagaimana pun rakyat berpendapat bahawa Nik Aziz sudah terlalu lama memimpin Pas dan kepimpinannya perlu lah digantikan supaya akan ’meremajakan’ semua Pas yang sudah kelihatan lemat dan tidak bermaya. Sepertimana kebelakangan ini kita sering melihat Pas hanya mengikut telunjuk PKA dan DAP dalam banyak hal termasuk mengenai agama Islam sendiri.
Sepatutnya Pas yang mengislamkan PKR dan DAP, tetapi akibat dari kelemahan kepimpinan Nik Aziz, apa yang berkalu adalah sebaliknya dimana PKR dan DAP yang mengislamkan Pas (?).
Apa yang terjadi dalam Pas kini tak ubah seperti apa yang berlaku terhadap UMNO tidak lama dahulu dimana kepimpinannya nampak lemah dan pemimpin utamanya dipengaruhi atau memperlindungi menantu melebihi segalanya. Jika dulu Nik Aziz pernah menyeru Tun Dr. Mahathir Mohamad mengundurkan diri dari pentadbiran, kenapa tidak Nik Aziz sendiri mengundurkan diri sekarang ini kerana apa yang diseru dulu adalah sama dengan apa yang dilakukannya ketika ini. Apakah jika Tun Dr. Mahathir memerintah lama tidak boleh dan apabila Nik Aziz perkara yang demikian dibolehkan?
Kalaulah sifir ’halal untuk dia dan haram untuk orang’ digunapakai, maka memang sahlah Pas merupakan parti politik haramjadah dan tidak bermoral. Jika Nik Aziz dan Pas boleh mendakwa kepimpinan UMNO mesti mengundurkan diri kerana kronism dan mengikut telunjuk serta menjaga kepentingan anak menantu, maka Nik Aziz juga harus sedar bahawa dia sedeang melakukan perkara yang sama.
Apa yang hendak kita tunjukkan disini adalah Pas tidak lah parti yang benar-benar perjuangkan agama sebaliknya adalah parti yang mempergunakan agama untuk kepentingan mereka sendiri. Justru, satu alternatif lain haruslah dicari sebagai wadah perjuangan bangsa Melayu.
Suara Anak Pahang - Perlu Baca
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Penafian / Disclaimer
Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.
Terima kasih
2 comments:
Salam.Kan aku dah cakap dulu. Bila seseorang terlibat didalam politik tak payahlah cakap pasal ugama lagi kerana mereka termasuk didalam golongan munafik.cakap sentiasa tak serupa bikin.
Salam... Nik Aziz sudah terlalu nyanyuk...... terlalu takbur dengan ilmu agamanya..... patut pun kena halau dari kerusi MB Kelantan....
Post a Comment